San Francisco Tests Its Limits On Public Nudism
SAN FRANCISCO – “No shoes, no shirt, no service” is a sign you see in a lot of US stores. In San Francisco, restauranteurs may soon have to add “no pants” to the list, as a row flares over nudism in the vibrant heart of the city's gay community.
On a sunny September day, Woody Miller strolls through the district, known as Castro. He's tall and fit, with a long grey beard and heavy silver nose ring – and wearing nothing more than sneakers, a baseball cap and a watch.
“I go naked on a nice day because I like the feel of the sun and the air on my skin,” says Miller, 55, who is one of the city's growing number of public nudists, popularly known as Naked Guys.
“There's nothing obscene about the human body,” he adds. “The belief that there is, is something that's taught. It's just another form of prejudice.”
Home to the gay rights movement of the 1960s and 1970s, the Castro – where sex shops coexist with trendy cafes and bars – is still one of the most free-thinking neighborhoods in this famously liberal city.
But even the Castro has its limits, says Scott Wiener, a 14-year resident of the neighborhood and its newly elected Democratic member of the San Francisco city council.
He is proposing legislation that would require nudists in San Francisco to cover public benches or seats before sitting down on them, and to cover themselves altogether before entering a restaurant.
Violators would be fined $100 for a first offence, $200 for a second, and $1,000 or more – plus a year in jail – a third time around.
The Castro is “ground zero” when it comes to public nudity, and particularly Jane Warner Plaza, an enclosed seating area at the throbbing intersection of Castro and Market streets, the councillor said.
“In the last few years, it's become more obnoxious and in your face,” he said. They hang out and pick up a lot of the seats there, and sit down without covering. It's unsanitary.”
Miller thinks Weiner's initiative is unnecessary.
“Putting something down before you sit down? I think that's common etiquette,” he said. “You don't need to legislate that. It's right there in the 'nudist handbook'. You don't go anywhere without your towel.”
California state law prohibits exposing one's genitals “with lewd intent” – but the way the law is applied in San Francisco, so long as no-one is obviously aroused, what's lewd is in the eye of the beholder.
Members of the public can perform a citizen's arrest, but police won't arrest nudists absent a complaint.
Miller's disdain for Weiner's proposal is shared by another Castro nudist, writer and businessman George Davis, 65, who in 2007 ran for mayor on a platform of making clothing optional in Golden Gate Park.
“It's an irrational fear,” he said, wearing a hat, sunglasses and a mobile phone on his hip, and referring to worries about nudism and public health. “You ought to be more afraid if I cough on you than sitting where I sat.”
Wiener's bill would also ban restaurants from serving naked patrons, an idea that Michael England, a server at Orphan Andy's, a 24-hour diner in the Castro, thought rather redundant.
Orphan Andy's already has a dress code – typical right across the United States – that requires diners to wear shirts and shoes, “and pants, too, I suppose.”
But Davis pointed out that other restaurants do serve naked diners. “I don't know why they want to burden restauranteurs with a whole other level of bureaucracy,” he said. “It just seems to be a little bit micromanaging.”
Supporting the bill is James Viggiano, 57, a San Francisco resident and regular visitor to the Castro who recalls going to a few restaurants and seeing clients with nothing on.
“I don't think that's healthy (and) I find that offensive when we've got kids living around here, and we've got tourists, and all of a sudden we're becoming a nudist colony,” he said.
But over at the Hot Cookie bakery, owner Dan Glazer thinks the Naked Guys might be a tourist attraction in their own right.
“My intuition is that it helps business,” he says. “We have no problem with naked people at Hot Cookie. We sell cookies in the shape of penises.”
Wiener says his proposal – which is waiting to be heard by the San Francisco city council's public safety committee – won't trample on the right to self-expression.
“Some people view this as an infringement on San Francisco being different and not being mainstream. If I was proposing to ban public nudity, I would understand,” he said.
“But sitting uncovered on public seating has nothing to do with being an odd or different neighbourhood.”
For dedicated nudist Davis, however, there is one thing that will make him cover up: San Francisco's famously unpredictable weather. “The wind is winning,” he says, pulling on a pair of trousers.
- AFP/al
Channel News Asia
Luar Biasa Dipandang Sepi
SEBELUM menghasilkan single Luar Biasa, Ifa Raziah, 36, menimbang beberapa perkara dan mengkaji pelbagai sudut bagi memastikan lagunya layak mendapat hak siaran di radio.
Ifa yang sebelum ini dikenali dengan lagu dangdut, cuba mengikis imej itu dengan beralih ke genre pop dance yang mempunyai unsur-unsur Kpop (Korean Pop).
Ia bukan sekadar memancing minat pendengar tetapi perubahan itu jika diselami menunjukkan betapa sensitifnya penyanyi ini terhadap kehendak dan persekitaran muzik.
Namun, kesudahannya tetap sama apabila Luar Biasa dipandang sepi sesetengah pihak di stesen radio khususnya swasta yang menyekat ruang buatnya berkarya sehingga wanita tak jemu dilanda kontroversi ini berasa terkilan dan sedih.
Ifa atau nama sebenar, Saripah Raziah Mustapha sedih kerana tidak mempunyai syarikat rakaman sebaliknya membiayai sendiri pembikinan single ini.
“Bermulanya proses sehingga siap lagu, bukan sikit punya kerja sebaliknya menuntut waktu, penat lelah dan pengorbanan yang tinggi.
“Apabila ia disiap, menggunung harapan saya untuk mendengar single ini dimainkan di radio.
“Namun nampaknya usaha membolosi stesen radio swasta tetap gagal.
“Mereka terlalu kebal walaupun saya sudah cuba sedaya upaya menurut piawaian yang ditetapkan stesen radio.
“Apa salah saya? Buntu memikirkannya. Mahu tidak mahu, produk sudah pun di tangan dan saya menggunakan apa juga cara dan ruang untuk mempromosikan single ini.
“Di laman sosial Facebook dan Twitter termasuklah tidak pernah gagal menyanyikannya di acara majlis yang saya jayakan.
“Mujurlah saya mempunyai teman media dan teman produksi yang tidak pernah jemu membantu.
“Mereka menghebahkan single ini melalui tulisan mereka di artikel dan juga program hiburan seperti Melodi, Fuhhh! dan beberapa lagi menayangkan klip video saya menerusi program mereka.
“Teruk sangat ke lagu saya? Setahu saya, komposer lagu ini adalah seorang pencipta lagu tersohor dan disegani iaitu Sharon Paul yang pernah menghasilkan banyak lagu hit buat artis terkenal.
“Apakah saya menjadi masalah mereka sehingga lagu menjadi mangsa? Nyatakan kalau pernah saya buat silap. Saya benar-benar kecewa.
“Perit benar rasa mencari rezeki di bumi sendiri sedangkan orang luar begitu mudah membolosi corong radio di negara kita,” luahnya.
Sekali sekala dihambat juga perasaan patah hati, namun mengenali Ifa Raziah seorang artis yang begitu gigih, pantang menyerah bukan caranya.
Kata Ifa, dia akan terus berkarya dan mencari bahan muzik yang sesuai dengan selera pendengar untuk memenuhi kehendak stesen radio.
Cuma perlukan sedikit masa memandangkan kesibukannya tidak terbatas selain jawatan baru sebagai Pengarah syarikat Firaxis International Sdn Bhd.
Peranan Ifa selain bertanggungjawab memastikan produk jenama Zenzoria menembusi pasaran umum, dia juga memainkan peranan sebagai duta produk penjagaan wajah buat jenama khas dari Amerika Syarikat.
Sabtu lepas, Ifa terbabit dalam upacara Konvensyen Antarabangsa Zenzoria dihadiri hampir 1,000 stokis produk berkenaan dari seluruh dunia.
Ifa membuat persembahan menyanyikan lagi Luar Biasa di samping mengundang artis seperti Fazli Zainal, Dafi dan Roslan Shah selaku pengacara.
“Orang yang bertanggungjawab membuka peluang ini kepada saya adalah Ketua Pegawai Eksekutif Firaxis International, A C Goh.
“Saya sudah berkenalan dengannya sejak enam tahun lalu di mana Firaxis pada ketika itu mengambil saya sebagai duta produk pelangsingan badan.
“Atas kerjasama yang terjalin, beliau bertanya mahukah saya menjadi rakan kongsinya untuk memperluaskan skil berniaga, daripada hanya menjadi duta.
“Pelawaan itu diterima baik kerana saya memang selesa bekerja dengannya.
“Tambahan pula, produk itu kurang dikenali dalam pasaran Melayu sebaliknya sangat terkenal di kalangan orang Cina dan India.
“Saya berharap dengan status sebagai penghibur dapat memperkenalkan jenama ini kepada golongan Melayu kerana ia produk yang sangat berkesan.
“Fema Enhancer boleh membantu wanita mahupun lelaki yang mempunyai masalah berat badan untuk memperoleh bentuk badan idaman.
“Makanan sampingan ini juga membaik pulih dan menyegarkan kulit yang rosak.
“Paling penting bahan digunakan dijamin halal dan mendapat pengesahan Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) kerana menggunakan bahan-bahan semula jadi seperti buah-buahan, akar kayu dan bebas bahan pengawet,” katanya.
Produk Zenzoria didatangkan dalam tiga siri iaitu penjagaan kulit, kesihatan dan untuk penjagaan rumah.
Sebagai Pengarah dan duta, Ifa sendiri menggunakan produk ini dan ia mendapati setiap rangkaian produk yang mempunyai fungsi berbeza, membantunya untuk tampil sihat dan cantik selain menjalani kehidupan aktif.
Harian Metro
Mesti Tonton: Misteri Apollo 18
BERDASARKAN rakaman yang pernah disorokkan pihak NASA, Apollo 18 mendedahkan rahsia disimpan kemas sekian lama. Apabila footage yang menggambarkan keadaan sebenar apa berlaku terhadap misi Apollo 18 yang dinafikan kewujudannya itu terlepas di tangan pihak tidak sepatutnya, lalu apa seharusnya dianggap rahsia akhirnya terbongkar.
Menerusi penerangan yang ditulis sewaktu permulaan cerita, hanya misi Apollo 17 saja dicanangkan kepada umum. Namun hakikat sebenarnya, misi Apollo 18 memang wujud. Namun disebabkan misi sulit itu gagal, maka cerita mengenainya dilenyapkan begitu saja.
Filem ini bermula dengan memaparkan temubual bersama tiga angkasawan NASA yang terpilih untuk menyertai misi rahsia Apollo 18. Tujuan mereka ke bulan adalah untuk memasang peranti yang boleh menghalang Amerika Syarikat daripada diserang musuh dari Russia dan juga penyerang berpotensi lain.
Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Tanpa disedari kehadiran mereka ke sana mempertemukan angkasawan ini dengan pelbagai kejadian misteri yang membantutkan impian untuk meneruskan amanah yang diberikan. Apollo 18 meneruskan tradisi konsep yang pernah diketengahkan menerusi filem Blair Witch Project dan juga Paranormal Activity yang menjadikan footage yang ditemui sebagai sebuah filem.
Selepas melalui proses suntingan ia kemudiannya ditayangkan kepada khalayak dan lazimnya teknik seperti ini menjadi kerana ia membuatkan penonton yang menyaksikannya percaya apa yang mereka tonton itu benar-benar berlaku. Jika selama ini kita sering dikhayalkan keindahan apabila manusia berjaya menjejakkan kaki ke bulan, tapi kali ini apa yang digambarkan adalah sisi hitam bulan yang dihuni makhluk asing.
Seperti juga Blair Witch Project dan Paranormal Acitvity yang penuh dengan elemen kejutan, Apollo 18 juga tidak lepas daripada paparan sebegitu. Penonton juga dapat berasakan ketakutan yang dialami angkasawan itu pada saat kapal mereka diganggu tetamu yang tidak diundang.
Pergerakan kamera juga banyak membantu untuk menerbitkan perasaan cemas penonton kerana teknik itu seolah-olah membawa mereka sama-sama berada di atas bulan dan melalui sendiri pengalaman ngeri berkenaan. Bayangkan dalam keadaan yang amat sunyi serta berada sejauh 238,854 batu dari muka bumi tanpa ada manusia lain, mereka terpaksa bersabung nyawa untuk melepaskan diri dalam cengkaman makhluk itu.
Meskipun tidak membariskan pelakon daripada senarai A, filem ini masih boleh ditonton kerana setiap daripada mereka mampu menjiwai watak mereka dengan baik. Filem ini juga mengetengahkan mesej yang berguna iaitu erti persahabatan serta semangat nasionalisme sehingga sanggup menggadai nyawa semata-mata untuk negara.
Begitupun, bagi mereka yang gemarkan filem bercorak fiksyen sains dan thriller, janganlah menaruh harapan yang tinggi dan menganggap filem ini seperti filem Alien yang menampilkan makhluk asing dengan rupa menakutkan. Sebaliknya, apa yang menakutkan adalah apabila kita sendiri terasa bagaimana jika sesuatu yang menimpa kepada tiga angkasawan itu berlaku pada kita.
Apakah kita juga akan berkorban seperti mereka ataupun menyerah kalah lebih awal?
INFO: Judul: Apollo 18 Pelakon: Lloyd Owen, Warren Christieas, Ryan Robbins Pengarah: Gonzalo L
More Willing To Think About Death
SINGAPORE: Death may still be a relatively taboo topic in Singapore, but statistics from the Health Ministry (MOH) show that more people are warming up to the idea of signing a “living will”, instructing doctors not to prolong their life with extraordinary life-sustaining treatment if they become terminally-ill and unconscious.
While only 500 signed up for an Advanced Medical Directive (AMD) each year between 1997 to 2004, the figure has jumped nearly four-fold to 1,900 a year in the subsequent years to 2010. Current numbers stand at 14,000 and seven have been administered, according to the MOH.
An MOH spokesperson attributed the growing acceptance to how end-of-life care has developed “from a single intervention at the point of terminal illness to a more holistic and comprehensive approach of advance care planning”.
The AMD, which was legislated in 1997, is a legal document voluntarily signed by patients. The possibility of signing such a document can come up when patients discuss with medical professionals their future medical care in the event the patient becomes incapacitated from making his own decisions – a process called advance care planning.
Patients can seek clarification about their conditions and their available options, which will assist healthcare workers in clinical decision-making.
“Such conversations can take place earlier in the course of illness and can continue over several consultations,” said Associate Professor Pang Weng Sun, senior consultant at the Department of Geriatric Medicine at Khoo Teck Puat Hospital.
The Agency for Integrated Care is aiming to facilitate “end-of-life conversations”, and has trained 190 facilitators to do so. It plans to train another 240 by the end of this year.
Its spokesperson told TODAY that the Government has set aside S$18 million to embark on the programme, which includes both training and raising awareness of this scheme.
While there is growing interest in AMDs, a Lien Foundation report found that doctors felt the number of such livings wills are low.
Said Dr Lalit Krishna, a senior consultant in palliative medicine at National Cancer Centre Singapore: “We live in a society which still considers the discussion of death as taboo
Gwyneth Paltrow Selamatkan Wanita

VENICE 6 Sept. – Aktres Gwyneth Paltrow (gambar) menerima sepucuk surat daripada seorang wanita yang percaya aktres itu secara tidak sengaja telah menyelamatkannya pada hari serangan 9/11 ke atas New York, 10 tahun lalu.
Ketika Amerika Syarikat membuat persiapan untuk memperingati ulang tahun ke-10 serangan 9/11, Paltrow memaklumkan bahawa dia mula menyedari bahawa dia ada kaitan secara langsung dalam tragedi itu.
“Kebetulan, saya telah pergi ke kelas yoga awal sedikit pada hari itu,” kata bintang Hollywood itu semasa temu bual di Venice untuk membincangkan tentang filem terbarunya Contagion.
”Ketika dalam perjalanan pulang dari kelas yoga pada pagi 11 September itu, tanpa menyedari apa yang akan berlaku pada hari itu, saya terserempak dengan seorang wanita sedang berjalan di seberang jalan dan kami sama-sama berhenti dan kemudian bertegur sapa. Kami berada di situ agak lama juga,” kata Paltrow.
Paltrow berkata, dia dan wanita itu kemudian mula bersembang dan ketawa sebelum wanita itu beredar dari situ.
“Sepuluh tahun kemudian, saya menerima surat daripada wanita itu menyatakan bahawa pada hari tersebut, dia terlambat ke tempat kerja kerana berhenti dan berbual terlalu lama dengan saya di situ dan wanita itu kemudian terus menuju ke stesen Lebuh Christoper untuk menaiki kereta api untuk ke Pusat Dagangan Dunia (WTC) di mana dia bekerja di tingkat 77, Menara Selatan di WTC tetapi dia terlepas kereta api itu.
“Jadi jika kami tidak berhenti dan berbual pada masa itu, dia merasakan kehidupannya pasti akan berlainan,” katanya.
Wanita itu turut menggelarkan insiden tersebut sebagai ‘Sliding Doors Moment” kata Paltrow merujuk detik tersebut dengan salah satu filemnya yang mengisahkan laluan berbeza yang diikuti sama ada dia sempat menaiki kereta api bawah tanah atau tidak.
“Ia adalah sebuah kisah yang luar biasa bagi saya dan saya terfikir tentang orang lain yang pernah melalui pengalaman serupa seperti itu pada hari kejadian, tetapi merea tidak dapat menceritakan pengalaman itu kerana mereka bukan orang terkenal,” kata pemenang Oscar berusia 38 tahun itu.
“Dalam kisah kami, wanita itu kenal saya jadi dia sempat menegur saya. Saya fikir, nasib saya telah berubah sejak hari itu dan jelas saya sangat gembira dan terharu untuk menjadi sebahagian daripada cerita dalam hidup wanita itu.” jelasnya
Filem Contagion yang tidak disenaraikan dalam pertandingan utama pada festival filem Venice, akan ditayangkan di pawagam Amerika Syarikat pada 9 September ini. – REUTERS
Utusan
Hairul, Faralyna Bercinta
Oleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar Nooradzrene Mohd Noor

HAIRUL Azreen dan Faralyna seperti belangkas yang senantiasa berkepit ke mana sahaja.
DUA bintang baru yang semakin menyinar, Faralyna Idris, 20, serta Hairul Azreen Idris, 23, dilihat begitu akrab dan mesra sehinggakan timbul gosip yang mengatakan mereka adalah pasangan kekasih.
Justeru, pertemuan pada satu majlis di Great Eastern Mall, Jalan Ampang, baru-baru ini, pasangan bintang baru itu langsung tidak berselindung dan berterus terang mengakui mereka sudah bercinta sejak tiga tahun lalu.
Ketika ditanya, Faralyna yang merupakan pelakon siri Asmara yang pernah disiarkan di TV3 itu bagaimanapun berkata dia belum cukup matang untuk bergelar tunangan atau isteri kepada Hairul.
Ujarnya yang selesa disapa sebagai Fa, pada usia 20 tahun dirinya masih terlalu muda untuk memikirkan peringkat hubungan yang lebih serius berbanding sebagai pasangan kekasih.
“Masih banyak yang perlu saya tempuhi pada usia sebegini untuk mengenali erti kehidupan dan kedewasaan.
“Tambahan pula, ibu saya baru sahaja meninggal dunia beberapa tahun lepas. Saya rasakan hidup saya masih perlu bergantung dengan keluarga saya lagi.
“Saya perlukan sekurang-kurangnya tiga atau empat tahun lagi untuk bersedia ke arah hubungan yang lebih serius,” jelas Fa yang bakatnya dicungkil oleh pengarah Aziz M. Osman menerusi rantaian drama Kisah Kaisara, siaran TV3, tidak lama dahulu.
Hairul pengubat kerinduan
Bagaikan kebetulan, selepas pemergian emak Faralyna hampir empat tahun lalu akibat barah rahim, Hairul muncul dalam kehidupan dan sanubarinya.
Menurut Fa, kehadiran Hairul kena dengan waktunya kerana dia seorang yang susah untuk berseorangan ke mana sahaja.
“Dulu, ketika arwah emak ada, dia yang selalu menemani saya ke lokasi penggambaran mahupun aktiviti sosial lain.
“Saya tidak mahu mengganggu ayah kerana dia sibuk dengan kerjayanya yang menyumbang kepada sumber pendapatan keluarga kami.
“Sekarang, apabila mengenali Hairul, dia ibarat pengganti ibu yang menemani ke mana sahaja saya pergi,” ceritanya sambil mengimbas detik perkenalan di set penggambaran drama Bio-Nik, tiga tahun lalu.
Faralyna seorang yang gila-gila
Bagi Hairul pula, kehadiran Fa sangat dihargai kerana menghilangkan saat-saat bosannya.
Katanya, Fa seorang yang gila-gila dan bersahaja serta dia begitu serasi dengan gadis tersebut.
“Saya tidak dapat membayangkan sekiranya Fa tiada di sisi saya. Mesti membosankan.
“Saya tidak kisah menjadi pendampingnya ke mana sahaja dia pergi asalkan dia gembira dengan kehadiran saya.
“Menyentuh hal hubungan yang lebih serius pula, sama seperti Fa, saya juga belum bersedia untuk menggalas peranan sebagai suami tambahan pula umur saya masih muda remaja,” katanya berseloroh.
Insya-Allah, jika jodoh itu milik mereka, ujar Hairul, dia akan memperisterikan Fa secepat mungkin.
Berbicara pula mengenai sambutan rayanya, hero filem Gila-Gila Remaja versi terbaru itu memberitahu, dia meraikan Syawal dengan cara sederhana tetapi meriah.
“Saya hanya menyambut secara sederhana bersama famili di dua kampung yang terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan Pantai Remis, Perak.
“Saya belum cukup popular lagi untuk buat rumah terbuka sendiri. Tetapi, pintu rumah saya sentiasa terbuka menerima kehadiran tetamu yang mahu beraya di rumah keluarga saya di Serdang,” katanya.
Utusan
Sambut Hari Lebaran Di Eropah
PESONA dan kategori kecantikan mereka berada dalam kelas tersendiri. Sang pemilik nama, Miera Leyana Kasmi (Miera), 18, misalnya mewakili gadis metropolitan yang cantik dan aktif, sementara Noor Neelofa Mohd Noor (Lofa), 22, pula tampak ayu dan rupawan.
Namun, persamaan nyata di antara mereka karier seni yang masih hijau bermula kurang molek ekoran terganggu dek kontroversi.
Sekadar mengimbas, Miera pernah hangat dengan isu pemakaian seksi selain kisah di kelab malam manakala Lofa dilabel perampas kekasih orang.
Pun begitu, sempena Aidilfitri yang mulia ini bukan kontroversi dan sensasi yang mahu dibicarakan, sebaliknya hikayat raya mereka yang penuh glamor.
Kata Miera yang suka berjenaka, Aidilfitri tahun ini sangat istimewa baginya sekeluarga kerana terbang ke Kota London untuk merasai sendiri pengalaman beraya di luar negara.
“Insya-Allah, minggu kedua raya, Miera bersama keluarga dan ibu saudara akan berangkat ke London. Kami akan berjumpa kawan sekolah lama papa yang menetap di sana.
“Justeru, Miera andaikan sambutan Aidilfitri tahun ini cukup istimewa kerana dapat merasai pengalaman beraya di Eropah. Kalau tak silap Miera, kawan papa berjanji untuk membawa kami beraya dengan kawan rapatnya juga berasal dari Malaysia,” ujarnya.
Ditanya, apakah setiap tahun mereka menyambut Syawal di luar negara, gadis tinggi lampai yang juga pendukung watak penting dalam filem Apokalips ini berkata, ia adalah kunjungan pertama.
“Baru tahun ini kami merancang beraya di luar negara. Kalau tidak di Kuala Lumpur saja tidak pun di kampung sebelah mak di Johor Bahru, Johor dan sebelah papa di Parit Buntar, Perak.
“Setiap tahun boleh dikatakan kami sekeluarga menyambutnya di Kuala Lumpur memandangkan datuk dan nenek pun lebih suka datang ke KL,” katanya.
Mengandaikan suasana Aidilfitri sama saja tidak kira sambutannya berlangsung di kota mahupun desa, apa yang penting, perayaan itu perlu disambut dengan rasa kesyukuran dan bersama keluarga.
Mendengar bicara Neelofa, ia berbeza pula. Dia kini yang masih berada di Pasir Mas, Kelantan memaklumkan kesibukan bekerja membuatkan dirinya tidak sempat melakukan persiapan raya secara besar-besaran.
“Raya tahun ini saya ‘ulang tayang’ semula baju yang pernah saya pakai pada majlis undangan berbuka puasa lalu. Tidak perlu rasanya nak membazir, tambahan pula baju itu baru sekali dua digayakan.
“Apapun sambutan Aidilfitri berlangsung dalam suasana yang begitu meriah kerana keluarga saya, ibu dan ayah saudara berpakat mengadakan rumah terbuka secara besar-besaran.
“Kiranya, siap naikkan ‘banner dan bunting’ gitu. Naik segan pula saya melihat sepanjang jalan terpampang kain rentang wajah kita sendiri. Apapun, saya amat menghargai usaha mereka kerana rumah terbuka ini diadakan juga atas permintaan kenalan mereka yang mahu jumpa saya secara dekat.
“Alang-alang, adakan sekali untuk peminat. Majlis itu juga menemukan saya dengan kawan masa sekolah rendah dulu,” katanya gembira.
Seketika saja berpeluang menikmati kemeriahan Aidilfitri, Neelofa akan kembali bertugas bagi menyempurnakan penggambaran drama bersiri, Jiwa & Lara yang bakal ditayangkan di Slot Samarinda TV3.
PROFIL MIERA
NAMA: Miera Leyana Kasmi
TARIKH LAHIR: 28 Ogos 1993
USIA: 18 tahun
TEMPAT LAHIR: Johor Bahru
KARIER: Pelakon, model
KELUARGA: Anak kedua daripada tiga beradik
HOBI: Membeli-belah, berenang, menari
CITA-CITA: Ahli perniagaan
DRAMA: Luna Fantasiku, Ceria- Ceria Cikgu Rubina, Kecuali Cintamu, Apa Itu Cinta, Ada Ubi Ada Batas, Kamelia Katrina, Aalia, Sejambak Bukan Serumpun, Nana Naruto
FILEM: Apokalips
PROFIL LOFA
NAMA PENUH: Noor Neelofa Mohd Noor
TARIKH LAHIR: 10 Februari 1989
TEMPAT LAHIR: Pasir Mas, Kelantan
USIA: 22 tahun
KELUARGA: Anak ketiga daripada sembilan adik-beradik
PENDIDIKAN: Ijazah Pemasaran & Perniagaan Antarabangsa Kolej Universiti Sunway
PENCAPAIAN: Juara Dewi Remaja 2010
FILEM: Azura 2011, King Kapcai, S.A.M, Lemak Kampung Baru
DRAMA: Kasih Najiha, Kitab Cinta, Tahajjud Cinta, Pusing Raya
PENGACARA: Paparazi (Tonton TV)
JURUCAKAP PRODUK: U2 Watch
IKLAN KOMERSIAL: Nokia, Celcom, Safi, Fair & Lovely, Bank RHB, Mee Sedap, Bank HSBC, McDonald’s
Harian Metro
Bahagia Chef Wan
![]()
Pakar masakan tak menang tangan rai Syawal, layan cucu
DARI luar rumah lagi sudah terdengar keriuhan empunya suara yang begitu melekat dalam sanubari peminat dunia masakan. Sebagaimana lazimnya karektor humor Datuk Redzuawan Ismail di dalam rancangan masakan, begitu jugalah realiti kehidupan sehariannya tatkala ditemui dalam majlis meraikan Syawal bersama keluarga dan sanak saudara di kediamannya.
Tatkala muncul menyambut kehadiran krew Inspirasi, sekali lagi usik mengusik dan lawak jenaka pemilik jenama Chef Wan ini menambah kemeriahan keluarga besar di kediamannya di Ampang, Selangor.
Bau masakan di dapur menyemarakkan lagi keceriaan majlis yang dihadiri keluarga besar termasuk ibu, bekas isteri dan adik beradik Chef Wan. Tidak ketinggalan anak perempuannya, Serina Redzuawan juga memeriahkan majlis malam itu dengan ditemani suami tercinta, Salahuddin Ghaffar.
Menceritakan sambutan Aidilfitri dirinya kali ini, Chef Wan mengakui dia tidak berpeluang bercuti panjang memandangkan banyak perancangan sudah diatur selepas Aidilfitri yang menuntutnya meraikan Syawal secara ala kadar.
Cuma seketika pulang ke kampung halaman di Raub, Pahang, kemudian beliau terpaksa memenuhi komitmen dalam pencarian bakat baru program masakan, AFC Next Celebrity Chef yang dianjurkan Asian Food Channel (AFC).
“Disebabkan komitmen dalam program yang pertama seumpamanya di Asia ini, saya perlu berada di banyak negara seperti Hong Kong, Singapura, Malaysia, Filipina, Indonesia dan India bagi mencari tujuh wakil bagi setiap negara yang akhirnya akan bertanding dalam AFC Next Celebrity Chef.
“Saya baru saja pulang dari Singapura yang mana selama dua hari saja sesi uji bakat, seramai 120 orang yang hadir bagi merebut tujuh peserta akhir yang mewakili Singapura. Daripada wakil semua negara inilah kita akhirnya akan memilih lima peserta akhir yang akan bertanding merebut gelaran AFC Next Celebrity Chef,” kata Chef Wan yang baru saja melancarkan koleksi buku masakan terbaru berjudul The Best of Chef Wan.
Di balik kesibukan Chef Wan yang tidak putus-putus menerima undangan dalam rancangan masakan tempatan dan antarabangsa, kesempatan waktu singkat dimanfaatkan beliau untuk bermanja dengan cucu sulung kesayangannya, Tristen Tareef yang sudah berusia 10 bulan.
Sepanjang sesi fotografi dijalankan, nampak cukup akrab hubungan datuk dan cucu ini. Sesekali beliau mengagah Tristen yang cukup bersemangat mengenakan baju Melayu, Chef Wan kemudiannya mendukung pula cucu kesayangannya hingga semacam tidak boleh berenggang.
“Jika ada kesempatan dan masa terluang di sini (Kuala Lumpur) memang masa itu dihabiskan bersama Tristen. Tidak dapat lama, sekejap pun sudah cukup kerana telatahnya sendiri sudah cukup menghiburkan saya,” katanya yang juga baru pulang dari Perth, Australia bagi mewakili negara ke Festival Mandaring Truffle.
Serina yang turut mencelah mengakui yang papanya itu memang cukup memanjakan Tristen termasuk soal pakaian dan pemakanan. Untungnya kata Serina, Tristen sering mendapat ole-ole setiap kali Chef Wan bekerja di luar negara.
“Kalau saya kecil dulu memang jarang ada kesempatan dengan papa kerana dia banyak ke luar negara. Apabila melihat layanan papa pada Tristen, memang rasa bertuah sangat dan gembira kerana Tristen dimanjakan olehnya,” kata Serina.
Bercerita pula mengenai buku masakan yang diterbitkan bersempena 25 tahun bergelar selebriti chef, pakar masakan ini mengakui buku The Best of Chef Wan memberi makna besar sepanjang pembabitannya dalam bidang masakan.
“Bukan saja kerana buku ini mewakili perjuangan saya yang genap 25 tahun pada Mei lalu, pada masa yang sama saya turut dedikasikan penghargaan dalam buku ini kepada ibu saya yang genap usia 80 tahun pada tahun ini.
“Ketika kunjungan saya di Perth, baru-baru ini pihak penerbit memilih untuk melancarkan terus buku masakan ini dan apa yang membanggakan saya dalam tempoh kurang tiga jam saja sebanyak 200 buku berjaya di jual,” katanya yang turut menjangkakan akan melancarkan buku masakan itu di Kuala Lumpur, Jakarta dan Manila dalam masa terdekat.
Kemeriahan sambutan Syawal di kediaman Chef Wan dengan kehadiran kaum keluarga itu secara tidak langsung membuka pintu hati untuknya mencari kediaman baru bagi menampung jumlah keluarga yang kian bertambah.
Selama 15 tahun menetap di Ampang Selangor, memang berat bagi Chef Wan untuk memikirkan soal berpindah tetapi mengenangkan suasananya kini sudah berbeza dan status dirinya sendiri yang baru menerima cucu membuatkan dia terbuka untuk mencari lokasi kediaman yang lebih selesa.
Tatkala menjamu nasi ulam hasil air tangan Chef Wan, pakar masakan ini turut melahirkan rasa bimbang kerana budaya makanan rakyat Malaysia pada masa kini. Selain menyaksikan semakin ramai yang mengalami obesiti, Chef Wan mengakui masyarakat kian membazir dengan apa sajian yang kadang kala tidak dinikmati sepenuhnya.
Mengakui dirinya sendiri pada hari-hari biasa sekadar menikmati juadah ala kadar, baginya cukuplah sajian yang mengenyangkan.
“Termasuklah sambutan raya kali ini. Wan tidak membeli baju pun kerana baju raya tahun lepas pun masih ada yang tidak pakai. Memandangkan keadaan ekonomi yang tidak menentu, adalah lebih baik duit yang kita ada itu dimanfaatkan untuk perkara lain termasuk mendahulukan kepada adik-beradik dan anak buah yang memerlukan.
“Pada tahap sekarang ini, Wan sudah umpama sebuah pohon yang rendang di mana banyak cabang yang memerlukan perhatian Wan. Sebagai anak sulung, inilah cabaran bagi Wan untuk keluarga sebagaimana dari dulu pun. Kehidupan ini kita memiliki pilihan dan tidak terkecuali cabaran itu sendiri untuk kita mengharunginya,” katanya.
Disapa apakah gelaran ‘Datuk’ mengubah kehidupannya, dalam nada tergelak Chef Wan tidak menafikan tanggapan orang mulai berbeza walaupun pada akhirnya dia tetap selesa dengan sapaan Chef Wan.
“Walaupun gelaran ini membuktikan pengiktirafan ke atas sumbangan kita kepada negara, Wan tidak sesekali merasakan itu mengubah diri. Pada akhirnya, orang tetap mengenali nama Chef Wan juga,” katanya mengakhiri pertemuan.
Rezeki berganda Serina
RAUT wajahnya sebegitu berseri tatkala berkongsi cerita mengenai sambutan Syawal kali ini. Bukan satu tetapi dua perkhabaran indah dilalui Serina Redzuawan, sekali gus mengakui kehadiran Syawal kali ini begitu bermakna buat dirinya dan suami, Salahuddin Ghaffar.
Selain pertama kali meraikan Syawal dengan kehadiran cahaya mata sulung, Tristen Tareef yang memasuki usia 10 bulan, Syawal kali ini turut menyaksikan dirinya mengandung anak kedua yang sudah lima bulan usia dalam kandungannya.
“Andai tahun lalu, saya dan suami berdua meraikan Aidilfitri kerana hanya raya keempat baru saya melahirkan Tristen. Tetapi, raya kali ini memang meriah kerana berhari raya bersama suami dan Tristen yang semakin membesar.
“Saya pula mengandung lagi, rasanya memang meriahlah sambutan kali ini,” katanya yang meraikan Aidilfitri di kampung halaman di Raub, Pahang.
Sebagaimana pengalaman mengandung dulu, Serina bersyukur kerana dia tidak mengalami sebarang alahan sebagaimana lazim bagi ibu mengandung. Sebaliknya, Serina lebih aktif dan giat mengusahakan perniagaan dan kerjaya seni.
Ditanya mengenai persiapan Syawal kali ini, Serina mengakui dia cukup teruja terutama ketika membuat persediaan persiapan raya untuk Tristen yang sudah mula berjalan.
“Bagi saya, mengandung memang menyeronokkan kerana saya sangat aktif dan boleh melakukan semua kerja dengan mudah. Mungkin ibu mengandung lain berdepan dengan mual dan kepenatan, saya pula Alhamdulillah tidak mengalami simptom sebegitu. Saya percaya, kita tidak boleh melayan sangat perasaan,” katanya yang masih aktif berlakon drama bersiri kepolisan.
Menceritakan pengalaman berhari raya, Serina mengakui agak bertuah apabila bersuamikan lelaki Inggeris kerana tidak bercanggah pendapat soal giliran pulang berhari raya. Lantas, Hari Raya pasti akan diraikan di kampung halamannya.
Lebih-lebih lagi, Salahuddin bagi Serina sangat mudah menerima budaya Melayu sehinggakan mudah bergaul serta menikmati hidangan Melayu.
“Ketika awal berkahwin dulu saya memang gusar memikirkan bolehkah dia mengikuti cara Melayu lebih-lebih lagi berhari raya di kampung dengan keadaan panas, tidur berhimpit dan kurang selesa.
“Tetapi dia jenis yang memahami membuatkan semuanya berjalan lancar,” katanya yang dijangka melahirkan anak kedua pada Januari depan.
Melihat ‘tenaga’ dengan semangat Serina bercerita, memang dirinya jenis yang tidak duduk diam. Sambil bercerita yang dia aktif berniaga termasuk baru saja menerbitkan sebuah telemovie iaitu Man Pos Masuk Kampung yang akan disiarkan di Astro dan turut giat memasarkan produk kesihatan, MaVellous yang turut melantik papanya sebagai duta produk.
Berita Harian
Walking Tours Along 7 Circle Line Stations
SINGAPORE: The Land Transport Authority (LTA) is extending its Art in Transit Programme to seven MRT stations along the Circle Line.
The Circle Line Art in Transit Programme, launched Friday by the LTA, SMRT and Art Outreach, will take visitors on a two-hour tour through the seven stations – Paya Lebar, Dakota, Mountbatten, Stadium, Nicoll Highway, Promenade and Esplanade.
Visitors can take the tour to view artwork by top Singaporean artists which have been incorporated as part of the interior to tell the culture and history of the neighbourhood around each station.
The LTA began its Art in Transit Programme in 2008 at four out of 19 stations along the North East Line (NEL).
It said more than 1,300 participants have taken that tour so far.
Mr Andrew Mead, senior design manager (Architecture) at LTA said: “The stations of our rail network are an ideal palette to bring together the works of some of Singapore's best artists. The Circle Line's art, like NEL's brings to life the culture of the neighbourhood.”
Art Outreach Singapore chairman Mae Anderson said the enthusiastic response from the public encouraged them to extend the programme for the Circle Line.
“The North East Line tours were formally launched in 2009, and we had a wonderful response from the public. I think members of the public were very much appreciative of finding out the stories behind the art work. The warm response certainly encouraged us to start working with SMRT for the Circle Line tours.”
He added: “I think the Promenade station is rather interesting because the art work is about the history of the station, about people working and playing together at the same place at the waterfront once, I find that quite interesting.”
- CNA/cc/fa
Channel News Asia
Man Charged With Fernvale Road Murder
SINGAPORE: A jobless man has been charged with murdering his wife in a flat at Block 441B Fernvale Road in Sengkang on Wednesday.
Singaporean Lee Show Fui, 32, is accused of killing his coffeeshop assistant wife, Madam Tang Shi Fang, 37, between 9am and 4pm that day.
Channel NewsAsia understands that Madam Tang was a China national who later became a Singapore citizen.
The tall, bespectacled Lee turned up in court Friday in a green top and in a pair of dark-coloured pants.
He told the court he did not murder his wife.
Lee is now remanded at the Central Police Division and will be back in court, next Friday.
If convicted of murder, he will face the death penalty.
- CNA/cc/fa
Channel News Asia