KaoPehKaoBu
Komplot Rebut Takhta
MULA dihasilkan dalam bentuk komik pada kurun ke-17, kisah The Three Musketeers adalah hasil idea Alexandre Dumas. Kemudian kisah yang ditulis berbentuk novel itu dibawa ke layar perak dalam bentuk drama bersiri, animasi dan filem menurut interpretasi pengarah.
Ia pernah difilemkan pada 1948 dan sekali lagi pada 1973.
Sejajar dengan perkembangan industri hiburan di Eropah, filem The Three Musketeers sekali lagi dibawa ke layar perak pada 1993.
Memulakan penggambaran tahun lalu, filem arahan Paul WS Anderson ini menampilkan pelakon yang sudah mempunyai nama dalam industri seni, penggunaan alatan penggambaran yang canggih membantu keberkesanan filem The Three Musketeers yang bakal ditayangkan di pawagam pada 6 Oktober ini.
Aktor Orlando Bloom memegang watak Duke of Buckingham manakala Milla Jovovich memainkan peranan sebagai M’lady De Winter.
Tiga watak Musketeers itu pula dipegang Ray Stevenson (Porthos), Matthew Macfadyen (Athos) dan Luke Evans (Aramis).
Selain mereka, beberapa pelakon lain turut menjayakan filem itu ialah Logan Lerman (D’Artagnan), Juno Temple (Queen Anne), Mads Mikkelsen (Rochefort) dan James Corden (Planchet).
Kisah The Three Musketeers kali ini pastinya lebih menarik kerana barisan pelakon yang membintangi filem ini bukan calang-calang.
Milla atau nama sebenar, Milica Jovovi dilihat sebagai pelakon aksi menerusi filem Resident Evil. Sebelum ini, Milla membawakan aksi menggunakan senjata api namun kali ini peminat berpeluang melihat dia mengendalikan pedang.
Mempunyai wajah cantik dan memancarkan aura wanita pada kurun ke-17 menjadi penyebab Milla dipilih memegang watak itu.
“Cabaran besar yang saya hadapi ialah memakai gaun panjang. Bayangkan kesukaran apabila terpaksa melakonkan berlawan pedang dengan gaun panjang dan sangat besar. Korset yang saya pakai juga sangat ketat dan mengehadkan pergerakan saya.
“Bagaimanapun, aksi berlawan seperti itu berlatar belakang kurun ke-17 babak yang sangat menarik kerana tidak banyak wanita bangsawan dibenarkan atau pandai berlawan pedang,” katanya.
Bagi Bloom yang terkenal dengan filem The Lord Of The Rings dan Pirates Of The Carribean, tidak susah melakonkan watak antagonis namun perkara mencabar dihadapinya ialah menjaga protokol kerana menjadi seorang bangsawan dalam filem terbaru ini.
“Banyak protokol dalam istana yang harus saya ketahui. Dari cara bercakap sehinggalah berjalan, semua perkara harus diberikan perhatian.
“Ia berlainan dari watak yang saya pegang dalam Pirates Of Carribean iaitu seseorang yang tidak mengambil berat  hal pertuturan dan melakukan apa saja yang diingininya,” katanya.
The Three Musketeers mengisahkan seorang pemuda, D’Artagnan meninggalkan kampung halaman untuk bergabung dengan tiga ‘Musketeers’ untuk mempertahankan takhta raja Perancis agar Cardinal Richelieu tidak dapat merampasnya.
Cardinal merancang menyingkir dan membunuh raja muda, King Louis dengan menggunakan khidmat Milady.
Dia turut menuduh Queen Anne mempunyai hubungan sulit dengan Buckingham.
Sekiranya raja terpedaya dengan penipuan itu, peperangan bakal tercetus.
Bagi mengekalkan keamanan di Perancis, Three Musketeers dan D’Artagnan harus ke London untuk mengambil rantai berlian di dalam menara untuk dikembalikan kepada permaisuri sebelum majlis tari menari.
Soseh Soseh: Artis Jaja Cinta Lokasi
TIDAK sudah-sudah nampaknya artis kacak yang seorang ini suka membuat pengakuan bercinta dengan artis ini dan intim dengan wanita itu. Apa, hebat sangatkah jika dapat bertukar-tukar pasangan?
Dia ingat pilih teman wanita macam tukar baju? SS bantah keras sikap jejaka yang dilabel macho bagi peminat seni tanah air khususnya golongan wanita.
Tidak dinafikan artis ini mempunyai kelompok peminat tersendiri. Boleh dikatakan dia antara artis yang menjadi pilihan dan sering tampil hampir semua televisyen. Memang tawaran seni bak goreng pisang panas bagi jejaka itu.
Yang SS tidak gemar ialah sikapnya yang suka membuat kenyataan yang tidak munasabah. Setiap kali digandingkan dengan wanita jelita, artis itu pasti memaklumkan dia dilamun cinta dengan pasangan heroinnya.
Biar betul? Ini kisah ‘cinta lokasi’ ke atau sengaja menimbulkan kontroversi bercinta untuk mempromosi drama atau filem yang dibintangi itu.
Jangan sampai peminat atau karyawan seni cop artis ini  ‘playboy’ sudahlah.
Bukan sekali dua kisah bercinta dengan pasangan artis ini menjadi bualan.
Jangan jadi macam segelintir artis itu sudah bercinta bagai nak rak akhirnya masing-masing membawa haluan sendiri. Mungkin tiada jodoh mereka. Begitupun SS kagum dengan segelintir artis yang tidak suka menjaja cerita peribadi terutama membabitkan kisah cinta. Tahu-tahu sudah ada kad jemputan ke majlis perkahwinan mereka.
Ini menunjukkan mereka serius dan ikhlas dalam perhubungan mereka. Kadang kala pasangan selebriti ini gemar dikaitkan antara satu sama lain untuk membantu mempromosi diri. Malah pada dasarnya masing-masing sekadar kawan tapi mesra.
Apa ke halnya.
Persandingan Mewah Ala New York
MELANGKAH saja ke dewan utama di Hotel Crowne Plaza Kuala Lumpur malam kelmarin bagi menghadiri majlis persandingan khas pasangan popular, Mohamed Nurhakim Zaidon atau Norman Hakim bersama Suhaiza Suhaimi (Memey), bagai berjalan merentasi taman penuh mewah dan cetusan idea kreatif.
Seluruh dewan digubah menjadi istana mewah namun disuntik elemen moden selari dengan konsep yang diangkat malam itu, Rafflesia Pearl Wedding.
Setiap inci lantai ditaburkan kelopak ros putih. Hiasan setiap meja tetamu pula kemas dengan perincian mewah bertatahkan batu permata berpadanan dengan penaja yang menguruskan setiap perancangan, Rafflesia.
Majlis persandingan yang mengangkat tema Inggeris ala-ala New York itu begitu ringkas dan santai namun lengkap dengan budaya moden Inggeris yang diterjemah pada adat Melayu.
Pasangan sama cantik sama padan yang diijabkabulkan Sabtu lalu, diraikan dalam majlis penuh kemewahan dan begitu eksklusif khusus dihadiri rakan artis.
Antara selebriti popular yang hadir, Yasmin Hani, Sazzy Falak bersama suami, Syafinaz Selamat, Irma Hasmie, Sari Yanti, Diana Rafar, Marsha, Didie Alias, Faradhiya, Ifa Raziah, Neelofa, Kilafairy, Nubhan, Diana Johor, Fouziah Gous dan Iqram Dinzly dan ramai lagi.
Paling dinantikan malam itu tentunya persalinan mewah Memey yang dicipta khas pereka fesyen antarabangsa, Vera Wang dan kasutnya yang direka Datuk Jimmy Choo.
Tambah menarik apabila pengantin perempuan diapit empat gadis jelita juga selebriti terkenal, Miera Liyana, Fathia, Julia Ziegler dan Eina Azman.
Manakala pengapit lelaki terdiri daripada empat pelakon kacak, Afiq Muiz, Fizz Fairuz serta dua bintang dari Indonesia, Samuel Rizal dan Didi Riyadi.
Indahnya persandingan malam itu turut diserikan dengan persembahan hebat Amanda Imani menyampaikan lagu romantis, I Turn To You dendangan asal Christina Aguilera.
Pentas indah dengan pencahayaan menarik dan hiasan bunga di sekelilingnya pula diambil alih Farhan (Akademi Fantasia 4) dengan lagu Love nyanyian Nat King Cole sebelum juara Bintang Idola Berita Harian, Azhar menyanyikan lagu klasik, Bulan Di Pagar Bintang.
Irma yang anggun dengan busana muslimah, mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin yang juga teman seperjuangannya.
“Saya begitu seronok melihat kebahagiaan mereka berdua kerana mengimbau kembali bagaimana perjalanan kedua-duanya untuk sampai ke tahap ini.
“Masing-masing punya cinta dan setia yang kuat hingga keikhlasan itu terserlah malam ini apabila mereka diraikan di atas pentas istimewa siap dengan busana mewah. Saya hanya mengharapkan agar hubungan ini berpanjangan dan kebahagiaan yang dibina kekal hingga ke anak cucu,” katanya.
Antara yang paling mengagumi gaun Memey ialah Neelofa dan menyifatkan pasangan bahagia ini begitu bertuah kerana semua yang dirancang buat majlis persandingan ini adalah yang terbaik.
“Saya memang begitu tertarik melihat busana Vera Wang yang disarungkan Memey malam ini kerana perinciannya begitu indah dan halus sangat bersesuaian dengan pengantin.
“Apabila dia berjalan menuju dewan memperagakan pakaian itu lengkap dengan kasut rekaan Datuk Jimmy Choo, sebagai wanita saya begitu cemburu kerana semuanya lengkap.
“Apa yang penting sekarang adalah saya mendoakan agar pasangan ini bahagia dan terus menguatkan lagi kasih sayang yang ada untuk memimpin keluarga ke akhir hayat. Moga cepat dapat anak dan terus menjadi pasangan romantis.
“Perwatakan Memey yang sememangnya lemah lembut dengan sikap penyayang Norman memang terserlah malam persandingan ini,” katanya.
Sementara itu Marsha berkata, alangkah indahnya suasana malam itu dipotretkan dan dirakam untuk tatapan peribadi mereka hingga ke akhir hayat kerana apa yang dipersembahkan begitu sempurna.
“Sebaik tiba di sini, saya sudah menjangkakan ia akan menjadi satu sejarah tersendiri kerana setiap satunya dirancang sebaik mungkin. Bukan sekadar menu hidangan lazat serta rangkaian persembahan menarik, malah pengantin diraikan dengan begitu teliti dan meriah.
“Pengapit pengantin juga sudah jelas betapa seronoknya majlis ini. Saya harap Norman dan Memey kekal bahagia dan cepat-cepat menimang cahaya mata,” katanya.
Norman yang juga ayah kepada Mohamed Danish Hakim, 8, Marissa Dania Hakim, 6, dan Maria Danisha Hakim, 3 hasil perkongsian hidup dengan Abby Abadi, sah menjadi suami Memey pada Sabtu lalu dalam majlis pernikahan ringkas di kediaman pengantin perempuan di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor selepas lebih tiga tahun bergelut dengan kontroversi yang pernah singgah dalam perhubungan mereka sebelum ini.
Norman ketika ditemui sendiri, turut berkongsi ceritanya mengenai majlis malam itu. Norman menyifatkan majlis persandingan eksklusif buat teman media dan rakan selebriti malam itu bagai mimpi.
Katanya, sejak awal lagi dia dan Memey merancang mengadakan majlis ringkas bagi meraikan keluarga dan teman rapat saja. Namun rezeki itu tertulis dan Norman terima saja dengan tangan terbuka kerana semuanya diuruskan Rafflesia.
“Ianya memang tidak pernah sekali terlintas diimaginasi saya untuk meraikan perkahwinan dalam suasana penuh mewah seperti ini. Bagi saya ia majlis perkahwinan yang cukup sempurna dan tersusun.
“Saya terharu dengan apa yang dipersembahkan pada malam ini. Semuanya punya makna dan maksud tersendiri dan kami berdua berpeluang meraikan teman-teman rapat yang sudi meluangkan masa malam ini.
“Bagaimanapun setiap inci perancangan itu dibincangkan bersama kami juga dan malam ini sendiri majlis ini bagi meraikan kesemua tetamu terhormat, teman-teman artis dan rakan media yang selama ini banyak menyokong kerjaya seni kami.
“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan pastinya kami berdua bersyukur dengan apa yang sudah dirancangkan bagi memeriahkan lagi sambutan perkahwinan kami berdua,” katanya.
Enggan Imbas Kisah Lama
KENANGAN…Fara tetap kenang jasa Julfekar.
“SYUKUR Alhamdulillah, akhirnya kebenaran itu berpihak padaku. Akhirnya dia memohon maaf di atas kesilapannya selama ini terhadapku”.
Itulah status yang ditulis komposer sensasi, Julfekar Ahmad Shah di laman facebooknya, baru-baru ini hingga menimbulkan persoalan apakah kemelut antara dia dengan penyanyi  Farawahida Razali, 26, sudah berakhir?
Bagaimanapun apabila diminta komen penyanyi yang popular dengan lagu Tanpamu, Fara enggan mengulas  lanjut.
Katanya, dia ada alasan kukuh untuk berbuat demikian. Alasannya mudah saja, tidak mahu mengimbas semula cerita lama.
“Apa yang saya boleh katakan, memang kami sudah berbaik semula baru-baru ini.
Sebenarnya, saya memang tidak pernah berdendam dengannya dari dulu lagi kerana saya tetap kenang jasanya menaikkan nama saya dalam bidang hiburan dulu.
“Saya sudah memaafkannya sebagai saudara sesama Islam dan kami juga yang putuskan untuk sama-sama bermaafan ketika itu.
“Walaupun sudah berbaik, saya tidak mahu lagi ada kaitan dengannya termasuk bekerjasama dalam album pada masa akan datang. Saya percaya lebih baik begitu saja demi menjaga nama baik keluarga,” katanya ketika dihubungi.
Fara mengakui telefon bimbitnya tidak berhenti berdering dihubungi pihak media apabila keluar kenyataan Julfekar di akhbar mengatakan mereka sudah berbaik semula.
Difahamkan, Julfekar menarik semula saman terhadap Farawahida yang difailkan tiga tahun lalu apabila mahkamah mengeluarkan perintah supaya membuat permohonan maaf berhubung isu yang timbul. Fara memohon maaf sebagaimana diperintahkan di hadapan hakim mahkamah, Datuk Nor Bee Ariffin pada 21 September lalu.
Apapun, Fara berharap cerita kontroversi yang pernah melanda hidupnya sebelum ini tidak diungkit lagi kerana ia sudah pun menjadi sejarah.
Walaupun ia pahit untuk ditelan, Fara percaya ada hikmah di sebalik semua keperitan itu.
Kata Fara, apa yang berlaku mematangkan dirinya dan kini sudah mula belajar berdikari yang sebelum ini tidak pernah terfikir olehnya.
“Saya sendiri tidak percaya dengan pencapaian diri selepas hidup berdikari sejak tahun lalu. Saya tidak pernah menyesal dengan apa yang sudah tertulis dalam hidup.
“Malah, saya bangga dengan apa yang dikecapi sekarang. Banyak perkara yang saya belajar sejak mula berdikari menguruskan karier seni.
“Contohnya, saya buat semua perkara dari A hingga Z dan ia pengalaman baru dalam hidup. Ia juga memberi kepuasan yang lebih pada diri sendiri.
“Kalau dulu saya bergantung pada orang lain untuk membawa saya memenuhi undangan persembahan, tapi kini saya sudah ada lesen memandu sendiri. Saya juga sudah memiliki kereta sendiri sehari sebelum Aidilfitri lalu.
“Ia juga duit dari titik peluh melalui undangan persembahan yang tidak putus diterima setiap bulan. Mungkin orang tidak percaya, saya tidak pernah minta duit sesen pun dari ibu bapa atau hutang duit dengan orang, sejak berkecimpung dalam bidang seni, hampir tujuh tahun lalu.
“Sayalah juga yang membantu keluarga untuk mempunyai rumah lebih selesa di Taiping, Perak. Bapa juga hanya menjadi penjamin bila saya membeli kereta tahun ini,” katanya .
Buat masa ini, Fara juga tidak bernaung di bawah mana-mana syarikat rakaman tiada  masalah bekerjasama dengan komposer lain.
Fara ingin mengubah persepsi orang yang selama ini menganggap hanya boleh bekerja dengan Julfekar saja.
“Terbaru, saya bekerjasama dengan Manusia Putih untuk single terbaru, Jangan Tanya Aku Lagi, selepas dua tahun tidak ada lagu baru. Single ini juga menjadi lagu tema untuk drama bersiri Mata Ayer menerusi slot Legenda di TV3.
“Saya juga bekerjasama dengan komposer baru, Tot untuk lagu raya berjudul Hayati Raya Sejati yang dihasilkan hampir tujuh tahun dalam bidang nyanyian.
“Saya juga ada terfikir membuka syarikat sendiri untuk menguruskan karier seni
tapi semua masih dalam perancangan,” katanya.
Fara menafikan lagu Jangan Tanya Aku Lagi menceritakan kisah silamnya dan menegaskan lagu ditulis  Manusia Putih itu tidak ada kaitan dengan dirinya.
“Tapi saya akui sukakan judul lagu itu malah lagu dan liriknya memang mencipta khas buat saya.  Selama ini, orang tanya bila saya nak keluar lagu baru, kini jawapan saya mudah saja, Jangan Tanya Aku Lagi.  Lebih bermakna, single ini dihasilkan dengan duit sendiri dan bukan ditaja mana-mana pihak.
“Proses pembikinan single ini juga membabitkan tempoh empat bulan dan saya puas hati dengan hasilnya. Alhamdulillah, single ini mendapat sambutan baik dari peminat sejak mula diputarkan di radio tempatan, dua bulan lalu. Menyusul selepas ini adalah single kedua,” katanya.
Mengenai hubungannya dengan bakal doktor muda yang hangat diperkatakan itu, Fara enggan mengulas lanjut kerana tidak mahu menghebohkan kisah cintanya.
Katanya, dia masih dalam fasa mengenali hati budi.
“Insya-Allah, saya pasti tidak akan sorok hari bahagia dari pihak media dan peminat yang banyak menyokong karier saya selama ini apabila sampai masanya nanti,” katanya merancang membeli rumah sendiri sebelum fikir soal kahwin.
PROFIL:
NAMA PENUH: Farawahida Razali
TARIKH LAHIR: 19 Mac 1985
TEMPAT LAHIR: Taiping, Perak
KERJAYA: Penyanyi
STATUS: Bujang
KELUARGA: Anak keempat daripada enam beradik
PENCAPAIAN: Artis Baru Wanita Popular – Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 dan Juara Etnik Kreatif AJL23 menerusi lagu Persoalan Cinta
ALBUM: Farawahida, Tanpamu, Semuanya Ada Di Sini dan Farawahida 2009
Membongkar Enigma Sebalik Kapal Karam
Antara fosil seramik yang ditemui pada kapal karam di perairan negara.
PERAIRAN negara merupakan antara laluan maritim terpenting di dunia dan digunakan pedagang sejak awal kurun Masihi lagi, mungkin lebih awal daripada itu.
Laluan ini dianggap tali penghubung kepada tamadun manusia sejagat, bagaimanapun ia juga merakam banyak kisah tragis kapal-kapal saudagar yang tenggelam akibat cuaca buruk, kebocoran atau serangan.
Kapal karam itu antaranya dari China, Tanah Arab dan negara nusantara, menimbulkan suatu enigma bersama 1,001 kisah mengenai kehidupan masa lalu.
“Kapal karam bagaikan kapsul masa menceritakan struktur perdagangan, komoditi serta komuniti pedagang itu sendiri pada masa dahulu,” kata Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Datuk Ibrahim Ismail.
Beliau ditemuramah wartawan Bernama selepas sidang akhbar sempena Pameran Keajaiban Kapal Karam di Galeri 2, Muzium Negara di sini, baru-baru ini.
Ibrahim berkata kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan antarabangsa yang maju pada kurun ke-15 dan ke-16 menyebabkan pedagang daripada pelbagai latarbelakang berpusu-pusu datang ke Melaka.
“Tidak hairanlah beribu-ribu kapal merentasi lautan Asia Tenggara dan karam sebelum sampai ke destinasinya. Antara destinasi utama kapal itu Melaka kerana itu kita lihat perairan negara kaya dengan khazanah kapal karam,” katanya.
Beliau berkata usaha mencari serta mengenalpasti lokasi kapal karam di perairan negara telah dilakukan sejak tahun 1980-an oleh pelbagai pihak.
Penemuan kapal karam Risdam pada 24 April 1984 oleh seorang rakyat Singapura di perairan Mersing, Johor merupakan antara pencetus minat ekskavasi kapal karam di negara ini.
Risdam dipercayai karam pada 1 Januari 1727 kerana kebocoran dan merupakan kapal milik Syarikat India Timur Belanda (VOC) berukuran 46m panjang, 15m lebar dan setinggi 12m.
Beliau berkata dua operasi arkeologi dijalankan pada 1984 yang menemui pelbagai artifak, antaranya tempayan, jongkong timah, gading gajah, kayu balak dan kompas.
Satu lagi kapal karam bernama Diana turut menjadi pencetus minat ekskavasi kapal karam di negara ini apabila pada 21 Disember 1993, Malaysian Historical Salvors (MHS) menemui kapal itu di perairan Selat Melaka.
Kerajaan telah menawarkan kepada MHS untuk melakukan aktiviti ekskavasi maritim Diana yang tertanam dalam lumpur di kedalaman 34 meter.
“Seramik adalah kargo terbanyak ditemui kira-kira 11 tan antaranya pinggan, mangkuk, set teh dan bekas penyimpan sayur serta buah-buahan. Kira-kira 24,000 unit barangan daripada jenis tembikar China biru-putih ditemui,” katanya.
Ibrahim berkata turut ditemui herba seperti teh hijau, halia, ginseng dan rhubab selain kapur barus dan butiran kaca.
Jabatan Muzium Malaysia mula melakukan ekskavasi maritim sendiri terhadap kapal karam di sekitar perairan negara pada tahun 1995 bermula dengan kapal perang Belanda bernama Nassau.
“Nassau karam sekitar 5km dari pantai Port Dickson, Negeri Sembilan. Ia dipercayai karam pada 16 Ogos 1606 disebabkan pertempuran antara Belanda dan Portugis dikenali sebagai peperangan Cape Rachado,” katanya.
Ibrahim berkata ekskavasi terhadap kapal itu dijalankan antara Ogos dan Disember 1995 dengan kerjasama syarikat Transea Sdn. Bhd., Mensun Bound dan Universiti Oxford.
Katanya peralatan seperti ‘magnometer’ dan ‘sidescansonar’ digunakan untuk mengesan kira-kira 5,000 artifak pada kapal karam itu antaranya senapang besi-gangsa, sauh besi, peluru dan seramik.
Pada tahun yang sama juga sebuah lagi kapal karam bernama Nanyang, yang dipercayai karam pada 1380, ditemui di perairan Pulau Pemanggil, Mersing, Johor dan berada 54 meter di dasar laut.
“Apa yang menarik mengenai kapal ini ialah teknik pembuatannya mempunyai asal-usul China dan Asia Tenggara. Kapal ini kecil sepanjang 18m dengan tiang layar 5m panjang,” katanya.
Beliau berkata kapal itu dicantum menggunakan tanggam kayu seperti pembuatan kapal di Terengganu.
“Sebanyak 400 seramik dikeluarkan untuk diselidik, kebanyakannya mengandungi corak Sisatchanalai. Antara seramik yang ditemui kendi tangkai bulat, pinggan besar, mangkuk kecil, tembikar tanah dan tempayan besar,” katanya.
Sisatchanalai merupakan sebuah kawasan di Thailand yang pada lewat kurun ke-14 merupakan sebuah kawasan penghasilan seramik terkemuka di Asia Tenggara.
Solehah Janji Keunikan
Oleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar FAIRUZ IZYANA AYUB
BARISAN peserta Solehah yang diperkenalkan ketika episod pengenalan program tersebut, baru-baru ini.
JUMAAT lalu, program realiti televisyen pertama TV AlHijrah, Solehah bersiaran secara langsung dari Dewan Muktamar, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Kuala Lumpur.
Pada malam itu, kesemua 10 peserta yang terpilih diperkenalkan dalam episod pengenalan yang berlangsung selama satu jam setengah, bermula pukul 8.30 malam.
Secara umum, tiada apa yang lebih menarik untuk ditonton pada peringkat ini melainkan berkenalan dengan 10 peserta berkenaan yang berlainan latar belakang, taraf pendidikan dan gaya hidup.
Apatah lagi, apabila menyebut perkataan solehah, ia menggambarkan wanita-wanita muslimah bertudung litup dan keperibadiannya penuh dengan sifat ketimuran yang menjaga tata susila serta taat terhadap perintah Allah SWT.
Justeru, bagi melupuskan stigma masyarakat terhadap wanita muslimah, penerbit Solehah, Tengku Muhammad Ismail Tengku Ibrahim memberi penekanan bahawa program itu bukanlah sebuah rancangan yang membentuk dan melahirkan wanita yang mempunyai didikan agama semata-mata.
Malah, Solehah adalah siri realiti yang diharap mampu membentuk jiwa wanita seimbang dari aspek duniawi dan juga ukhrawi.
“Tambah unik, program ini secara tidak langsung mendidik audiens untuk sama-sama mendapat manfaatnya, sama seperti yang diperolehi oleh para peserta.
“Bagi episod seterusnya, audiens akan menyaksikan pengisian yang lebih mantap dan kita berharap, input yang dipaparkan nanti dapat dikongsi bersama penonton.
“Berbekalkan modul yang berkualiti, insya-Allah Solehah dapat mendedahkan ciri-ciri kebaikan yang ada pada diri setiap peserta untuk dijadikan iktibar oleh penonton dalam mengharungi arus kemodenan yang berliku,” katanya kepada pemberita sejurus siaran langsung program tersebut tamat.
Solehah tidak menggunakan kaedah penyingkiran sehingga ke episod terakhir kelak.
Jelas Ismail, pendekatan itu diguna pakai kerana ia seiring dengan genre Islamik yang ingin ditampilkan iaitu umat Islam seharusnya memimpin sesiapa sahaja yang lemah dan bukannya menyingkirkan mereka.
Oleh itu, jelas Ismail, biarpun diketepikan elemen dramatik yang lazimnya berlaku dalam setiap program realiti, pihaknya percaya, Solehah tetap mempunyai daya tarikan tersendiri.
“Biarpun unsur dramatik yang berlaku lazimnya dilihat ketika segmen penyingkiran, namun kita mengambil risiko untuk mengetepikan kebiasaan itu.
“Ini kerana elemen dramatik itu boleh diwujudkan dengan cara berbeza seperti melihat perkembangan setiap peserta.
“Jika kelemahan yang ada pada peserta itu lebih menonjol maka itu dapat dijadikan pengajaran untuk audiens,” katanya sambil menekankan, di situlah wujudnya elemen dramatik dalam Solehah.
Satu lagi contoh, kata Ismail yang pernah menerbitkan Explorace, Mentor, Bang Bang Boom dan Amekaw, penonton boleh menilai pemahaman peserta tentang erti sebuah persahabatan dan pada masa yang sama, para peserta perlu bersaing untuk merebut gelaran juara Solehah.
Dalam pada itu, Solehah yang bakal bersiaran sebanyak 13 episod itu akan dipancarkan secara langsung pada setiap hari Jumaat, pukul 8.30 malam di saluran TV AlHijrah dan dihoskan oleh Nurul Iman serta Irma Hasmie.
Peserta Solehah yang bersaing adalah Amie Sofia Ahmad, 25 dari Kedah; Wan Suhaili Wan Mohd. Yusof, 24 (Terengganu); Mariyam Sa’ari, 24 (Terengganu); Sarah Azizul, 25 (Selangor); Renny Johnnuin, 21 (Sabah); Tuan Nor Shazni Tuan Muda, 23 (Terengganu); Siti Adibah Zelkefly, 21 (Sarawak); Nurul Eswani Syafazlin Abdul Halim, 24 (Kedah); Wan Nor Mazuani Wan Mokhtar, 22 (Pahang) dan Rosmarieza Rafiee, 25 (Melaka).
Sepanjang program berlangsung, mereka akan diadili oleh tiga orang juri iaitu Prof. Madya Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail, Prof. Madya Dr. Mariani Md. Nor dan Isfadiah Mohd. Dasuki.
Sementara itu, barisan tenaga pengajar atau disebut musyrifah terdiri daripada Ustazah Norsalehah Mohd. Saleh, Ustazah Norhafizah Musa, Ustazah Suriani Sudi dan Haslina Mohd. Ali.
Artis Remaja Bantu Kempen Kami Prihatin
Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar SAFIYANA SALIM
GAYA Najwa Latif sewaktu menyanyikan lagu Cinta Muka Buku.
KEMPEN Kami Prihatin yang bertujuan membendung gejala pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak banyak memfokuskan kepada golongan remaja dalam usaha membentuk generasi yang lebih penyanyang.
Bagi menjayakan kempen itu, sasaran bukan setakat buat golongan muda, malah para penyanyi remaja juga berganding bahu pada Konsert Kempen Kami Prihatin yang diadakan di Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menerusi konsert anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu ramai artis remaja seperti Najwa Latif, Ana Raffali, Bienda, Adam (AF2) dan Sahri (AF1) turut serta menjayakan kempen murni tersebut.
“Sambil berhibur kita jangan leka dengan gejala sosial seperti ini (penderaan dan buang bayi),” ujar Ana Raffali selepas menyanyikan lagu Tolong Ingatkan Aku pada konsert yang ditonton hampir 500 pelajar UM pada malam itu.
Selain itu, Ana yang turut menyanyikan lagu Dan Ku Biarkan Kau Terlepas dan Sehabis Baik sambil bermain gitar secara akustik itu mendapat tepukan gemuruh para penonton yang menunggu-nunggu kemunculannya.
Paling mencuri tumpuan apabila penyanyi remaja Najwa Latif, 16, tampil di atas pentas selepas lagu berjudul Cinta Muka Buku nyanyiannya yang disiarkan menerusi Youtube telah ditonton lebih dua juta penonton baru-baru ini.
“Saya rasa gementar pada malam ini bukan sahaja kerana membantu menjayakan kempen seperti ini yang cukup berat tanggungjawab sosialnya. Malah, saya juga gemuruh untuk menyanyi buat pertama kalinya di UM ini,” katanya.
Konsert anjuran Institut Pengupayaan Wanita Bagi Anggota Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NIEW) itu turut menyaksikan kebanyakan penonton menyanyi bersama-sama Najwa.
Pada konsert yang turut mendapat kerjasama akhbar Utusan Malaysia, Persatuan Karyawan Malaysia dan Astro Awani itu Najwa turut menyanyikan dua lagu berjudul One In A Million dan Carta Hati yang sememangnya popular di kalangan peminatnya.
Persembahan sempena NIEW Ladies Carnival 2011 itu turut dimeriahkan apabila hampir 20 pelajar Universiti Lim Kok Wing bersama Sahri (AF1) menyanyikan lagu tema acara itu Woman of Tomorrow secara beramai-ramai.
Turut memeriahkan lagi acara ialah persembahan teater berjudul Saleh Salehah oleh lima pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan.
Ia sedikit sebanyak membawa mesej dalam usaha menjayakan kempen itu.
Sam, Intan & Yana Berkongsi Kasih
Oleh HASNURUL MOHAMED
Gambar Azrul Edham Mohd. Aminnuddin
SHAHEIZY Sam, Intan Ladyana dan Yana Samsudin sebagai tonggak filem BBKG.
BINI-Biniku Gangster (BBKG) bukanlah filem pertama yang mempertemukan Shaheizy Sam, Intan Ladyana dan Yana Samsudin. Sebelum ini mereka pernah bersama dalam Adnan Sempit.
Berbekalkan pertemuan pertama dahulu, baik Intan, Yana mahu pun Sam sendiri, jalinan chemistry di antara mereka telah terbina.
Melalui pengalaman itu memudahkan mereka bergandingan dan menghayati watak masing-masing dalam BBKG.
Justeru, apabila mereka dituntut melakonkan adegan yang membabitkan babak di atas katil, ketiga-tiga pelakon itu mengakui, tidak menghadapi sebarang masalah.
Malah mereka sedia melakonkan babak tersebut setelah berbincang dan dipersetujui pengarah, Ismail Bob Hasim.
Minat Kurang Menebal
Artis popular bersikap acuh tak acuh terhadap siri promosi FFM24
MATLAMAT Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) untuk memupuk kesedaran pelakon dan masyarakat terhadap kepentingan Festival Filem Malaysia (FFM) hampir tercapai menerusi penganjuran siri jelajah yang baru diperkenalkan tahun ini.
Pengerusi Publisiti dan Promosi FFM 24, Ahmad Ibrahim atau Mat London, berkata FFM bagaimanapun masih memerlukan bantuan media bagi menghebahkan aktiviti siri jelajah itu kerana publisiti berhubung aktiviti itu masih kurang.
Katanya, memandangkan aktiviti berkenaan baru diperkenalkan, kebanyakan pelakon belum memahami mekanisme itu. Bagaimanapun, setelah berkunjung ke dua lokasi iaitu Pulau Pinang pada 16 September diikuti Ipoh, Perak pada Ahad lalu, beberapa pelakon terkenal mula menunjukkan minat untuk menyertai siri jelajah yang bakal berkunjung ke Johor Bahru pada 22 dan 23 Oktober ini.
Budaya kita tidak diajar begitu. Sejak dianjurkan 23 tahun lalu, tiada sebarang siri jelajah diadakan. Bagaimanapun apabila GAFIM mengambil alih, kita mula memperkenalkan siri jelajah ini. Memang pada awal-awal dulu, kita agak kecewa kerana artis tidak menunjukkan minat untuk memeriahkan siri jelajah yang dianjurkan.
Tetapi kita pun tidak boleh menyalahkan artis semata-mata kerana budaya ini tidak diajar dari dulu. Bukan mereka tidak berminat, cuma minat mereka kurang menebal. Ada yang terbabit dengan penggambaran sedangkan kita sudah undang mereka melalui pihak penerbit.
Sebenarnya ramai yang tidak tahu apakah sumbangan siri jelajah ini dan bagaimana mekanisme pelaksanaannya. Bagaimanapun setelah melihat dua siri jelajah yang berjaya diadakan, ada yang mula sedar dan menyatakan minat untuk menyertai program yang bakal diadakan di Johor nanti. Antaranya seperti Nasha Aziz, Sofia Jane, Adi Putra dan mungkin Aaron Aziz serta Fizz Fairuz.
Kita merayu pada media agar dapat memainkan peranan menyebarkan mengenai objektif yang cukup murni ini, katanya ketika dihubungi.
Mat London berkata, dia amat berpuas hati dengan sambutan diberikan masyarakat setempat ketika berkunjung ke Pulau Pinang baru-baru ini. Bagaimanapun, kunjungan ke Lost World Of Tambun pada hujung minggu lalu sedikit mengecewakan kerana jumlah peminat yang hadir tidak menepati sasaran.
Namun begitu beliau percaya, siri jelajah yang akan ke destinasi seterusnya iaitu Danga Bay, Johor, sebelum berakhir di Kuala Lumpur dijangka meriah berikutan sebuah karnival diatur oleh Yayasan Warisan Johor dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
FFM bukan hanya untuk golongan artis, tetapi sebaliknya anugerah ini adalah untuk semua. Sebenarnya kita mengadakan siri jelajah ini sebagai tanda terima kasih kepada masyarakat yang selama ini banyak membantu pembangunan industri perfileman tanah air.
Selain itu, kami juga ingin memastikan agar masyarakat dapat berasa dekat dengan mereka yang terbabit dalam dunia seni. Pada siri jelajah yang dianjurkan, kami bukan membawa pelakon semata-mata, tetapi kami turut mengundang pengarah dan penerbit bagi melengkapkan lagi kitaran mereka yang terbabit dalam bidang seni. Bukan saja kepada mereka yang terbabit di hadapan kamera tetapi juga di belakang tabir.
Bukan itu saja, kami juga mengadakan siri jelajah untuk menggalakkan lagi masyarakat supaya berkunjung ke panggung wayang. Setakat ini kita amat berpuas hati apabila 43 buah filem layak bertanding. Jadi kami harapkan angka berkenaan akan meningkat lagi tahun depan, katanya.
Pada siri jelajah destinasi ketiga di Johor, GAFIM katanya akan turut mengundang beberapa pelakon veteran dan baru dari negara jiran Singapura. Katanya, mereka juga antara pihak yang turut membantu menyemarakkan industri perfileman tanah air. Justeru, mereka juga wajar diberi perhatian.
What’s Coke Got To Do With Contraception?
SINGAPORE – Singaporeans aged between 20 and 35 are still clueless about contraception, if the findings of a global survey are anything to go by.
The World Contraception Day 2011 survey – which was conducted online last month – was sponsored by Bayer Healthcare and supported by an alliance of 10 international organisations involved in sexual health, including the Asia Pacific Council of Contraception (APCOC).
Out of the 200 Singapore respondents, eight in 10 said they do not use any contraceptive method such as condoms when having sex with a new partner. Of these, about a quarter attributed this to their partner’s preference. The survey also found that 25 per cent of Singapore respondents believe in at least one contraception myth.
According to the survey, the most frequently cited misconception was that withdrawing the penis before ejaculation (34 per cent) is an effective method to prevent pregnancy. Other misconceptions about ways to prevent pregnancy which were cited were having a bath or shower after sex (6 per cent), “staying upside down for two hours” (3 per cent) and rinsing the genital area “with Coca-Cola” (3 per cent).
The study also found that among Singapore respondents, the Internet was the most common source of misinformation on contraception, followed by friends and religious leaders.
While the condom was found to be the most widely used contraceptive method, some 42 per cent of Singapore respondents said that they are not using any form of contraception during sex.
About 6 per cent of respondents said they are not aware of any contraception method – a finding which surprised Professor P C Wong, a senior consultant with the department of obstetrics and gynaecology at the National University Hospital.
Prof Wong, who is also a council member of the APCOC, pointed out that the level of public education here is good and contraception is also freely available.
He added: “It could then be individual lifestyle choices…or carefree attitudes which is worrisome.”
Noting that abortions among teenagers and the number of people contracting sexual transmitted diseases have been on the rise, Prof Wong said the survey indicated a greater need for accurate and reliable information on contraception.
He urged Singaporeans to seek advice from doctors, such as their family physicians, on the appropriate contraception methods.