Archive for the ‘Hattan’ Category

Battle Of The Songs



Some of the artistes, composers and lyricists who will be competing at the Muzik-Muzik semi-finals.

HIZREEN KAMAL finds out more about this year’s Muzik-Muzik, the song competition that gives music fans an opportunity to vote in their favourite song.

FOR the next three consecutive Fridays (beginning this week), music buffs can look forward to the battle of the songs at the semi-finals of TV3’s weekly song contest, Muzik-Muzik.

Thirty-four songs in three main categories - ethnic creative, ballad and pop rock - are competing to advance to the finals, which will culminate in the highly anticipated, Anugerah Juara Lagu. (The annual song contest is currently in its 23rd year.)

This year’s semi-finals sees a close fight between seasoned artistes and upcoming talents of the industry.

The veterans, including Amy Search, Ziana Zain, Hattan and Anuar Zain, are a few of the strong contenders who will be competing against newbies such as One in a Million’s Ayu and Stacy and Nubhan (of Akademi Fantasia 6 fame).
The late award-winning lyricist, Loloq, has the highest number of entries. His songs include Doa Dalam Lagu, Bila Naik Saksi, Bukti, Mabuk and Aku Lebih Tahu.

It’s interesting to see how artistes manufactured from reality talent shows are continuing to make their presence felt in the industry. Fans will be excited to see favourites like Mawi, Heliza, Fazli Zainal, Faizal Tahir, Dina, Ayu, Nubhan, Dafi, Bob, Aizat, Mila, The Lima and Fiq jostling for the top spot.

Primeworks Studios Sdn Bhd’s entertainment productions manager Fadzliniza Zakaria said the songs are chosen based on the weekly votes and the show’s weekly song charts.

“From 104 songs, only one-third has made it to this stage,” he said at a Press conference recently.

He said this year’s entries are fewer than those in the previous year, particularly in the ethnic creative category.

“This may be attributed to the minimal number of songs produced this year. There have been more singles released compared to full albums. But this does not jeopardise the quality of Juara Lagu because the entries in both ballad and pop rock categories are strong,” he added.

When Muzik-Muzik was first introduced, the show was viewed as a breakthrough in entertainment programmes and till today, it has remained as one of the station’s signature shows.

TV3 Brand Management Group general manager Nurul Aini Abu Bakar said that over the years, the programme has attained increased viewership, evolving with the country’s music scene.

“How many times have you wished you could get your songs heard and reviewed by qualified music industry professionals? Or wished for a way to get recognition for your songwriting and promote your songs to publishers, producers and media? Muzik-Muzik is uniquely designed to provide these opportunities to local songwriters, lyricists and composers.

“Muzik-Muzik is also a pioneer in a sense in that it gives music lovers and fans of local artistes an opportunity to decide on each song’s fate through the weekly votes,” said Nurul Aini.

Returning as hosts are charming Cheryl Samad and quirky HotFM radio presenter, Faizal Ismail.

The semi-finals for the three categories are scheduled for Friday (ethnic creative), Dec 5 (ballad) and Dec 12 (pop rock). They will be aired “live” from Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral in Shah Alam from 9 to 10.30pm.

TV3 is also giving out tickets for the show. They can be collected from the main security post or the Sri Pentas 2 security desk at Sri Pentas in Damansara Utama, Petaling Jaya.

New Straits Times

Depan Mata: Perubahan Perjalanan Hidup Ke Arah Lebih Baik

Oleh Hartati Hassan Basri

Rap
SETIAP orang inginkan kehidupan menjadi lebih baik. Semalam lebih dari hari ini dan tahun ini lebih baik daripada tahun lalu.

Dalam mencari kehidupan lebih baik itu, rasanya setiap umat Islam punya impian menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah untuk mendekatkan diri dengan Allah. Malah kembalinya dari Makkah disifatkan sebagai titik permulaan mengubah kehidupan seseorang menjadi lebih baik.

Pada 8 Disember ini, kita meraikan saudara kita yang mengerjakan haji di Makkah. keluarga terdekat saya yang kini berada di sana ialah ibu dan bapa mentua, Othman Berahim dan Hasni Hassan bersama abang dan kakak ipar, Mohd Azali dan Nazimah Md Tajuri.

Saya juga tumpang bangga dengan pemergian rakan setugas, Wartawan Eksekutif Metro Ahad, Abie Abdullah yang turut menjadi tetamu Allah mengerjakan rukun Islam kelima itu. Begitu juga Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Datuk Manja Ismail.

Kalangan selebriti dan karyawan seni kita juga ramai yang mengerjakan haji saban tahun. Pada 1 Disember ini, Aznil Nawawi akan berangkat ke Tanah Suci Makkah menunaikan ibadah haji. Penyanyi Hattan juga antara yang mendapat peluang itu tahun ini.

Sebelum ini Aznil dan Hattan berpeluang mengerjakan umrah dan kini berpeluang berkumpul bersama umat Islam di seluruh dunia menunaikan ibadat haji pula.

Kalau dulu ramai yang kerap terserempak dengan Hattan keluar masuk pusat hiburan, kini keseronokan dunia itu sudah lama Hattan tinggalkan.

Hattan mengakui dirinya semakin tenang dan banyak masanya dihabiskan dengan melakukan ibadah, bukan lagi berseronok ke pusat hiburan seperti suatu ketika dulu.

Aznil pula sudah dua kali menunaikan umrah dan baru saja pulang Julai lalu. Difahamkan, itulah doa Aznil ketika di hadapan kaabah untuk diberi peluang menjadi tetamu Allah mengerjakan haji pula.

Dalam usia 46 tahun, nyata bapa dua anak ini terus memantapkan kerjayanya. Rasanya tiada siapa boleh menyangkal kewibawaan Aznil sebagai pengacara.

Pelbagai anugerah juga diraih Aznil lebih-lebih lagi mempertahankan gelaran Pengacara TV Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) untuk lima tahun berturut-turut.

Terbaru, program Macam-macam Aznil menang buat kali ketiga di Anugerah Skrin 2008 (ASK08) pada 7 November lalu. Malah pada hari sama, Aznil mendapat penghargaan peribadi daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) apabila dipilih menang Hadiah Galakan Keterampilan Berbahasa (Televisyen) di majlis Anugerah Citra Wangsa (MACW) 2007 yang diadakan di Dewan Bankuet, Menara DBP, Kuala Lumpur pada 7 November lalu.

Pada majlis sama, karyawan seni lain yang turut dihargai ialah penggubah lagu Julfekar Ahmad Shah untuk Hadiah Galakan Penulis Lirik dan juga pengarah Osman Ali (Hadiah Galakan Filem Melayu melalui filem Puaka Tebing Biru).

Khamis lalu, Astro mengadakan majlis meraikan kejayaan Macam-macam Aznil untuk kategori Penerbitan Dalaman (Rancangan Bual Bicara Terbaik). Agak menarik, dalam majlis yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu, program hiburan Macam-Macam Aznil menewaskan dua program agama, Jemputan Umrah dan Al-Kulliyah.

Walaupun minggu ini saya bercuti selama seminggu sempena cuti sekolah, saya luangkan masa menghadiri majlis yang diadakan di Hotel Hilton itu. Pengurus Astro Oasis, Izelan Basar juga akan berangkat ke Makkah 30 November ini.

Dalam perbualan ringkas dengannya, Aznil mengakui kehidupannya sejak akhir-akhir ini menjadi lebih baik. Sebagai selebriti, katanya, segala gerak gerinya menjadi perhatian. Kritikan dan pujian juga sering diterima. Paling penting, Aznil tidak menyifatkan semua itu sebagai satu beban.

Katanya, mana yang baik dia cuba lakukan. Malah Aznil mengatakan keadaan persekitaran menjadikan dirinya menjadi lebih baik. Contohnya apabila mengendalikan program Tom Tom Bak, Aznil bekerja dengan kanak-kanak.

Luah Aznil, apabila mereka bersalaman dengannya dengan mencium tangannya, mereka mengatakan tangannya berbau rokok. Mereka bertanya apakah dia hisap rokok dan mengatakan merokok itu tidak baik untuk kesihatan. Dari situ kata Aznil, dia bertekad berhenti merokok dan berjaya melakukannya.

Malah kata Aznil, penampilannya dengan rambut perang turut ditanya peminat ciliknya. Kata mereka, bolehkah dia sembahyang dengan rambut perang seperti itu. Semua itu memberi kesedaran kepada Aznil untuk berubah.

“Itulah doa saya setiap hari mahu kehidupan yang lebih baik. Apabila kembali dari Makkah nanti, saya ingin terapkan sesuatu yang lebih baik dalam kerja yang saya lakukan.

“Sebagai selebriti, selain menghiburkan masyarakat saya juga terpanggil untuk memberi kesedaran kepada kanak-kanak mengenai tanggungjawab kepada bangsa, agama dan negara apabila mereka dewasa kelak.

“Balik nanti, selepas berehat sehari dua, saya akan terus buat rakaman Tom Tom Bak. Malah semua program yang saya kendalikan akan memulakan siarannya selepas saya balik Makkah,” katanya.

Kata Aznil, peluangnya ke Makkah juga dipermudahkan Allah. Sepatutnya dia sibuk dengan rakaman Tom Tom Bak tetapi ditakdirkan ada masalah tiada studio yang kosong menyebabkan jadual rakaman dirombak.

“Ketika itulah tawaran daripada Tabung Haji diterima untuk saya mengerjayakan haji,” katanya.

Harian Metro

Ramai Artis Realiti Ke Separuh Akhir

Oleh Mohd Nasif Badruddin
mnasif@hmetro.com.my

Rap
PENYERTAAN ramai artis dari program realiti televisyen melayakkan diri ke Separuh Akhir Muzik-Muzik tidak menjadi isu dan pertikaian kerana kehadiran mereka bukan saja merancakkan pertandingan, malah membuktikan kualiti mereka setanding dengan artis lain.

Malah program berkonsepkan realiti yang mula diperkenalkan TV3 menerusi rancangan Sinaran Pasport Kegemilangan lebih sedekad lalu terbukti menjadi platform mencari pelapis berbakat yang mendapat sambutan ramai.

Pengurus Penerbitan Hiburan Primeworks Studios Sdn Bhd, Fadzliniza Zakaria, berkata kemunculan begitu banyak bintang realiti dalam pertandingan kali ini tidak seharusnya dipertikaikan kerana populariti dan kualiti mereka diikitiraf ramai sehinggakan ada yang mencipta lagu sendiri.

“Inilah pelapis untuk menyambung industri muzik pada masa akan datang. Ia tidak menjadi isu lagi sekarang ini kerana apa yang dipertandingkan adalah lagu dan bukannya penyanyi sesuai dengan namanya Anugerah Juara Lagu,” katanya ketika sidang media Separuh Akhir Muzik-Muzik di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya baru-baru ini.

Seperti tahun sebelumnya, pertandingan peringkat separuh akhir dipecahkan kepada tiga kategori. Apa yang mengejutkan, seramai tujuh artis artis realiti mendominasi kategori balada serta masing-masing empat bagi kategori etnik kreatif dan pop rock.

Pertandingan separuh akhir ini akan disiarkan secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam setiap Jumaat jam 9 malam yang dipecahkan kepada tiga kategori iaitu Etnik Kreatif (28 November), Balada (5 Disember) dan Pop Rock (12 Disember).

Kata Fadzliniza, lagu yang layak dipertandingkan untuk Muzik-Muzik Separuh Akhir diplih melalui undian dibuat setiap minggu dan berdasarkan tempoh kedudukan lagu itu dalam carta mingguan Muzik-Muzik.

“Sebanyak 104 lagu dari tiga kategori ini dicalonkan sepanjang Muzik-Muzik 2008 namun hanya 34 lagu sahaja yang berjaya ke pusingan separuh akhir sebelum mara ke peringkat akhir untuk layak menggengam trofi Anugerah Juara Lagu ke-23.

“Seperti tahun lalu juga, kategori etnik kreatif masih kurang memberangsangkan dari segi jumlah penyertaan dan nampaknya kategori balada serta pop rock terus menguasai pencalonan.

“Mengenai kurangnya penghasilan album dan percantuman syarikat rakaman, bagi saya ia tidak menjejaskan mutu lagu yang dipertandingkan kerana ia mempunyai penilaian tersendiri. Malah terbukti kategori pop rock dan balada memberikan saingan sengit,” katanya.

Bagaimanapun, jumlah lagu yang akan mewakili setiap kategori bertanding ke Anugerah Juara Lagu belum lagi diputuskan kerana ia bergantung kepada jumlah markah separuh akhir. Tetapi tidak mustahil jumlah lagu yang mewakili kategori balada dan pop rock akan lebih banyak layak ke peringkat akhir berbanding kategori etnik kreatif berdasarkan jumlah penyertaan yang sedikit seperti tahun lalu.

Anugerah Juara Lagu bukanlah pertandingan di antara lagu semata-mata. Selain daripada artis yang membuat persembahan, banyak lagi aspek dan ciri-ciri penting lain yang diambil kira dalam pemberian markah.

Misalnya, format pemarkahan separuh akhir berdasarkan markah persembahan pada malam pertandingan dicampur dengan markah penilaian lagu yang dibuat sebelum persembahan bagi mendapat markah keseluruhan. Hanya lagu yang mendapat markah tertinggi layak ke Anugerah Juara Lagu ke-23 yang akan berlangsung pada 18 Januari 2009.

Sementara itu, Faizal Tahir yang mempertaruhkan dua lagu dalam kategori balada menerusi lagu Sampai Syurga dan Cuba menyifatkan kehadiran ramai muka baru yang pertama kali layak ke separuh akhir membuktikan mereka juga berpotensi besar dan diiktiraf ramai.

“Persaingan kali ini memang sengit kerana semua lagu yang bertanding hebat belaka. Saya tidak menaruh harapan tinggi, tetapi kalau layak ke peringkat akhir ia satu bonus,” kata penyanyi yang dicungkil bakatnya menerusi One In A Million itu.

Mila yang juga layak ke separuh akhir dengan dua lagu iaitu Mila Bila Cinta dan Aku Lebih Tahu berkata, dia tidak meletakkan harapan menggunung, sebaliknya menyerahkan kepada peminat dan juri untuk menentukannya.

“Saya hanya berusaha keras untuk kedua-dua lagu itu dan tidak melebihkan yang mana satu. Bagi saya, setiap penyanyi mempunyai peluang sama rata dan banyak faktor yang perlu dilihat kerana masing-masing ada kelebihan dan kekurangan,” kata juara Akademi Fantasia musim kelima itu.

Pengacara untuk Muzik-Muzik Separuh Akhir masih mengekalkan gandingan serasi Cheryl Samad dan Faizal Ismail. Manakala sidang produksi pula terdiri daripada Khalijah Mohamed (Penerbit Eksekutif), Roslina Abd Rahman (Penerbit), Nor Shafina Ahmad (Penolong Penerbit), Intan Suraya A Kadir (Pengarah Kategori Etnik Kreatif), Annie Safinas Hassan (Pengarah Kategori Balada) dan Farina Pahruddin (Pengarah Kategori Pop Rock).

KATEGORI ETNIK KREATIF

1) Doa Dalam Lagu - Mawi & Heliza (Ajai/Loloq)

2) Lambaian - Fazli Zainal (Sang Dewi/Ahmad Fedtri Yahya)

3) Dusta Berkalang - Aiman (Hafiz Hamidun/Ahmad Fedtri Yahya)

4) Persoalan Cinta - Farawahida (Julfekar/Ku Seman/Izza Rosley)

5) Songo - Amy Search (Edrie Hashim/Ahmad Farid)

6) Panas - Ifa Raziah (Cat Farish/Adeeb)

7) Pujangga Merindu - Syura (Radeen Sri/Hairul Anuar Harun)

8) Jarak Rindu - Azfar (M Nasir/Seth)

9) Puteri Tarian Kasih - Anis Aneesa (Adnan Abu Hassan/Faris)

10) Mengharap Sinar - Dior (Dior/Khairafik)

KATEGORI BALADA

1) Sampai Syurga - Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir)

2) Bila Nak Saksi - Spider (Tam/Loloq)

3) Dingin - Ziana Zain (Azlan Abu Hassan/Azalea)

4) Sejauh Ini - Dina (Sharon Paul/Ahmad Fedtri Yahya)

5) Teman Terulung - Anuar Zain (Azalea)

6) Hanya Di Mercu - Ayu (Aubrey Suwito/Habsah Hassan)

7) Ada Untukmu - Nubhan (Zetty/Abie Abdullah)

8) Tanpa - 6ixth Sense (Gjie/Wan)

9) Bila Terasa Rindu - Dafi (Edry Abdul Halim)

10) Cinta Terhalang - Bob (Sharon Paul/Shimy)

11) Cuba - Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir)

12) Lagu Kita - Aizat (Aizat)

KATEGORI POP ROCK

1) Kalis Rindu - Elyana (Aidit Alfian/Ad Samad)

2) Mila Bila Cinta - Mila (Audi Mok/Ad Samad)

3) Separuh Masa - The Lima (Edry Abdul Halim)

4) Bukti - Fiq (Tony Iskandar/Loloq)

5) Cinta Si Rama-Rama - Hattan (Edrie Hashim)

6) Lagu Untukmu - Meet Uncle Hussien (Taja/Tass/Lan)

7) Yang Pernah - Estranged (Estranged)

8) Mabuk - Spider (Tam/Loloq)

9) Ku Merindu - Shah & Ella (Datuk Syed Elias Syed Ahmad)

10) Aku Lebih Tahu - Mila (Ajai/Loloq)

11) Aku Stacy - Stacy (Intan Norul Azlin/Layla Ismail)

12) Rimas - The Faboulous Cat (Cat Farish/Roxy Tail)

Harian Metro