Archive for the ‘Gita Gutawa’ Category

Tak Baca Playboy Indonesia


ALUNA SAGITA GUTAWA, nama yang diberi kepada seorang gadis yang bakatnya luar biasa dilempiaskan seawal usia tujuh tahun. Kini pada usia 15 tahun, gadis yang dikenali dengan nama komersialnya Gita Gutawa telah menebarkan untaian lagu indah menerusi teknik vokalnya yang versatil - terutama berjalur jazz.

Cukup petah berbicara, Gita teruja dan bersyukur dengan penerimaan masyarakat Malaysia terhadap kehadirannya dalam industri terutama selepas duet bersama Dafi, Menjadi Satu menjadi begitu hit.

“Alhamdulillah, saya amat berterima kasih dengan penerimaan yang baik ini,” kata anak Erwin Gutawa yang sedang mengumpul material untuk album keduanya.

Erwin Gutawa ADA pro dan kontranya menjadi anak kepada Erwin Gutawa. Bertuahnya, kami berkongsi kegemaran yang sama iaitu muzik dan dia selalu menjadi rujukan saya dalam hal ini. Yang jeleknya, bila orang fikir saya banyak diberi peluang kerana menjadi anak pakar muzik ini sedangkan ia juga adalah berkat usaha dan bakat saya.

Playboy Indonesia (KETAWA). Jujurnya saya memang tak pernah ikut campur dan tak ambil pusing tentang kewujudan majalah ini. Saya tak pernah baca, jadi tak boleh nak komen.

Gerakan Islam Ahmadiyah SAYA tidak mengerti akan hal ini. Lagi pun saya masih anak kecil. Saya tidak mahu mengambil berat masalah negara ya (ketawa). Hanya saya berdoa agar Indonesia terus makmur.

Tetapi dari segi agama, saya mengikut apa yang diajar di sekolah dan diterapkan keluarga. Pokoknya, saya percaya Islam itu hanya satu dan saya berusaha menjadi seorang muslim yang bagus.

Matang TAHUN ini saya baru berusia 15 tahun dan saya harus lebih bijak berfikir.

Kosmo

Himpunan Lagu Hits Seberang

ALBUM yang merupakan kolaborasi antara Warner Music dan Sony BMG ini menampilkan lagu-lagu hits Indonesia yang menjadi kegemaran ramai di negara ini.

Menampilkan 16 buah lagu himpunan daripada nyanyian artis-artis antaranya Irwansyah, GIGI, Once, Padi, Rati, Nidji, Sheila On 7, Krisdayanti dan Gita Gutawa.

Antara lagu-lagu yang dimuatkan termasuk Pecinta Wanita dendangan Irwansyah, 11 Januari (GIGI), Dealova (Once), Menanti Sebuah Jawaban (Padi) dan Ada Cinta (duet Acha Septriasa & Irwansyah).

Tidak ketinggalan dimuatkan lagu-lagu Berdua Lebih Baik nyanyian Acha Septriasa, Lelaki Buaya Darat (Ratu), Hapus Aku (Nidji), Bukan Rayuan Gombal (Judika), I’m Sorry Goodbye (Krisdayati) dan Saat Kau Pergi (Vagetoz) dan Bukan Permainan (Gita Gutawa).

Album: 1 Indo Hits - Pelbagai Artis

Edaran: Warner Music Malaysia

Utusan Malaysia

Sentuhan Sepi Dalam Lagu

CINTA tak datang hanya sekali. Itu ungkapan magik filem Sepi yang kini menjadi bualan khalayak penggemar seni tempatan. Kini muncul album runut bunyi filem arahan Khabir Bhatia yang dilakonkan Afdlin Shauki, Vanidah Imran. Nasha Aziz, Baizura Kahar, Tony Eusoff dan Eja.

Lapan belas lagu dimuatkan masing-masing merujuk kepada tiga segmen Sepi yang diangkat daripada situasi Adam, Sufi dan Imaan dendangan penyanyi pilihan tempatan dan luar negara umpamanya Anuar Zain, Gita Gutawa dan Yuni Shara.

Album ini merangkumi lagu-lagu antaranya Diari Seorang Lelaki nyanyian Pretty Ugly, Sepi (Yuni Shara), Mungkin (Anuar Zain) dan Aku Bukan Untukmu (Zah & Lah).

Juga ditampilkan lagu-lagu yang diinspirasikan menerusi jalan cerita filem Sepi iaitu Sayang Sayang (Versi 2008) oleh penyanyi Aliff Aziz, Rindu (Saiful), Hilang (Diddy) dan Seribu Tahun (Imran Ajmain).

Menariknya album ini menghimpunkan enam lagu baru yang dinyanyikan oleh Pacai, Nora, CRUSH! dan Neiyl (Mentor) selain susunan semula lagu popular Rossa, Aku Bukan Untukmu oleh Lah & Zaf V.E.

Gita Gutawa yang turut mewarnai album ini menampilkan dua lagu iaitu Vocalizing dan Kembang Perawan yang juga merupakan ciptaan Melly Goeslow selain Baizura Kahar yang menyampaikan puisi berjudul Puisi Sepi yang pasti menyentuh hati.

Album: Album Runut Bunyi - Sepi

Edaran: SonyBMG Music Entertainment

Utusan Malaysia