Archive for the ‘Fara Fauzana’ Category

‘Saya Lebih Daripada Puas’


Oleh Norhayati Nordin

Rap
BERDASARKAN keputusan kajian terbaru Nielsen Media Research (NMR) yang dikeluarkan Jumaat lalu, memaklumkan stesen berbahasa Melayu milik Rangkaian Radio Media Prima, Hot FM kini mencatat 4.3 juta pendengar dalam tempoh dua tahun beroperasi.

Jumlah itu secara tidak langsung menunjukkan Hot FM kian popular dan diminati ramai. Malah, ia diperkuatkan lagi dengan pencapaian terbaik program paginya, Hot FM AM Krew yang dikendalikan pasangan Penyampai Radio Lelaki dan Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007, Faizal Ismail dan Fara Fauzana.

Kombinasi dua penyampai itu berjaya mengumpulkan 2.6 juta pendengar untuk berada di tangga teratas mengatasi slot sama kendalian stesen radio lain. Justeru, boleh dikatakan Hot FM kini menjadi stesen nombor satu mengatasi pesaingnya.

Bahkan, daripada aspek keseluruhan pendengar secara purata, purata Hot FM mencatat jumlah jangka masa pendengar lebih tinggi iaitu 10.4 jam. Ini termasuk mengumpul 3.04 juta pendengar bagi kelompok pendengar bawah 34 tahun.

Sehubungan itu, pastinya dengan pencapaian diperoleh Hot FM tidak akan ‘berdiam diri’. Berada pada tahap teratas sudah tentu memerlukan kerja keras. Oleh itu, pihak pengurusan Hot FM kini rancak memikirkan strategi baru untuk kekal bertahan.

Justeru, ikuti wawancara wartawan Harian Metro, Norhayati Nordin (yati@hmetro.com.my) bersama Pengurus Besar Rangkaian radio Media Prima, Seelan Paul mengenai perancangan akan datangnya untuk memantapkan lagi Hot FM buat pendengar radio tempatan.

SOALAN (S): Tahniah atas kejayaan Hot FM dan apa perancangan anda untuk stesen disukai ramai ini?

JAWAPAN (J): Terima kasih. Sebenarnya, pihak pengurusan Hot FM memang ada perancangan besar dari segi muzik yang akan dibuat pada November ini. Namun, ia bukan pembaharuan tetapi penambahan yang dilihat bersesuaian cita rasa pendengar.

Bagaimanapun, saya tidak dapat bercerita lanjut mengenainya sekarang kerana pengumuman akan dibuat pada hujung bulan ini. Justeru, ada baiknya segala penjelasan diberi pada hari pengumuman itu kerana masanya pun tidak lama lagi.

(S): Dari segi pengisian kandungan sekarang, apakah sudah cukup mantap?

(J): Saya cuma boleh katakan, apa pun yang dilakukan tiada yang ’sempurna’. Oleh itu, kami di Hot FM sentiasa melihat macam mana hendak terus meningkat. Jadi, kajian dibuat serta kita juga menerima banyak maklum balas pendengar.

Tetapi kejayaan diperoleh Hot FM kini adalah kejayaan semua tenaga kerja meliputi penyampai dan kakitangan di belakang tabir. Begitu juga pendengar yang sentiasa memberi sokongan. Dalam industri penyiaran radio, tanpa pendengar siapalah stesen radio.

(S): Apalah memang anda mensasarkan dalam dua tahun untuk membawa Hot FM hingga ke tahap ini?

(J): Sasaran itu memang ada tetapi bukanlah dalam jangka masa dua tahun ini. Namun, saya bersyukur sasaran itu tercapai lebih awal. Kini, tidak dinafikan tugas menjadi semakin berat untuk mempertahankan kedudukan dimiliki dan kena bekerja keras.

Kami di Hot FM tidak boleh leka apatah lagi mendabik dada. Dalam soal ini, saya akan pastikan tenaga kerja serta penyampai Hot FM seperti dulu. Tidak berlagak atau sombong kerana semuanya boleh berubah. Mereka perlu mengekalkan kerja berpasukan.

Namun, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada Media Prima Berhad (MPB) atas sokongan diberikan termasuk rangkaian televisyen dan media cetaknya yang memberikan publisiti terbaik kepada Hot FM.

(S): Adakah Faizal Ismail dan Fara Fauzana menjadi ‘nadi’ kepada Hot FM?

(J): Berbicara mengenai ‘nadi’ Hot FM, pada saya ia tidak hanya terletak kepada mereka berdua saja. Sebenarnya semua penyampai Hot HM komited dan bersungguh dalam kerja.

Kehadiran Faizal dan Fara Fauzana pula saya anggap sebagai strategi Hot FM. Mereka diminati ramai dan apabila mengendalikan program Hot FM AM Krew tentunya ramai pendengar berminat dengan celoteh bersahaja dan keserasian ditampilkan.

(S): Selain Hot FM AM Krew, apa lagi program yang menyumbang kepada tarikan pendengar?

(J): Boleh dikatakan semua program Hot FM ada pencapaian pendengarnya yang tersendiri. Justeru, ingin saya maklumkan program seperti Menu Muzik Hot FM, Hot FM Jam, Hot FM Zon, Hot FM Tiga Puluh, Hot FM Two-O, Hot FM Prelude, Hot FM Yang Karen dan Hot FM Korner tidak menghampakan.

Pada saya, apa yang penting cita rasa pendengar. Jadi, pemilihan lagu sesuai yang menepati cita rasa pendengar menjadi keutamaan Hot FM. Justeru, seperti yang saya katakan kejayaan diperoleh Hot FM ini datangnya daripada semua pihak.

(S): Hot FM juga dilihat banyak menyiarkan lagu dari negara seberang, adakah ia penyumbang utama pada peningkatan pendengar?

(J): Mengenai lagu artis dari seberang, saya tidak menafikan penerimaannya di kalangan pendengar tanah air cukup baik. Namun, dalam perkara ini rasanya bukan Hot FM saja tetapi stesen radio lain pun begitu juga (penyiaran lagu artis luar).

Cuma saya dapati jika menyebut mengenai lagu luar pasti Hot FM orang nampak dulu. Bagaimanapun, apa yang boleh saya cakap lagu disiarkan memang disukai pendengar. Tetapi sekarang senario cita rasa pendengar sudah berubah ke arah lagu tempatan.

(S): Jika begitu, bagaimana pemilihan lagu untuk pendengar dibuat?

(J): Ia berasaskan cita rasa pendengar. Kalau lapan bulan hingga satu tahun setengah lalu, kita boleh melihat penguasaan lagu di Hot FM lebih tertumpu kepada lagu dendangan artis seberang. Tetapi, sekarang perubahan nyata sudah berlaku pada pendengar.

Sejak enam bulan lepas, saya dapati pendengar radio Hot FM tertarik memilih lagu dinyanyikan band indie tanah air seperti Hujan dan Meet Uncle Hussein. Jadi, senario ini saja menunjukkan penerimaan pendengar sentiasa berubah-ubah.

(S): Adakah sasaran pendengar Hot FM golongan bawah umur 34 tahun?

(J): Mengikut sasaran asal pendengar Hot FM bawah 30 tahun. Namun, tidak kiralah berapa usia mereka (pendengar) asalkan jiwa sinonim dengan konsep stesen ini. Ia berikutan isi kandungan program Hot FM boleh dikatakan sesuai golongan ‘jiwa muda’.

Kepada sesiapa yang boleh melayan setiap lagu disiarkan maka golongan itulah pendengar kami. Apapun, setakat ini Hot FM sememangnya sudah berusaha sebaik mungkin.

(S): Apakah setakat ini anda puas dengan pencapaian Hot FM?

(J): Lebih daripada puas. Saya gembira dapat bekerja dengan pasukan tenaga kerja Hot FM yang ada ini. Penyampai Hot FM semua mendengar cakap dan bersedia mengorbankan tenaga serta masa mereka untuk Hot FM dikenali hingga ke tahap ini.

Justeru, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada mereka semua. Malah, tiada apa yang boleh saya ucapkan kecuali berharap semangat mereka tidak pudar untuk bekerja kuat. Tugas saya pula, tentunya akan memastikan kekurangan yang ada diperbaiki.

(S): Impian anda?

(J): Saya berdoa Hot FM sentiasa akan diterima baik pendengar. Malah, bertambah maju dan dapat memberi kepuasan kepada pendengar setia kami. Sebagai penggerak di belakang tabir, idea kreatif perlu selalu ada supaya peka dengan apa saja kesukaan pendengar.

Bukan apa, bagi saya pendengar radio sekarang sudah bijak. Jadi, penyampai radio perlu sedar itu dan berusaha memberikan sesuatu yang bagus buat pendengar. Sikap terbuka pendengar kini perlu dilayan sebaiknya mengikut apa yang mereka gemar.

Harian Metro

Wanted: Fun, Fearless And Fabulous People


Ning Baizura

Cosmopolitan Malaysia magazine’s search for Fun, Fearless and Fabulous personalities culminates next month.

You can vote for Dr Liyana via SMS.

Maya Karin
Broadcast crime reporter Aisyah is among the candidates.
DO you know or admire someone who is fun, fearless and fabulous? If you do, Cosmopolitan Malaysia magazine wants you to nominate him or her for its Fun, Fearless and Fabulous (FFF) Award 2008.

The search for these individuals started in November last year and will end next month.

There are six categories in the award - the Ultimate FFF, FFF Radio Personalities, FFF Actress, FFF TV Personalities, FFF Singers and FFF Male.

Among those selected so far are actress Maya Karin, TV and radio presenter Fara Fauzana, TV personality Sarimah Ibrahim, singer Anuar Zain, songstress Datuk Siti Nurhaliza and Ning Baizura, actors Awal Ashaari and Zizan Nin, environmentalist Yasmin Rasyid, broadcast crime reporter Aisyah Asmadi, cancer survivor and doctor Liyana Zulkifli, and ice skater Shafinas Hashim.
Cosmopolitan Malaysia editor Izza Safinaz Ibrahim said the same event is being held in other countries through their own Cosmopolitan editions.

“In the United States, only Hollywood celebrities are eligible but our publication here has decided to include not only celebrities but just about anyone who has achieved something,” she said.

The winner will be named at the awards ceremony to be held on Nov 15 in Kuala Lumpur.

Readers can nominate their choices through short messaging services (SMS) and through the voting page provided in the magazine’s monthly issue.

The reader who votes correctly for the winner also stands a chance to be invited to the awards ceremony.

Apart from carrying the title of the most Fun, Fearless and Fabulous individual, the winner will also win a trophy and products from the beauty and fashion partners of the magazine.

New Straits Times

Fara Fauzana Sudah Mohon Maaf

Teks oleh Thani Hasbullah

KUALA LUMPUR, 12 SEPT 2008:   Kesilapan pengumuman yang dibuat oleh penyampai Hot FM, Fara Fauzana, berhubung Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang dilaporkan dalam ruangan gosip Murai Batu di portal hiburan ini mulai semalam, diakui oleh pengurusan stesen radio terbabit.

Sehubungan itu, pihak Hot FM dan Fara Fauzana memohon maaf secara terbuka kepada semua yang terbabit.

Berikut adalah e-mel yang dihantar kepada murai.com.my oleh Network Publicist stesen radio berkenaan, Khairina Khiradin, sebentar tadi.

“Merujuk kepada kenyataan yang telah dikeluarkan oleh murai.com.my  pada 11 September 2008, penyampai Hot FM Fara Fauzana secara terbuka memohon maaf atas kekeliruan yang tercetus dalam sebuah segmen kelolaan beliau pada Rabu, 10 September 2008.


“Untuk pengetahuan, Fara tidak berniat untuk mengelirukan para pendengar berkenaan pengumuman beliau tentang kertas ujian bagi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada hari tersebut adalah matapelajaran Bahasa Inggeris.

“Kekeliruan tersebut telah diperbetulkan dengan 8 minit kemudian pada hari yang sama dengan mengumumkan kertas ujian untuk hari tersebut adalah matapelajaran Matematik, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.

“Kami berharap dengan penjelasan ini, segala persoalan telah terjawab.

Mulai semalam, murai.com.my melaporkan luahan kekecewaan dan komen guru, ibu bapa dan orang ramai terhadap kesilapan yang dilakukan Fara atau Fafau apabila telah tersilap menyebarkan info dan ucapan bahawa Rabu lalu, murid-murid di seluruh negara akan menduduki peperiksaan UPSR bagi kertas Bahasa Inggeris (BI), sedangkan yang sebetulnya adalah kertas Matematik.

Murai