Archive for the ‘Aziz Satar’ Category

OBITUARY - DATUK AHMAD MAHMUD (1926-2008) : A Role Model To All


The indefatigable Ahmad Mahmud.

The indefatigable Ahmad Mahmud.

HAFIDAH SAMAT pays tribute to the gentlemanly actor who made screen heroes and villains in Malay films equally unforgettable through his legendary portrayals.

He gave a convincing performance in the heartwrenching Ranjau Sepanjang Jalan.
He gave a convincing performance in the heartwrenching Ranjau Sepanjang Jalan.

HE is best remembered as Dr Ismadi, the soft-spoken “pedantic” antagonist in Tan Sri P. Ramlee’s classic film, Ibu Mertuaku. He was also unforgettable in his portrayal of the handsome, righteous and dignified Malay hero Hang Jebat back in the 1960s.

Fans of actor-director-producer Datuk Ahmad Mahmud would recall his definitive interpretations of these two roles in the films directed by P. Ramlee in 1957 and 1962 respectively.

Ahmad died of kidney failure on Wednesday at 10pm at his residence in Kampung Tunku, Petaling Jaya. He proved he was a fighter and a hero till the end. He was 82.

“We knew he was suffering but he never gave up fighting the illness. He was strong emotionally and he never complained,” said his granddaughter Alita Aris.

Ahmad was admitted to Pantai Medical Centre in Kuala Lumpur on July 22 for a high fever. He slipped into a coma and was treated in the intensive care unit for five days.

According to Alita, Ahmad had been going for dialysis treatment.

“He had been physically weak since he was diagnosed (in 2001) but my grandfather had very strong willpower.”

Ahmad is survived by his wife Datin Khadijah Mohamad, three children and nine grandchildren.

His screen life remains evergreen, and the good-natured and dedicated actor will be fondly remembered by Malaysians.

It was not just Ramlee who loved working with him; other film directors were equally awed by his professionalism. He was serious about his work and humble to fans and friends.

Born Ahmad B. Mahmud in Rembau, Negri Sembilan, he began his acting career in 1951.

He was regarded one of the pioneers in Jalan Ampas studio in Singapore and successfully collaborated with the heavyweights in the industry including Ramlee, Siput Sarawak, Nordin Ahmad, late Normadiah and Datuk Sarimah Ahmad.

Before he ventured into acting, Mahmud had done various odd jobs and worked as a rubber tapper, painter, bus conductor, and timekeeper.

When he joined film studio Cathay Keris Film, he was summoned by the late director Ho Ah Loke to act in Perwira di Lautan (alongside Mimi Nordin).

In 1951, Ahmad was featured in the lead role in Matahari, a black-and-white film directed by Datuk Maria Menado, Omar Rojik and Aziz Jaafar.

A year later, Ahmad signed up with Shaw Brothers to make Istana Impian, which starred Saadiah, and also for Gadis Buta, with Rosini Merican.

He was a darling among moviegoers. When he played good roles, he was exceptionally good, and when he portrayed bad guys, he was even better!

He played the villain in Raja Bersiong about a ruthless king who consumes human blood. The movie, a Merdeka Filem Productions and directed by Datuk Jamil Sulong, was screened in 1967, the same year he left Merdeka Filem.

During an interview with the New Straits Times in 1987, Ahmad was quoted as saying that Raja Bersiong was one of his favourites.

He was brilliant in the role of Lahuma in the heart-wrenching Ranjau Sepanjang Jalan directed by Jamil (Sulong) in 1983. The film, about the struggles of a poor family and adapted from Shahnon Ahmad’s novel, also starred Sarimah, Puteri Salbiah and Melissa Saila.

Ahmad had always dreamt of becoming a film director. Money, it seemed, had been the setback.

When the local film industry faced uncertainties and businesses slumped, the actor forked out RM164,000 to buy film equipment for his newly established production company, Ahmad Mahmood Film Company.

Ahmad’s maiden directorial, Mama oh Mama, in 1967 was a self-produced tearjerker starring Dharma Harun Al-Rashid and Azean Irdawaty.

One of his outstanding directorial achievements was for Dendam Dari Pusara in 1982, the chilling thriller in which he also starred, and earned him the Best Actor trophy at the Malaysian Film Festival in 1983.

Later, Ahmad produced and directed many films including May 13 and Komplot.

Perhaps not many knew that Ahmad also sang. He sang in his own movies such as Pertarungan, Isi Neraka, Sri Andalas and Gerhana.

Ahmad was awarded the Ahli Mangku Negara in 1987 and bestowed the Pingat Datuk Setia DiRaja, which carries the title Datuk, in 2005.

A TRUE PROFESSIONAL

SOME of his close friends share their memories of the debonair Malay film star, Datuk Ahmad Mahmud, with us.

Datuk Sarimah Ahmad, actress:

Ahmad was a visionary actor. His family was his priority and he always planned for their future. He used to tell me that he didn’t want his wife, children and grandchildren to face hardship after his retirement. His death is a great loss to the industry and I will miss him.

Datuk Maria Menado, actress:

He was a soft-spoken and lively gentleman. My only regret is that I didn’t have the opportunity to visit him in the hospital because I was away visiting my children in Melbourne. I’m going to miss him.

Datuk Aziz Satar, actor:

Ahmad was a hardworking actor. He was open and willing to learn from others. He was a fighter who was passionate about the industry. Young actors should try to emulate his positive attitude.

Shuhaimi Baba, film director and producer:

When I was growing up, Uncle Ahmad used to come by my house to visit my father. My dad used to call him Ahmad Pego. He (Ahmad) used to lament about the hardships of being an actor.

He once told me: “Filem Melayu mesti ada semangat Melayu.” (Malay movies must be instilled with the Malay spirit). I will remember this valuable advice for the rest of my life.

New Straits Times

Aziz Satar Hargai Kesihatan

PADA usia sebegini, selalunya sudah ramai yang mengambil keputusan untuk menghabiskan sisa-sisa masa di rumah bersama keluarga dan melayan kerenah cucu dan cicit.

Namun tidak bagi Datuk Aziz Satar, 82 yang tetap aktif dalam industri seni, tidak kira berlakon mahupun menyanyi malah selalu pula keluar kota menghiburkan peminat.

Terkenal dengan sikapnya yang mesra dan suka melawak, ia mungkin antara resipi Aziz yang mesra dipanggil Pak Aziz untuk kelihatan muda selalu.

Malah mungkin ramai yang tidak percaya melihatkan angka usianya itu memandangkan wajah dan tubuhnya yang masih segar dan kuat.

Dan jangan tak percaya, pada usia begini, beliau masih mampu naik tangga tiga empat tingkat tanpa henti dan berjalan kaki sebatu dua dengan bersahaja.

Kesihatan mindanya iaitu ingatan Aziz juga masih kuat malah boleh menghafal dialog tanpa sebarang masalah selain mempunyai pendengaran yang masih terang dan jelas.

Mengakui mengamalkan gaya hidup sihat, Aziz hanya makan nasi sehari sekali dan selalu mengambil roti mahupun capati dan tidak menjamah mi segera. Kalau adapun, hanya sekali dua dalam setahun selain suka makanan yang dimasak sendiri.

Mempunyai kencing manis namun tidak serius, kata Aziz, beliau juga mengamalkan gaya pemakanan sihat dengan ‘berhenti makan sebelum kenyang’.

“Kerana kalau kita terlalu kekenyangan juga boleh memudaratkan diri,” kata Aziz yang tidak pernah gemuk sejak zaman muda hinggalah ke usia sekarang.

Telah berhenti minum kopi dan meninggalkan tabiat merokok, Aziz juga menjauhkan diri daripada meminum minuman bergas.

“Saya juga mengamalkan senaman tapi gayanya lain sikit. Saya suka berjoging tapi tidak di padang rekreasi sebaliknya berjalan-

jalan di pusat membeli-belah.

“Seronok kerana sambil bersenam kita boleh menjamu mata melihat sekeliling kedai. Kalau penat, saya berhenti di kedai minum. Lepaskan lelah dan kemudian balik ke rumah,” ujarnya.

Malah, tegas Aziz, walaupun masih aktif berlakon, dia amat mengelakkan diri daripada menjalani penggambaran sehingga larut malam atau dinihari.

“Sebab ia boleh memudaratkan kesihatan. Pada usia begini, kita kenalah lebih menjaga tubuh badan,” kata Aziz.

Aziz juga percaya, selain kesihatan tubuh yang perlu dijaga dari awal, ketenangan diri turut menjadi antara faktor penyumbang kepada kesejahteraan hidup.

perjalanan

Beliau mengakui mengelakkan diri tidur selepas makan tengah hari sejak usia muda kerana ini boleh menimbulkan rasa malas dan menyebabkan perjalanan kerja menjadi tidak lancar.

“Alhamdulillah, ia memberi manfaat kepada diri. Dengan sendirinya ingatan sampai sekarang masih elok. Kalau diberi dialog, boleh hafal. Kalau ikutkan dalam umur begini, sukar nak buat tapi saya bersyukur kerana kalau bagi last minute pun saya masih boleh hafal tanpa masalah.

“Sebenarnya ada seorang tua dulu menyuruh saya mengamalkan surah Alam Nasrah bila sembahyang terutama sembahyang Asar bagi membantu ingatan.

“Selain itu saya juga suka membaca - surat khabar atau apa sahaja bahan bacaan. Saya suka naik kereta api kalau mahu ke Singapura atau Johor, jadi sepanjang perjalanan, saya suka membaca,” ujarnya.

Aziz yang terkenal dengan lakonan berkesan bersama Tan Sri P. Ramlee dan S. Samsuddin dalam Bujang Lapok juga mengakui ketenangan diri menjadi salah satu elemen dalam dirinya untuk menghargai sebuah kehidupan. Beliau percaya, bahawa hidup yang tenang dapat memberi lebih nilai dan kualiti dalam kehidupan seseorang.

“Orang tua saya dulu selalu tanya, ’siapa orang yang selalu senang dalam dunia?’ Dan saya akan menjawab orang kaya. Tapi dia kata salah, orang yang senang dalam dunia ini adalah orang yang tidak ada hutang dan saya yakin dengan perkara itu.

“Sampai sekarang, saya takut dan tidak mahu berhutang. Kalau nak beli barang, saya beli tunai. Nak beli kereta pun, saya kumpul wang sampai cukup, baru beli kereta.

“Pakai kereta kecil pun tak apa, asalkan saya tidak berhutang kerana saya tidak suka fikiran saya terganggu kerana memikirkan hutang. Bukannya apa, saya takut bayar bulan-bulan. Manalah tahu kalau ‘tersangkut’, kita juga yang susah.

“Malah saya percaya menabung itu satu keperluan kepada kita kerana kita tak tahu bila kita nak sakit demam. Bila kita ada simpanan maka urusan juga jadi mudah dan kita tak perlu risau menyusahkan orang lain,” tambah Aziz yang turut bersyukur kerana jarang jatuh sakit kerana percaya ia berikutan amalan menjaga kesihatan diri dan minda yang diamalkan selama ini.

Utusan Malaysia

Gimik, Publisiti Murahan

NAIK basikal ke Parlimen dan isu kebebasan media menarik perhatian penulis sebaik sahaja mesyuarat kedua penggal pertama Parlimen ke-12 bermula pada Isnin lalu. Tidak ada isu usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri. Dan apabila terbaca dan tertengok dua isu ini, timbul pelbagai perasaan. Bangga, sedih dan lucu.

Ketika mengikuti siaran langsung TV1 pada Selasa lalu, penulis bangga melihat aksi Lim Guan Eng membangkitkan masalah rakan-rakan media massa di Parlimen. Beliau prihatin terhadap masalah media. Namun apabila mendengar hujah-hujahnya berkaitan memberi kebebasan kepada media, penulis ketawa dan geleng kepala.

Kata Guan Eng, media dipencilkan di Parlimen. Puncanya, ada sekatan! Memang apabila wakil media semakin ramai dan wakil rakyat bertambah, lobi Parlimen semakin sibuk. Tidak seperti ketika penulis membuat liputan pada masa dulu. Apatah lagi, ketika ini, pelbagai majlis boleh dibuat di situ. Taklah seperti dulu, semuanya teratur dan berdisiplin. Menurut Guan Eng, beliau menerima banyak aduan daripada media massa bahawa mereka dipinggirkan di luar Dewan sehingga boleh menjejaskan tugasan wartawan dan jurugambar.

”Oleh kerana sebagai wartawan mereka ada sumbangan penting untuk membuat liputan ke atas apa-apa kenyataan yang dikeluarkan oleh menteri dan juga mendapat penjelasan tentang apa-apa dasar yang diumumkan dalam Dewan.

”Apa yang dilakukan di luar di mana mereka dianggap sebagai ‘orang tepian’ saya rasa tidak menghormati peranan yang dimainkan oleh media massa dan akan menjejaskan usaha mereka menjalankan tugas.

”Oleh itu saya menyeru Tuan Yang di-Pertua kalau boleh untuk membenarkan mereka menjalankan tugas mereka dengan baik, lancar dan teratur tanpa sebarang sekatan kerana sekatan ini tidak memenuhi hasrat kebebasan akhbar dan juga semangat satu first world Parliament di mana ia adalah accessible dan available,”.

Begitulah kata Ahli Parlimen Bagan yang juga Setiausaha Agung DAP itu. Terima kasihlah YB kerana memberi perhatian. Tetapi apabila mendengar kata-kata seperti kebebasan akhbar, tanpa sekatan, lancar dan teratur, penulis ketawa terbahak-bahak. Nak tahu sebabnya? Mungkin rakan-rakan di Pulau Pinang boleh beri jawapan. Bagi penulis apabila Guan Eng bercakap soal kebebasan akhbar dan tanpa sekatan, adakah ia sekadar di lobi Parlimen? Bagaimana dengan kebebasan media di luar Parlimen?

MediaJanganlah cakap tidak serupa bikin. Janganlah kerana media kritik dan memberi pandangan yang tidak bertepatan dengan hasrat dan cita-cita politik pihak tertentu, maka media dipersalahkan, dituduh putar belit dan akhirnya dipulaukan supaya rakyat tidak dapat membaca kritikan atau pandangan orang lain mengenai mereka. Seboleh-bolehnya mereka mahu rakyat dibutakan, tidak membaca isu-isu yang boleh menjejaskan reputasi parti mereka. Biarlah mereka sahaja yang celik membaca.

Turut menarik perhatian minggu ini ialah aksi empat wakil rakyat berbasikal ke Parlimen pada hari Isnin dan Selasa. Dengan bertali leher, ada juga berkot, mereka berbasikal - bukan dari rumah sebaliknya dari Bank Negara. Tujuan mereka sebagai protes kenaikan harga minyak. Hari ketiga mereka naik kereta semula. Dan yang kekal mengayuh basikal dari dulu atau sejak kenaikan harga minyak ialah anak-anak kita yang ke sekolah. Kadang kala ketika mengayuh basikal nasib tidak baik, mereka dikejar anjing liar. Jatuh dan terluka.

Jadi kalau nak protes pun buatlah cara lain. Carilah sesuatu yang benar-benar dapat membantu kerajaan memastikan rakyat tidak terbeban dengan harga minyak. Kita bukan di Jepun, China atau Amsterdam yang boleh berbasikal di tengah bandar walaupun berjaket atau berkot. Sekarang juga bukan zaman ketika tiga sahabat - P. Ramlee, Aziz Satar dan S. Samsuddin mengayuh basikal di Singapura dalam filem Seniman Bujang Lapok. Itu pun mereka mengayuh basikal semasa nak cari kerja, selepas itu, mereka naik beca, kemudian naik kereta sewa. Kalau tak percaya putar balik filem tersebut.

Sekarang bolehkah kita mengayuh basikal di tengah-tengah Kuala Lumpur atau Singapura untuk ke tempat kerja? Memang benarlah kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz, tindakan empat sahabat itu kebudak-budakan dan gimik. Sekarang orang kayuh basikal kalau ada pertandingan atau mahu mencipta rekod. Kalau tak percaya, buatlah pertandingan lumba basikal contohnya dari Cherok Tok Kun ke Kulim Bandar Baharu, lebih jauh ke Padang Serai atau pun dari Jalan Ipoh Batu 3 ke Petaling Jaya. Pasti dapat sambutan. Tetapi kalau nak suruh mereka berbasikal ke tempat kerja, pastinya orang akan perlekehkan kita. Jadi tunjuklah teladan yang boleh diterima akal, contohnya naik kapcai atau naik kereta kancil. Ataupun cuba naik komuter atau LRT, turun di stesen Bank Negara atau Bandaraya, kemudian berjalan kaki ke Parlimen. Tak jauh mana pun. Jimat pun boleh, sihat pun dapat. Rasanya, itulah protes yang lebih baik dan dapat diterima akal!

- HASSAN MOHD NOOR

Powered by Utusan Malaysia