Archive for the ‘Azean Irdawaty’ Category
Weekend Watch: Brazilian FI ‘Live’ On Sunday Morning
THE Brazilian Grand Prix F1 race in Sao Paulo will be aired “live” over RTM1 early Sunday morning at 12.30am.
New this weekend is a Japanese serial entitled Hana Kim (8TV, Sunday, 3pm).
The drama is based on the popular manga of the same name by Nakajo Hisaya.
It revolves around Ashiya Mizuki, a Japanese girl in the United States. One day, she watches young athlete Sano Izumi on television compete in the high jump.
She begins to idolise him, and decides to move to Japan to attend the same school. However, Izumi goes to an all-boys school, so Mizuki disguises herself as a boy.
The series stars Horikita Maki, Oguri Shun, Ikuta Toma, Konno Mahiru and Kamikawa Takaya.
For a little music, catch Eksklusif… Siti Nurhaliza Bersama Peminat (RTM2, tomorrow, 11pm).
In this two-hour presentation, Datuk Siti Nurhaliza will sing such hits as Ku Mahu, Kau Ku Sayang, Wanita, Penawar Rindu, Bukan Cinta Biasa and Biarlah Rahsia, as well as more traditional numbers.
Learn about the making of comedy adventure Tropic Thunder, (8TV, tomorrow, 10.30am), teen musical film High School Musical 3: Senior Year (8TV, Sunday, 10.30am) and local film Budak Kelantan (ntv7, Sunday, 1.30pm) this weekend.
Tropic Thunder, starring Robert Downey Jr, Jack Black and Ben Stiller, is about the cast in a big-budget war movie finding themselves in the middle of the jungle where the enemy shoots real bullets.
High School Musical 3: Senior Year stars Zac Efron, Vanessa Hudgens and Ashley Tisdale.
Budak Kelantan, starring Danny X-Factor, revolves around two youths who are influenced differently by city life.
TOMORROW
Midnight Movie (RTM1, 11.30pm) - Chances Are
A man dies in an accident but gets a second chance at life when he’s reborn. Starring Cybill Shepherd, Robert Downey Jr and Mary Stuart Masterson.
Bollygood On 2 (RTM2, 12.30pm) - Abhiman
A pop singer finally settles down and decides to record a duet with his wife, only to regret it when she becomes more popular. Starring Amitabh Bachchan, Jaya Bhaduri, G. Asrani, Bindu and Durga Khote.
Saturday Nite Special On 2 (RTM2, 9pm) - Alien Resurrection
After killing herself to prevent the government from taking a monster alien to Earth, Ellen Ripley awakens 200 years later to find she has been cloned…
Starring Sigourney Weaver, Winona Ryder and Ron Perlman.
Panggung Sabtu (TV3, 2pm) - Yun Hota Toh Kya Hota
Four strangers board a flight to the United States which makes a stop in Boston.
Here passengers board the plane - people who will decide whether they are to live or die. Starring Konkona Sen Sharma, Irfan Khan, Ayesha Takia and Jimmy Shergil.
Hong Movie Saturday (ntv7, Midnight) - Magic Touch
A con artist in “fortune-telling” one day coincidentally manages to predict what is to come. This time, he decides to put it to good use. This top-rated comedy stars Michael Hui, Leon Lai and Ricky Hui.
Chinese Movie (8TV, 8.30pm) - If You Care
Interior designer Chun-fai’s goal is to earn as much money as he can.
But he turns from a selfish person into one who is caring after a car crash.
Starring Eason Chan, Candy Lo, Gillian Chung and Eric Kot.
SUNDAY
Spice Of India (RTM2, 12.30pm) - Naan Avan Illai
Annamalai ends up in jail for cheating several women by marrying them and then making off with their money.
However, the daughter of the judge who is presiding over his case is attracted to him.
This is a remake of K. Balachander’s classic film of the same title.
Starring Sneha, Malavika, Namitha, Jyothirmayi and Keerthi Chawla.
Golden Premier (RTM2, 10pm) - Big Shot’s Funeral
Director Don Tyler is getting sicker by the day while on location in Beijing, so his assistant hires a down-and-out cameraman, YoYo, to take the reins.
YoYo is determined to make an unforgettable movie.
Starring Donald Sutherland, You Ge and Rosamund Kwan.
TV3 Cinema (TV3, 12.30am) - Rocky
An amateur boxer from Philadelphia’s tough neighbourhood gets a shot at the heavyweight championship title.
Starring Slyvester Stallone, Talia Shire, Burt Young and Carl Weathers.
Sinema (TV9, 10pm) - Cantiknya Audra Laili
Audra falls in love with Awang Lekir. Unfortunately, her family decides to marry her off to Tengku Syed Osman, a man who has disappeared under mysterious circumstances.
Starring Imuda, Aida Aris and Azean Irdawaty.
New Straits Times
Depan Mata: Perjuangan Tak Tercapai
Oleh Hartati Hassan Basri
Rap
AL-FATIHAH buat keluarga Allahyarham Raffi Hussain yang meninggal dunia Selasa lalu. Anak seni kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu menemui Ilahi sehari sebelum ulang tahunnya yang ke-49, kerana sesak nafas akibat serangan jantung.
Sehari sebelum pemergiannya, Raffi atau nama sebenarnya, Mohd Rofi Che Hussain, masih berjuang untuk merealisasikan impiannya menghasilkan filem sulung, The Chini menerusi syarikatnya, Raffi Hussain Corporation (M) Sdn Bhd.
Allahyarham dikatakan berjumpa pihak bank mengenai pinjamannya untuk membiayai pembikinan filem itu. Projek The Chini juga bukannya baru sebulan dua dirancang tapi sudah makan empat tahun.
Jawatankuasa Panel Penilaian Skrip, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) pernah menolak skripnya tetapi selepas empat tahun menunggu, akhirnya Finas memperakui skripnya kemudian mengeluarkan surat sokongan untuk membuat permohonan pinjaman berjumlah RM1.5 juta di bawah Skim Pinjaman Filem Cereka (SPFC).
Difahamkan, arwah menghadapi sedikit masalah mendapatkan pinjaman itu kerana perlu menyelesaikan beberapa perkara berkaitan kedudukan kewangan syarikat penerbitannya.
Impian beliau juga cukup besar kerana penerbitan The Chini yang bercorak pengembaraan serta menerapkan unsur cemas dan cinta, disifatkan filem mahal dengan belanja RM5 juta kerana mahu menjalani penggambaran di Laos, Vietnam, Thailand dan Tasik Lochness, Scotland yang mempunyai legenda tersendiri seperti Tasik Chini.
Itu kisah perjuangan anak seni kita yang sering dikekang pelbagai masalah untuk menggapai cita-cita menghasilkan filem hebat kerana mahu mengangkat martabat industri filem tanah air.
Berbeza pula dengan nasib karyawan luar yang dipuja dan dikagumi ramai. Filem luar membanjiri pawagam kita manakala lagu luar menjadi santapan telinga masyarakat kita setiap hari di radio. Malah mereka disambut dengan tangan terbuka datang mengadakan konsert di sini.
Tidak cukup dengan semua itu, mereka juga dengan mudah mendapat penghargaan apabila bintang Bollywood, Shah Rukh Khan diberi penghargaan darjah kebesaran Melaka, Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk, sempena hari jadi ke-70 Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob.
Pelbagai reaksi diterima apabila tersiarnya berita itu, 11 Oktober lalu. Ramai mempertikaikan pemberian itu dengan persoalan atas alasan apa penghargaan setinggi itu diberi kepadanya.
Bagi mereka, alasan kerana sumbangan besarnya hingga mengharumkan nama Melaka di mata dunia apabila menjadikan Bandar Bersejarah itu sebagai lokasi penggambaran filem One Two Ka Four, tidak dapat diterima. Kata mereka, SRK hanyalah pelakon yang menjayakan filem itu dan pemilihan lokasi bukan terletak ditangannya. Tambah mereka, biarlah alasan untuk memberi anugerah itu nampak logik dan bukan jadi bahan ketawa masyarakat.
Bagi pengarah dan juga Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Ahmad Idham Ahmad Nadzri, dia berasa seperti kena sepak selepas membaca berita itu.
Pelakon Azean Irdawaty yang menyifatkan dirinya sebagai anak seni yang sudah 34 tahun mengabdikan diri kepada industri seni tanah air, membantah sepenuhnya penganugerahan kepada artis luar negara yang belum tentu usahanya secara langsung menyumbangkan ke arah ekonomi atau khazanah seni kita.
“Mula-mula Shah Rukh Khan, Aishwarya bila pulak? Lepas tu siapa? Tom Cruise? Johnny Depp?” katanya menerusi kiriman sistem pesanan ringkas (SMS) yang panjang lebar meluahkan perasaannya.
Seniman mewakili karyawan seni tanah air, membuat bantahan secara terbuka dengan mengadakan satu pertemuan tergempar, Isnin lalu. Susulan daripada itu, Seniman menyerahkan surat bantahan kepada Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan, keesokan harinya.
Tapi nampaknya bukan semua karyawan kita tidak bersetuju kerana satu lagi persatuan mewakili artis kita, Persatuan Penyanyi, Pemuzik Dan Penulis Lagu Tanah Air (Papita) lain pula pendiriannya. Itu perkara biasa kerana mustahil manusia ini sepakat dan bersatu hati sama ada semuanya menyokong atau membantah. Nama pun negara demokrasi.
Dalam kenyataannya menerusi Berita Harian Khamis lalu, M Daud meminta artis supaya tidak terlalu emosional terhadap penganugerahan itu kerana ia hak kerajaan negeri itu serta Yang Dipertua Negeri Melaka.
M Daud menyifatkan tindakan anak seni memprotes keputusan kerajaan negeri mengenai isu pingat itu sebagai tidak begitu sihat. Ia dilihat secara tidak langsung memperlekehkan kepimpinan kerajaan negeri Melaka kononnya membuat keputusan tidak betul.
Sebaliknya M Daud menyarankan anak seni menjaga hubungan baik dengan kerajaan negeri kerana kita boleh bekerjasama pada masa akan datang untuk melakukan apa-apa aktiviti seni. Buktinya permohonan Papita untuk mewujudkan perkampungan artis, diluluskan kerajaan Melaka, baru-baru ini.
Harian Metro
Banglo Lama Markas Talentime
Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my
Rap
PENGARAH Yasmin Ahmad kembali berkampung di Ipoh, Perak. Begitulah ironinya filem-filem arahan pengarah kreatif itu yang sering kali menjadikan Ipoh sebagai studio menjalankan kerja-kerja kreatifnya.
Dari filem Sepet, Gubra, Mukhsin, Muallaf sehinggalah yang terbaru, Talentime, lokasinya masih sama. Harian Metro turun padang meninjau lokasi Talentime untuk ruangan Borak Lokasi. Apatah lagi Yasmin berjaya melamar penyanyi Jaclyn Victor untuk menjayakan filem ini.
Selepas menempuh perjalanan hampir dua jam, akhirnya rombongan wartawan hiburan dari Kuala Lumpur tiba di Ipoh. Tidak jauh dari pusat bandar, kami menyusur pula ke satu penempatan kuaters kerajaan (dulunya didiami pembesar dan pegawai kerajaan). Salah satu daripada lot banglo lama itu dijadikan ‘markas’ penggambaran Talentime.
Timbul persoalan mengapa Ipoh jadi pilihan sedangkan terdapat banyak lagi lokasi menarik. Jawapan Yasmin mudah saja kerana dia sudah ‘masak’ dengan jalan dan kawasan di situ.
“Saya sudah biasa dengan bandaraya Ipoh dan saya tahu di mana lokasi menarik untuk mendapatkan shot yang cantik.
“Di sini juga terdapat masjid serta kuil yang besar dan cantik yang boleh digunakan bagi menggambarkan kehidupan dua kaum yang berbeza agama dalam filem ini.
“Satu lagi alasannya mengapa saya suka buat penggambaran di luar Kuala Lumpur selain kurang kesesakan lalu lintas, ia juga mengelakkan pelakon mengambil dua tawaran dalam satu masa.
“Jika di Kuala Lumpur, mereka boleh lari ke penggambaran yang lain tetapi kalau di Ipoh, larat ke mereka hendak berulang alik. Mereka juga tidak dibenarkan membawa kenderaan sendiri.
“Saya buat begini kerana mahu mereka memberikan sepenuh komitmen terhadap pembikinan filem ini. Mereka perlu bergaul dengan kru termasuk semua pelakon kerana saya mahu bekerja sebagai sebuah keluarga.
“Apa yang pelakon makan, itu jugalah yang kru makan dan begitulah sebaliknya. Tiada layanan istimewa, semuanya sama malah mereka ditempatkan di hotel yang sama,” katanya.
Beralih tumpuan pada pengisian Talentime, filem ini sedikit sebanyak merujuk kepada pengalaman hidupnya. Yasmin juga terus mengangkat kepelbagaian kaum di Malaysia dalam Talentime yang mengisahkan keperitan terpaksa dilalui peserta pertandingan bakat sekolah serta kisah percintaan membabitkan dua bangsa dan agama berbeza.
Sekali lagi Yasmin mempertaruhkan wajah baru sebagai pendukung utama filem ini sebagaimana pernah dilakukan dalam filemnya terdahulu. Kali ini Mahesh Jugal Kishor dan Pamela Chong Ven Tee menerajui Talentime bersama pelakon berpengalaman seperti Harith Iskander, Azean Irdawaty, Adibah Noor dan bintang Mukhsin, Mohamad Syafie Naswip.
“Ada sesetengah pengarah takut ambil pelakon baru tetapi tidak dengan saya kerana pelakon muda memiliki dinamik dan mereka jujur.
“Menariknya, meskipun sudah ada pengalaman menghasilkan filem, untuk Talentime saya terpaksa memperuntukkan lebih banyak masa menyelesaikan skripnya. Lebih kurang lima hingga tujuh hari untuk menyiapkan draf skrip saja.
“Skrip Talentime mengambil masa panjang kerana saya mahu mencuba permainan baru. Terdapat 11 draf semua sekali. Ia sebagai satu usaha memberi kelainan pada filem ini.
“Saya juga tidak suka filem yang ada mesej. Siapalah saya untuk mengajar orang, sebaliknya saya sukakan sesuatu yang boleh menimbulkan tanda tanya pada penonton,” katanya.
Filem ini juga menarik kerana mengundang ramai pelakon jemputan. Antaranya Azean Irdawaty sebagai ibu Hafiz,
Jaclyn Victor (Bhavani), Harith Iskander (Ayah Melur), Elza Irdalynna Khairil Anwar (Mawar), Mislina Mustaffa (Ibu Melur), Adibah Noor (Cikgu Adibah), Ida Nerina (Datin Kalsom) dan ramai lagi pelakon lainnya, Sukania Venugopal, Sherrina L Krishnan, Mohamed Redzuan Adamshah, Howard Han Kahoe, Lok Weng Sung, Melkinn Chee Ka Sheng, Amelia Thripura Henderson, Tan Mei Ling, Susan Ann Chong, Athilia Harun, Tan Yew Leong dan Anthony Michael Savarimuthu.
>Borak Lokasi
FILEM: Talentime
PENGARAH: Yasmin Ahmad
PENERBITR: Mohd Effendy Harjoh
PENOLONG PENERBIT: Farid Yusof
Pengarah Fotografi: Low Soon Keong
PENYUNTING: Raja Affandy Raja Jamaluddin
PENOLONG PENGARAH 1: Mohd Hanafiah Abdullah
PENOLONG PENGARAH 2: Mohd Firdaus Mohamad Hanif
PENOLONG PENGARAH 3: Sharifah Amani Syed Zainal Rashid
PENGURUS PRODUKSI: Mat Nazri Ismail Hassan
PENYELARAS LOKASI: Megat Rosli Sidin
KONTI: Mohd Hashim Sakiri
PENOLONG KONTI: Mohd Sharum Kamaruddin
PENGARAH SENI: Wong Voon Leong
PROP MASTER: Soon Yong Chow
JURUSOLEK: Hathim Thai Ahmad Nordin
PENYELARAS PRODUKSI: Radiyah Mohamed Eusuff
PENYELARAS UJI BAKAT: Mohd Hafiz Mohd Shapee
JURU KAMERA: Haru Abdul Kadir
PEMBANTU JURUKAMERA: Mohd Shukor Dato Hashim
VTR OPERATOR: Ahmad Sahifudeen Mohd Noh
GAFFER: Megat Roslan Sidin
GAFFER BEST BOY: Zulkipli bin Ab.Hadi
LIGHTING GRIP: Ruddy Armizal bin Othman
PELAKON: Mohamad Syafie Naswip (Hafiz), Mahesh Jugal Kishor (Mahesh), Pamela Chong Ven Teen (Melur).
Harian Metro