Archive for the ‘Anuar Zain’ Category

Battle Of The Songs



Some of the artistes, composers and lyricists who will be competing at the Muzik-Muzik semi-finals.

HIZREEN KAMAL finds out more about this year’s Muzik-Muzik, the song competition that gives music fans an opportunity to vote in their favourite song.

FOR the next three consecutive Fridays (beginning this week), music buffs can look forward to the battle of the songs at the semi-finals of TV3’s weekly song contest, Muzik-Muzik.

Thirty-four songs in three main categories - ethnic creative, ballad and pop rock - are competing to advance to the finals, which will culminate in the highly anticipated, Anugerah Juara Lagu. (The annual song contest is currently in its 23rd year.)

This year’s semi-finals sees a close fight between seasoned artistes and upcoming talents of the industry.

The veterans, including Amy Search, Ziana Zain, Hattan and Anuar Zain, are a few of the strong contenders who will be competing against newbies such as One in a Million’s Ayu and Stacy and Nubhan (of Akademi Fantasia 6 fame).
The late award-winning lyricist, Loloq, has the highest number of entries. His songs include Doa Dalam Lagu, Bila Naik Saksi, Bukti, Mabuk and Aku Lebih Tahu.

It’s interesting to see how artistes manufactured from reality talent shows are continuing to make their presence felt in the industry. Fans will be excited to see favourites like Mawi, Heliza, Fazli Zainal, Faizal Tahir, Dina, Ayu, Nubhan, Dafi, Bob, Aizat, Mila, The Lima and Fiq jostling for the top spot.

Primeworks Studios Sdn Bhd’s entertainment productions manager Fadzliniza Zakaria said the songs are chosen based on the weekly votes and the show’s weekly song charts.

“From 104 songs, only one-third has made it to this stage,” he said at a Press conference recently.

He said this year’s entries are fewer than those in the previous year, particularly in the ethnic creative category.

“This may be attributed to the minimal number of songs produced this year. There have been more singles released compared to full albums. But this does not jeopardise the quality of Juara Lagu because the entries in both ballad and pop rock categories are strong,” he added.

When Muzik-Muzik was first introduced, the show was viewed as a breakthrough in entertainment programmes and till today, it has remained as one of the station’s signature shows.

TV3 Brand Management Group general manager Nurul Aini Abu Bakar said that over the years, the programme has attained increased viewership, evolving with the country’s music scene.

“How many times have you wished you could get your songs heard and reviewed by qualified music industry professionals? Or wished for a way to get recognition for your songwriting and promote your songs to publishers, producers and media? Muzik-Muzik is uniquely designed to provide these opportunities to local songwriters, lyricists and composers.

“Muzik-Muzik is also a pioneer in a sense in that it gives music lovers and fans of local artistes an opportunity to decide on each song’s fate through the weekly votes,” said Nurul Aini.

Returning as hosts are charming Cheryl Samad and quirky HotFM radio presenter, Faizal Ismail.

The semi-finals for the three categories are scheduled for Friday (ethnic creative), Dec 5 (ballad) and Dec 12 (pop rock). They will be aired “live” from Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral in Shah Alam from 9 to 10.30pm.

TV3 is also giving out tickets for the show. They can be collected from the main security post or the Sri Pentas 2 security desk at Sri Pentas in Damansara Utama, Petaling Jaya.

New Straits Times

Dengarnya…: Bukan Buah Hati Anuar

Oleh Normah Becok

JUMAAT lalu, meja Hip riuh dengan deringan telefon yang mencari Cik Normah. Bukannya apa, mereka ini mahu tahu benarkah Lelaki Idaman Malaya, Anuar Zain sudah bertemu buah hati iaitu pemain boling negara seperti yang diceritakan dalam ruangan Dengarnya ini.

Minta maaflah, teman-teman di Hip kerana terpaksa mengangkat telefon dan menjelaskan keadaan sebenar bagi pihak Cik Normah. Bukan niat Cik Normah nak menyusahkan sesiapa tetapi apa yang Cik Normah tulis itu bukankah ke sekadar gosip.

Kalau hendak tahu betul atau tidak, biarlah ia keluar dari mulut tuan punya diri. Rupa-rupanya, pihak penyanyi popular ini tidak berdiam diri. Pengurus Anuar ada menelefon teman Cik Normah menjelaskan keadaan sebenar.

Kata Rohila yang lebih mesra dengan panggilan Kak E ini, Anuar dan pemain boling itu hanyalah kawan biasa saja. Katanya, mana mungkin Anuar berpacaran dengan gadis itu sedangkan dia sebenarnya sudah mempunyai teman lelaki.

Akibat gosip itu, teman lelaki si gadis tadi cukup terasa dan khabarnya bertegang urat jugalah antara mereka. Ha! Dengan penjelasan Rohila tadi nampaknya terjawab sudah apakah benar Anuar sudah berteman ataupun masih kekal solo.

Buat Anuar, Cik Normah minta maaf ya. Ala sekali sekala nak usik-usik manja Anuar, takkan tak boleh kot? Tapi yang penting sekarang ini, Anuar sudah sahkan statusnya masih solo. Jadi peluang masih terbuka. Tak gitu Nuar? Kepada buah hati pemain boling tu, janganlah makan hati lagi yer…

Berita Harian

Lagu Etnik Kreatif Semakin Susut

Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my

Sebanyak 34 lagu dari tiga kategori mula berentap di peringkat separuh akhir untuk merebut slot Anugerah Juara Lagu TV3

KEKURANGAN lagu ciptaan terbaru akibat kesuraman pasaran muzik memberi kesan ketara terhadap jumlah lagu yang menyertai program Muzik Muzik terbitan TV3.

Penutupan dan penggabungan syarikat rakaman selain kecenderungan menerbitkan single berbanding album penuh turut menyumbang kepada kemerosotan lagu-lagu ciptaan terbaru.

Paling ketara ialah lagu-lagu terbaru untuk genre Etnik Kreatif yang semakin hari semakin berkurangan. Selain faktor kelembapan pasaran muzik dan penghasilan single, langkah stesen radio popular yang terlalu memilih dan enggan menyiarkan lagu bercorak Etnik Kreatif ini dipercayai turut menjadi penyumbang sampingan kepada kekurangan lagu ciptaan terbaru.

Betapa besarnya kesan kekurangan lagu Etnik Kreatif ini diakui sendiri oleh Pengurus Penerbitan Hiburan Primeworks Studio, Sdn Bhd, Fadzliniza Zakaria.

Menurutnya, daripada 300 lagu yang menyertai program ini, hanya 34 saja daripadanya adalah lagu-lagu dalam kategori Etnik Kreatif.

“Kekurangan penyertaan kali ini mungkin bertitik tolak kepada keadaan industri hiburan semasa yang suram dan daripada label syarikat rakaman yang ada daripadanya sudah tutup dan bergabung dengan syarikat lain. Penerbitan album juga lebih terarah kepada menghasilkan lagu single.

“Jika tahun sebelum ini, industri meriah dengan kehadiran dua tiga album sekali gus, namun dengan pasaran sekarang tidak menentu maka strategi merakamkan lagu single lebih diutamakan.

“Bagaimanapun, keadaan ini tidak memberi kesan sangat kepada penerbitan Muzik-Muzik kerana masih ada lagu yang daripada kategori Pop Rock dan Balada masih mempunyai kekuatan yang tersendiri.

“Cuma daripada kategori Etnik Kreatif, ia semakin berkurangan kerana tidak ramai artis yang ingin membikin album sedemikian. Kita menerima lebih 300 buah lagu, namun hanya lebih 180 hingga 200 lagu saja layak untuk memasuki Muzik - Muzik,” katanya dalam sidang media mengumumkan senarai lagi yang berjaya ke peringkat separuh akhir bagi semua kategori di Sri Pentas TV3, baru-baru ini.

Peringkat akhir Anugerah Juara Lagu TV3 kali ini akan diadakan pada 18 Januari tahun depan.

Antara pencipta dan penulis lirik yang karya mereka tersenarai ke peringkat separuh akhir Ajai dan Allahyarham Loloq menerusi lagu Doa Dalam Lagu, M Nasir dan Seth dengan lagu Jarak Rindu; Adnan Abu Hassan dan penulis lirik, Faris dengan lagu Puteri Tarian Kasih; Radeen Sri/Hairul Anuar Harun (Pujangga Merindu), Sang Dewi/Ahmad Fedtri Yahya (Lambaian).

Antara komposer dan penulis lirik kategori Balada Azalea dengan lagu Teman Terulung, Aubrey Suwito/Habsah Hassan (Hanya Di Mercu), Audi Mok/Faizal Tahir (Sampai Syurga), Azlan Abu Hassan/Azalea (Dingin), Edry Abd Halim (Bila Terasa Rindu), Sharon Paul/Ahmad Fedtri Yahya (Sejauh Ini) dan Zetty/Abie Abdullah (Ada Untukmu).

Bagi kategori Pop Rock pula, antara lagu yang berjaya ke peringkat separuh akhir ialah Kalis Rindu ciptaan Aidit Alfian dan lirik oleh Ad Samad, Cinta Si Rama Rama (Edrie Hashim), Aku Lebih Tahu (Ajai/Loloq), Lagu Untukmu (Taja, Tass, Lan), Mabuk (Tam/Loloq) dan Separuh Masa (Edry Abd Halim).

Seperti tahun lagu, hampir semua lagu yang dipertandingkan ke peringkat separuh akhir dinyanyikan oleh penyanyi dari program realiti televisyen seperti One In A Million (OIAM), Akademi Fantasia (AF), Malaysian Idol, Gang Starz dan Akademi Nasyid.

Antara mereka ialah Mawi, Heliza, Dafi, Aizat, Nubhan, Dina, Faizal Tahir, Aiman, Azfar, Stacy, Fazli Zainal, Ayu, Mila dan The Lima. Begitu juga dengan kumpulan Estranged yang mana vokalisnya, Rich pernah menyertai Akademi Fantasia musim keempat. Estranged juga mencatat sejarah pada AJL 22 apabila menjuarai kategori Pop Rock dan keseluruhan (Juara Lagu) menerusi lagu Itu Kamu.

“Penguasaan penyanyi dari program realiti ini bukanlah bukan sesuatu yang perlu dijadikan isu. Ini kerana AJL bukan mempertandingkan penyanyi sebaliknya karya lagu itu sendiri.

“Kehadiran penyanyi baru ini patut digalakkan kerana mereka penyambung warisan penyanyi sedia ada,” kata Fadzlinina yang menekankan corak penjurian masih dikekalkan formatnya seperti tahun terdahulu.

Menurutnya, ada beberapa lagu yang pada mulanya tersenarai di bawah kategori tertentu sama ada Etnik Kreatif, Balada atau Pop Rock dan akhirnya ditukar kategorinya. Ia menjawab persoalan kepada beberapa lagu yang berubah kategori pada saat akhir sebelum berlangsungnya separuh akhir.

“Sebelum separuh akhir, pihak kami mendengar kembali lagu yang tersenarai dan kadang kala berlaku perubahan. Panel yang terbabit akan memutuskan kategori yang mana sesebuah lagu itu patut diletakkan mengikut keserasian,” katanya ketika ditemui selepas sidang media ini di perkarangan Sri Pentas.

Info Muzik- Muzik Separuh Akhir

Tahun ini juga menyaksikan lima pencalonan lagu membabitkan Allahyarham Loloq atau Rosli Khamis menerusi lirik lagu Doa Dalam Lagu, Bila Nak Saksi, Bukti, Mabuk, Aku Lebih Tahu.

Faizal Tahir, Mila dan kumpulan Spider masing-masing dicalonkan untuk dua buah lagu. Spider (Bila Nak Saksi dan Mabuk), Mila unggul di kategori Pop Rock menerusi lagu Mila Bila Cinta dan Aku Lebih Tahu mana kala Faizal Tahir mempertaruhkan lagu Sampai Syurga dan Cuba dalam kategori Balada.

Masih mengekalkan gandingan serasi Cheryl Samad dan Faizal Ismail sebagai pengacara.

Dipancarkan secara langsung di TV3 dan Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral jam 9 hingga 10.30 malam.

Dimulakan dengan kategori Etnik Kreatif pada 28 November, Balada (5 Disember) dan Pop Rock (12 Disember)

Tiket percuma boleh diperoleh di Balai Pengawal Sri Pentas Bandar Utama dan Balai Pengawal Sri Pentas 2 mulai 24 November ini.

Sidang produksi Muzik-Muzik terdiri daripada Khalijah Mohamed (Penerbit Eksekutif), Roslina Abd Rahman (Penerbit), Nor Shafina Ahmad (Penolong Penerbit), Intan Suraya A Kadir (Pengarah Etnik Kreatif), Annie Safinas Hassan (Pengarah kategori Balada) dan Farina Pahruddin (Pengarah kategori Pop Rock)

Sepintas Muzik-Muzik dan Anugerah Juara Lagu

Mula disiarkan pada 2 Mac 1986 jam 8.30 malam.

Dulu undian dilakukan melalui akhbar dan bukannya SMS.

Tahun 1992, Carta 20 mula diperkenalkan sebelum disaring ke peringkat separuh akhir.

Penampilan band dalam peringkat AJL sememangnya meriah lebih-lebih lagi ketika era 90-an. Mungkin ramai masih ingat dengan kumpulan seperti Freedom, Steps, Gersang, Medicine, Illusi, Blackrose, Damasutra dan Dinamik.

Senarai lagu dan penyanyi mengikut turutan persembahan

Senarai Lagu Kategori Etnik Kreatif

1) Doa Dalam Lagu (Komposer: Ajai/Lirik: Loloq) Penyanyi - Mawi dan Heliza

2) Jarak Rindu (M Nasir/Seth) - Azfar

3) Puteri Tarian Kasih (Adnan Abu Hassan/Faris) - Anis Aneesa

4) Pujangga Merindu (Radeen Sri/Hairul Anuar Harun) - Syura

5) Songo (Edrie Hashim/Ahmad Farid) Amy Search

6) Persoalan Cinta (Julfekar/Ku Seman/Izza Rosley) - Farawahida

7) Panas (Cat Farish/Adeeb) - Ifa Raziah

8) Dusta Berkalang (Hafiz Hamidun/Ahmad Fedtri Yahya) - Aiman

9) Mengharap Sinar (Dior/Khairafik) - Dior

10) Lambaian (Sang Dewi/Ahmad Fedtri Yahya) - Fazli Zainal

Senarai Lagu Kategori Balada

1) Teman Terulung (Azalea) - Anuar Zain

2) Hanya Di Mercu (Aubrey Suwito/Habsah Hassan) - Ayu

3) Lagu Kita (Aizat) - Aizat

4) Sampai Syurga (Audi Mok/Faizal Tahir) - Faizal Tahir

5) Tanpa (Gjie/Wan) - 6ixth Sense

6) Bila Nak Saksi (Tam/Loloq) - Spider

7) Dingin (Azlan Abu Hassan/Azalea) - Ziana Zain

8) Cuba (Audi Mok/Faizal Tahir) - Faizal Tahir

9) Bila Terasa Rindu (Edry Abd Halim) - Dafi

10) Cinta Terhalang (Sharon Paul/Shimy) - Bob

11) Ada Untukmu (Zetty/Abie Abdullah) - Nubhan

12) Sejauh Ini (Sharon Paul/Ahmad Fedtri Yahya) - Dina

Senarai Lagu Kategori Pop Rock

1) Separuh Masa (Edry Abd Halim) - The Lima

2) Aku Stacy (Intan Norul Azlin/Layla Ismail) - Stacy

3) Kalis Rindu (Aidit Alfian/Ad Samad) - Elyana

4) Mila Bila Cinta (Audi Mok/Ad Samad) - Mila

5) Cinta Si Rama-Rama (Edrie Hashim) - Hattan

6) Ku Merindu (Datuk Syed Elias/Syed Ahmad) - Ella & Shah

7) Aku Lebih Tahu (Ajai/Loloq) - Mila

8) Bukti (Tony Iskandar/Loloq) - Fiq

9) Rimas (Cat Farish/Roxy Tail) - The Fabulous Cats

10) Yang Pernah ( Estranged) - Estranged

11) Lagu Untukmu (Taja, Tass, Lan) - Meet Uncle Hussain

12) Mabuk (Tam/Loloq) - Spider

Berita Harian