Archive for the ‘Aliff Aziz’ Category
Selesa Digelar Penyanyi Lagu Saduran
Oleh Zul Husni Abdul Hamid
zulhusni@bharian.com.my

KEMBALI: Saiful menghadiahkan peminat dengan album kedua yang dipasarkan 17 Jun lalu.
Saiful rakam semula sembilan lagu popular Mandarin, Kantonis yang sudah dialih bahasa
HAMPIR dua tahun menyepi belum menguburkan cita-cita penyanyi yang dilahirkan menerusi program realiti, Malaysian Idol musim pertama, Saiful.
Pernah popular dengan lagu saduran, Ku Juga Mencintaimu yang tersenarai antara nada dering paling popular dimuat turun sepanjang 2006/2007 melebihi 80,000 unit, Saiful dilihat antara bintang yang sukses dalam penjualan album secara digital.
Kejayaan yang cukup untuk meyakinkan syarikat rakaman, Sony BMG Music Entertainment dengan masa depan jejaka berwajah manis ini.
Menerusi album keduanya, Aku Ada Di Sini yang menjengah pasaran 17 Jun lalu, Saiful merakamkan kembali himpunan sembilan lagu popular Mandarin dan Kantonis yang dialih bahasa kepada bahasa Melayu.
Persoalannya, apakah Saiful selesa apabila terus menyandarkan kekuatan kepada lagu saduran?

“Persoalan ini tidak sepatutnya ditimbulkan kerana saya bukan penyanyi pertama yang merakamkan album seperti ini. Di Barat, sudah ramai yang melakukannya malah kumpulan seperti Boyzone pernah mendadak popular kerana konsep yang sama.
“Rasanya, tiada salah jika saya turut melakukannya. Lagipun konsep sebegini mudah diterima kerana kebetulan kebanyakan lagu sudah sedia popular.
“Cuma mungkin di kalangan pendengar Melayu, ia kedengaran seperti lagu baru kerana tidak pernah mendengarnya. Sama seperti Ku Juga Mencintaimu, ramai menyangkakan ia lagu baru hakikatnya disadur daripada lagu asing,” kata Saiful menyatakan rasional merakamkan semula album Aku Ada Di Sini.
Akui Saiful, kejayaan yang dilakar Ku Juga Mencintaimu memberi perangsang untuk dia mengadaptasi formula yang sama dalam produksi keduanya itu.
Tambahan pula apabila melihat kejayaan artis Barat seperti Westlife, Clay Aiken, Guy Sebastian malah artis tempatan sendiri turut menikmati kemanisan populariti apabila mempopularkan kembali lagu yang pernah mendapat sambutan.
Semua itu kata Saiful, menyuntik keberanian untuk dia memulakan produksi keduanya apatah lagi dalam suasana pasaran album yang bergerak perlahan ketika ini.
Menariknya kata Saiful, kesemua lagu yang dipilih mempunyai melodi yang indah dan cukup popular di Asia. Lima daripada lagu yang dimuatkan adalah ciptaan komposer tempatan tetapi dinyanyikan penyanyi popular seperti Sammy Cheng, Li Sheng Jie dan Ah Niu.
“Bagaimanapun dalam kebanyakan lagu, paling sukar ketika merakamkan lagu Takkan Ku Ulangi yang pernah dipopularkan Li Sheng Jie. Bahagian korus lagu ini agak tinggi, malah memerlukan saya membawanya dengan penuh semangat.
“Tetapi saya agak bertuah kerana sebelum ke studio, saya berpeluang mendengar lagu asal. Jadi, ia banyak membantu kerana harus saya akui ada sedikit perbezaan dalam penyampaian sekali pun menggunakan melodi yang sama,” katanya.
Untuk proses penerbitan, Saiful bersama syarikat rakamannya, Sony BMG Music Entertainment mendengar hampir 200 lagu, kebanyakannya dari Hong Kong dan Taiwan selain beberapa sentuhan antarabangsa.
Bagaimanapun, disebabkan masalah hak cipta menyukarkan mereka untuk memilih lagu popular Barat sebaliknya hanya memfokus kepada lagu popular Asia.
“Kebanyakan lagu yang dipilih popular di rantau ini sepanjang 10 tahun lalu,” kata Pengarah Urusan Sony BMG Music, Adrian Lim.
Baginya, muzik tiada sempadan dan keterbukaan rakyat negara ini menerima melodi menarik daripada luar membuatkan mereka yakin album kedua Saiful akan mencapai sasaran yang ditetapkan.
“Bukan menidakkan keupayaan komposer tempatan untuk menghasilkan sentuhan baru kerana kami turut mencuba sentuhan mereka untuk artis lain yang bernaung di bawah Sony BMG Music.
“Cuma album ini membawa kelainan namun apa yang istimewa, ia turut menggunakan khidmat 50 peratus lagu ciptaan komposer kelahiran Malaysia tetapi nama mereka lebih dikenali di luar.
“Lagipun formula ini sudah terbukti menerusi Ku Juga Mencintaimu dan kami cuba meneruskannya kerana bukan mudah untuk menghasilkan sebuah album yang mempunyai himpunan lagu menarik dengan melodi indah,” katanya.
Tidak lebih melihat penghasilan Aku Di Sini sebagai sebuah percubaan selain mempamerkan variasi dalam muzik tempatan, mereka berbangga kerana Saiful dapat melaksanakan tanggungjawab yang diserahkan dengan berkesan.
Setiap lagu yang dimuatkan dipilih berdasarkan karektor vokal penyanyi itu dan Saiful menyanyikannya tanpa mengikut gaya penyanyi asal.
Trek dalam Aku Di Sini
SINGLE pertama ini pernah dipopularkan penyanyi asal Singapura, Ocean Yang. Penyanyi ini mekar namanya di Taiwan. Lagu ini turut diangkat sebagai tema untuk drama bersiri popular Taiwan, Love Contract.
NYANYIAN asal Guang Liang yang juga penyanyi serta komposer kelahiran Malaysia. Seperti Ocean Yang, penyanyi ini juga melakar nama di Taiwan. Dia mula dikenali menerusi lagu Tong Hua. Lagu itu turut dirakamkan semula Aliff Aziz yang juga bernaung di bawah payung Sony BMG.
PERNAH dipopularkan A Niu, penyanyi kelahiran Malaysia yang pernah meraih bayaran tertinggi daripada Perlindungan Hak Cipta Karyawan Muzik Malaysia (MACP) pada 1998.
IA sebenarnya pernah dinyanyikan oleh juara Malaysian Idol musim kedua, Daniel Lee. Judul asalnya Xian Zai, Hen Xian Zian Ni. Liriknya dalam bahasa Melayu ditulis semula oleh Ireani Yaacob.
LAGU ini dipopularkan kumpulan kelahiran Jerman, Trademark. Ia cukup popular di Hong Kong. Judul asalnya Only Love. Satu-satunya lagu Inggeris yang dirakamkan semula oleh Saiful dalam album ini.
LAGU nyanyian bintang sensasi Hong Kong, Sammi Cheng. Pernah dimuatkan dalam filem Hong Kong, Love You Until I Kill You yang dibintangi Leon Lai.
LAGU yang pernah memperkenalkan nama Saiful ini dirakamkan semula dalam versi baru. Sedikit berbeza kerana versi 2008 menampilkan pembaharuan sebagai lambang kematangan Saiful sebagai penyanyi rakaman.
Berita Harian
Sentuhan Sepi Dalam Lagu
CINTA tak datang hanya sekali. Itu ungkapan magik filem Sepi yang kini menjadi bualan khalayak penggemar seni tempatan. Kini muncul album runut bunyi filem arahan Khabir Bhatia yang dilakonkan Afdlin Shauki, Vanidah Imran. Nasha Aziz, Baizura Kahar, Tony Eusoff dan Eja.
Lapan belas lagu dimuatkan masing-masing merujuk kepada tiga segmen Sepi yang diangkat daripada situasi Adam, Sufi dan Imaan dendangan penyanyi pilihan tempatan dan luar negara umpamanya Anuar Zain, Gita Gutawa dan Yuni Shara.
Album ini merangkumi lagu-lagu antaranya Diari Seorang Lelaki nyanyian Pretty Ugly, Sepi (Yuni Shara), Mungkin (Anuar Zain) dan Aku Bukan Untukmu (Zah & Lah).
Juga ditampilkan lagu-lagu yang diinspirasikan menerusi jalan cerita filem Sepi iaitu Sayang Sayang (Versi 2008) oleh penyanyi Aliff Aziz, Rindu (Saiful), Hilang (Diddy) dan Seribu Tahun (Imran Ajmain).
Menariknya album ini menghimpunkan enam lagu baru yang dinyanyikan oleh Pacai, Nora, CRUSH! dan Neiyl (Mentor) selain susunan semula lagu popular Rossa, Aku Bukan Untukmu oleh Lah & Zaf V.E.
Gita Gutawa yang turut mewarnai album ini menampilkan dua lagu iaitu Vocalizing dan Kembang Perawan yang juga merupakan ciptaan Melly Goeslow selain Baizura Kahar yang menyampaikan puisi berjudul Puisi Sepi yang pasti menyentuh hati.
Album: Album Runut Bunyi - Sepi
Edaran: SonyBMG Music Entertainment
Utusan Malaysia
Ibu Perjelas Hubungan Aliff, Syakillah
Teks oleh Razif Rosdi
Banyak sungguhrespon diberikan selepasmurai.com.my mengeluarkan rencanapada 1 Julai lalu tentang penyanyi remaja, Aliff Aziz, 17, yang digosipkandengan seseorang yangbernama Syakillah.
Ada peminat yangmemintaagar penyanyi lagu Sayang Sayangitu memberi tumpuankepada karier dan pelajaran memandangkan diamasihmuda serta baru saja bertapak sebagai artis. Tidak kurangyang ‘naik angin’ melihat foto Aliff yang begitu mesra dengan Syakillah.
Hakikatnya, Syakillah sebenarnyaadalah artis baru Singapura yangsama-sama menyertai pertandingan nyanyian Anugerah 2007 bersama Aliff dulu.
Bagi menjelaskan perkara ini,murai.com.my berjaya mendapatkan komen ibu Aliff, S. Hafiza Sheikh Mohamed.Beliau jugamenjadi tulang belakang kejayaan Aliff selama ini.
“Sebagai ibu yang membesarkan Aliff, sayatahu mereka hanya rapat seperti adikdan kakak saja. Mereka hanya berjumpa ketika sama-sama bertanding dalamAnugerah 2007 di Singapura. Sejak dari itu, mereka terus jadi kawan.
“Setahu saya, Aliff sudah lama tak hubungi Syakillah atauberjumpa. Selepasbergambar padahari kemuncakAnugerah 2007 itu, mereka sesekaliterserempakdalam beberapa persembahan di sekitar Singapura. Jadi, saya harap gosip mengenai percintaan mereka itu sudah terjawab,”jelas Hafiza.
Bercerita lebih lanjut tentangpenglibatan mereka berdua, Syakillah atau nama sebenarnya, Nur Shakillah Md Salleh, 19, hanya mampu bertahan sehinggaperingkat separuh akhir dalam pertandingan itu.
Aliff pula walaupun tersingkir lebih awal daripada Syakillah nyata cukup bertuah kerana selepas dipilih semula dalampusingan wildcard, Aliff berjaya menjadi juara dan seterusnya menjadi penyanyi rakaman.
Murai