Archive for the ‘Afdlin Shauki’ Category

Bront Palarae Dipercayai Pengarah


Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
nurul@bharian.com.my


BRONT akui serasi digandingkan dengan Amani.

DI filem, namanya belum begitu menyerlah apabila sering diberikan watak pembantu. Begitupun, dia antara pelakon yang sibuk di lokasi, dek kepercayaan produser serta pengarah pada bakat seni anak muda ini.

Filem Setem, arahan Kabir Bhatia, yang akan menemui penonton pada tahun depan muncul filem pertama meletakkannya sebagai pelakon utama bersama-sama Rashidi Ishak, Afdlin Shauki, Que Haidar dan Vanidah Imran.

Lain pula ceritanya di kaca televisyen. Pelakon Nasrul Suhaimin atau lebih dikenali Bront Palarae mula mendapat tempat di hati peminat apabila beberapa siri TV sudah pun mengkreditkan namanya sebagai bintang utama. Sindarela dan terbaru, RonaRoni Makaroni ialah antara siri yang meletakkan kepercayaan tinggi kepada aktor yang turut bergelar pengarah, penulis skrip dan penerbit ini.

Menerusi kedua-dua siri terbabit pula, dia digandingkan bersama seorang lagi pelakon berbakat tanah air, Sharifah Amani. Dilihat sebagai gandingan yang menjadi, Bront mengakui, bekerja bersama pelakon yang bagus seperti Amani memudahkan lagi tanggungjawab lakonan yang dibebankan di bahunya.

“Kami sudah lama saling mengenali, justeru tahap keserasian itu agak tinggi. Nani (Sharifah Amani) pula seorang pelakon yang sudah pun memiliki dua anugerah dalam genggamannya. Pencapaian itu saja sudah membuktikan kemampuannya. Justeru, berlakon di sampingnya nyata memudahkan lagi kerja kita.

“Sikap kami yang saling memberi, membuatkan saya dan Nani senang bekerjasama. Apatah lagi apabila pengarah projek pula ialah Ezad yang saya anggap cukup berbakat dalam bidangnya,” kata Bront, merujuk kepada pelakon serta pengarah RonaRoni Makaroni.

Ditanya apakah dia berasakan, Amani pasangan paling sesuai pernah berada di sampingnya, Bront memberikan jawapan yang lebih terbuka.

“Dari segi kerja, dengan mana-mana pelakon wanita sekalipun, saya rasa ia sama saja. Dari segi kesesuaian pula, bukan saya yang menentukannya. Sebaliknya penontonlah yang menghakimi, sama ada gandingan seseorang pelakon itu nampak elok atau sebaliknya. Sehingga kini, apa yang saya nampak, Nani memang sesuai dengan mana-mana pelakon lelaki yang digandingkan dengannya.

“Cuma, dari segi keselesaan, saya mengaku ia paling dirasai ketika berlakon di samping Nani,” ujar jejaka yang pernah menuntut ilmu perfileman di Akademi Filem Malaysia pada 2000 hingga 2003.

Menyentuh mengenai wataknya sebagai Rona dalam siri komedi drama romantik itu pula, pelakon yang mendedahkan betapa berlakon untuk drama lebih sukar berbanding filem itu memberitahu, berbeza daripada apa yang dilakukan dalam Sindarela, kali ini wataknya agak kelakar.

“Jika watak Tengku Hussein dalam Sindarela memerlukan saya berada dalam keadaan tertekan selama enam bulan, sebagai Roni saya lebih tegas dan berusaha mendapatkan apa yang dimahukan.

“Jelas sekali, kali ini saya tidak lagi tertekan macam dulu. Saya sendiri amat berharap penonton akan berseronok menonton lakonan saya serta pelakon lain dalam RonaRoni Makaroni,” katanya.

Siri berkenaan kini masih lagi dalam proses penggambaran dan dijangka tamat pada awal Disember nanti. RonaRoni Makaroni dijadualkan menemui penonton Astro Ria bermula 27 November.

“Selepas siri demi siri saya lakonkan, rasanya tiba masa saya mengambil sedikit masa untuk bercuti daripada projek TV selepas tamatnya siri ini. Saya sudah begitu rindu pada lakonan filem. Jadi, mungkin bermula Disember nanti, saya ingin memberikan tumpuan kepada lakonan layar lebar pula,” katanya yang akan muncul bersama filem Antoo Fighter pada 27 November ini.

Profil

Nama: Nasrul Suhaimin Saifuddin

Nama Komersial: Bront Palarae

Tarikh Lahir: 27 September 1978

Profesion: Pelakon, Pengacara, Penulis, Pengarah, Penerbit

Filem: Castello, Man Laksa, Bilut, 1957: Hati Malaya, Dukun, Apa Khabar Orang Kampung, Anak Halal, Kala Malam Bulan Mengambang, Akhirat, Antoo Fighter, Setem

Drama: Cinta Tsunami, Sindarela, RonaRoni Makaroni

Pencapaian: Memenangi biasiswa Finas untuk belajar di Akademi Filem Malaysia pada 2000, manakala telefilem yang dihasilkannya, Chulia Street, dipilih untuk tayangan rasmi pada Festival Seni Pulau Pinang 2004 dan pada Anugerah Video Malaysia 2005. Dia juga pemenang Kodak Filmschool Competition 2003 (Malaysia) menerusi filem pendek Cut, I Want To Be a Man.

Berita Harian

Filem: Tandus Di Kota


Rap
MENYUSURI jalan cerita ini, hati penulis sering diusik gelagat pelakonnya. Nama mereka dalam dunia komedi bukanlah satu nama asing. Jadi, setiap pergerakan yang mereka tonjolkan sering mencuit penonton.

Itulah kelebihan filem komedi terbaru hasil karya sutradara Afdlin Shauki, Los Dan Faun. Melihatkan hasilnya, tidak mustahil nama pengarah dan pelakon ini akan sekali lagi diangkat dalam dunia komedi tanah air.

Ceritanya mengisahkan mengenai dua sahabat baik, Carlos Rodrigo atau Los (Hans Isaac) dan Ahmad Faun Sulaiman atau Faun (lakonan Adlin Aman Ramlie).

Berasal dari kampung mereka membuat keputusan untuk mencari rezeki di Kuala Lumpur.

Setibanya di bandar besar itu, semua pekerjaan yang dicuba bagai tidak menjadi sehinggalah Los menyedari rakannya itu punya kelebihan mencari barang hilang.

Kemudian, Los dan Faun berpakat membuka agensi mencari barang hilang.

Tampil dengan jalan cerita menarik, Afdlin punya idea yang tersendiri, namun apabila menonton filem ini, ia mengingatkan penulis kepada beberapa cerita bercorak penyiasatan yang banyak dipaparkan di tv.

Menyentuh soal komedi, Afdlin cukup bijak memaparkannya menerusi layar lebar.

Data

FILEM: Los Dan Faun

ARAHAN: Afdlin Shauki

PELAKON: Adlin Aman Ramlee, Afdlin Shauki, Erra Fazira dan Hans Isaac

GENRE: Komedi / Aksi

TAYANGAN: 4 Disember 2008

ULASAN: Firdaus Sahat

Harian Metro

Chauly The Comic


Chauly (right) with the Pisau Cukur cast (from left) Aaron, Fazura and Maya.

Bernard Chauly’s Pisau Cukur is the filmmaker’s maiden attempt at comedy. HIZREEN KAMAL finds out more from the director about the movies promising

razor-sharp humour.

Chauly (right) with his Pisau Cukur production crew.

ON the set of a film shoot at Astaria Apartment’s swimming pool in Ampang, Bernard Chauly sits calmly in the director’s seat with a loud hailer in his hands.

As soon as he calls “cut!”, the young director plonks on the nearby white poolside chair and speaks candidly of his latest effort, romantic comedy Pisau Cukur, the movie he is filming.

The movie, whose script is written by Rafidah Abdullah of 3R fame, is due to be released next year.

Co-produced by Red Films and Grand Brilliance Sdn Bhd, the film marks Chauly’s first attempt at comedy.
Pisau Cukur is about two young women Bella (Maya Karin) and Intan (Nur Fazura Sharifudin) who hook up with men for material gain.

So into the picture come three Datuks, their respective wives, a private detective and a die-hard fan of Bella’s.

They’re all “trapped” on board a luxury cruise liner where the adventure is played out. A bit of mystery is thrown in as well.

The movie also stars Aaron Aziz, Eizlan Yusof, Umie Aida, Datuk Rahim Razali, Liyana Jasmay, Sharifah Sofea, Khatijah Tan and Nas-T, with cameos by Nabil of Raja Lawak, Afdlin Shauki, Nabila Huda, Yasmin Yusuff and Rafidah.

“It’s a romantic comedy with a twist, really. It has a tight script by Rafidah, easily the sharpest script she has ever written. It’s a great challenge and inspiration to me,” he said.

With two leads (Maya and Fazura), there are two intersecting storylines - one a romantic story, while the other has an investigative plot line.

“There are huge challenges in doing a comedy. It’s not easy to make people laugh but I will try my best to deliver,” he said.

“In this film, the audience will find comedy in everything, from the witty lines, the juicy plot lines, the acting, the fun wardrobe and even the music score.

“I am exploring a rather fresh style and tone for comedy here with a new treatment for the story and characters.”

Pisau Cukur features punched-up realism and is made to feel unnatural - the wardrobe, the characterisation and the acting are all slightly larger-than-life.

“And it’s in this that I think the fun and comedy are going to come from,” said Chauly.

“But it’s not over-the-top melodramatic,” he added, citing Sex and the City and Desperate Housewives as references for the film.

Chauly uses the green screen for special effects. However, the computer-generated images would only constitute 20 per cent of the film.

“Skies and seas are going to be spectacular. It’s going to be beautiful,” he declared, adding that, even though the movie is about a holiday on board a ship, most of the scenes are recorded in a studio, with some scenes shot in the Klang Valley and Port Dickson.

While comedy definitely takes centre stage, Chauly said that the movie is also a character-driven film. “The audience will be able to feel with the characters and follow their transformation throughout the movie. There’s a lot of heart in the romance, while the friendship between Intan and Bella is fun and feisty,” he said.

In 2005, the 35-year-old delighted local audiences with Gol & Gincu. Never mind that it only collected RM700,000 at the box office, the movie created a buzz and saw a spin-off television series, aired over 8TV, which went on to become one of the highest rated shows for the station.

Since then, Chauly’s fresh approach to film directing has won over many, with his fans waiting in anticipation for his next movie.

“I have worked with Fazura in both the movie and TV series

(Gol & Gincu), but not Maya.

“I would not have chosen Maya solely on her popularity. I spoke to her earlier about the role, and asked her to come in for a couple of reads and also to see how well she worked with different actors. It wasn’t an audition but an opportunity to become comfortable with each other as we haven’t worked together before.

“I must say I respect Maya for her hard work, determination and instincts.”

Chauly said Pisau Cukur is punchy and hence all lines must be delivered well.

“It’s an entertaining style and both of them have what it takes,” he said, adding that there would be a dance scene where Maya will be doing the cha cha.

Chauly, who is already embarking on another project, the film Nenek Unta, hopes that the “Maya-Fazura combination” would draw moviegoers.

On his expectations for the movie, he said: “Well, we don’t make films to ’syok sendiri’ (please ourselves). We want people to enjoy them and also get the film’s message.”

“We want it to be profitable too,” he said, adding that there’s a possibility for a spin-off TV series, but for now, he just wants to see the film do well.

“The film’s plot lines and characters may be a little urban, but I think it’s going to attract the masses as well. Everyone knows someone who is materialistic and so, yes, I believe it has universal appeal. Besides, it’s not stereotyped comedy.”

Chauly, who is also Red Communications creative consultant, is also busy travelling to and fro between Kuala Lumpur and Manila to oversee the Gol & Gincu TV series due to be aired over Manila’s TV5 channel.

Called Goal & Girls, the Philippine version in Tagalog features a new Filipino cast.

He is also working on a television series called Blogger Boy, slated for release over 8TV next year.

New Straits Times