Archive for the ‘Aaron Aziz’ Category

Cabaran Astro 2009


Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my

Rap
TAHUN 2009, bukan saja memberi cabaran kepada Astro Entertaiment Sdn Bhd mempertingkatkan mutu produk dan perkhidmatan mereka, tetapi juga berhadapan dengan cabaran yang lebih besar apabila ekonomi dunia dijangka mengalami kegawatan.

Sebagai stesen berbayar, tidak mustahil Astro akan kehilangan ramai pelanggan seandainya kegawatan yang berlaku menjejaskan pendapatan pengguna.

Justeru, bagi memastikan stesen ini terus menjadi pilihan pelanggan Astro yang mempunyai beberapa rangkaian antaranya saluran Ria, Prima, Oasis, Aruna dan Kirana, berusaha mempelbagai dan mempertingkatkan isi kandungan programnya.

Pengarah Eksekutif Astro Entertainment, Zainir Aminullah, berkata, segala perancangan sedang berjalan dan salah satu usaha yang di fokuskan pihaknya ialah untuk mempertingkatkan mutu produk seperti drama selain memperbanyakkan penerbitan program dokumentari dan animasi.

“Drama di Astro masih lagi mencatat rating tinggi berbanding program hiburan lain yang diterbitkan pihak kami. Cuma, permasalahan utama kerana masih ramai pelanggan terutama yang baru tidak tahu di mana saluran yang betul untuk mereka menonton drama.

“Justeru, mereka terlepas banyak drama hebat yang disiarkan Astro. Jadi untuk 2009 kami memberi fokus dari segi promosi supaya penonton dapat mengikuti perkembangannya,” katanya.

Antara langkah diambil untuk menarik minat penonton mengikuti drama ialah dengan melantik dua pelakon popular, Erra Fazira dan Aaron Aziz sebagai Wajah Eksklusif Astro selama setahun. Langkah ini bertujuan memberi peluang kepada penonton menyaksikan lakonan hebat mereka hanya di Astro.

Terbaru, Prima juga melancarkan tiga drama menerusi slot Megadrama, Awan Dania lakonan Nasha Aziz dan Acha, Menantu Vs Mentua (Erra Fazira) dan Sofea Zahra (Sari Yanti) secara serentak Oktober lalu, diikuti banyak lagi drama yang bakal menyerikan saluran Prima.

Selain itu kata Zainir, pihaknya turut merancang untuk menerbitkan lebih banyak drama berunsurkan kerohanian yang boleh dipasarkan keluar negara. Ini kerana, saya percaya kami mampu menerbitkan drama berkualiti, setara dengan produk luar.

“Selain itu, pada 2009 kami juga mahu memperbanyakkan program seperti dokumentari dan animasi kurang mendapat perhatian dalam industri penyiaran kita.

“Malah, kami juga merancang mengadakan program atau aktiviti program luar yang lebih mendekatkan Astro dengan masyarakat.

“Usaha ini dilakukan bukan saja untuk memenuhi kehendak pelanggan, tetapi juga dalam menarik minat pelanggan baru dan mereka yang belum pernah melanggan Astro,” katanya.

Jelas Zainir, setakat ini dia puas hati dengan perkembangan saluran Ria, Prima, Oasis, Ceria, Aruna yang menunjukkan peningkatan.

“Jika dulu Astro Ria mendahului saluran lain kerana mempunyai program seperti Akademi Fantasia yang mencetuskan fenomena, kini Prima juga mula mengikut jejak langkah itu apabila program Raja Lawak mula diperkenalkan.

“Kami juga berbangga dengan pencapaian Astro Oasis kerana mencatat peningkatan rating mendadak kerana penonton menyukai kandungan program yang berbeza daripada saluran yang sedia ada mahupun stesen televisyen lain,” katanya.

Berhubung penganjuran AF7, Zainir mengakui, program paling popular di Astro itu akan diteruskan tetapi pihaknya akan memastikan kualiti dari segi pemilihan peserta misalnya dipertingkatkan.

“Meskipun terdapat pelbagai reaksi berbeza mengenai AF, sepanjang enam tahun penganjurannya program ini sudah membuktikan kejayaannya melahirkan ramai pelapis kepada penghibur sedia ada.

“Justeru, kami tidak melihat sebab mengapa program ini harus ditamatkan siarannya sedangkan ia mampu memenuhi apa yang diinginkan penonton dan memupuk semangat kekeluargaan.

“Sebagaimana tahun sebelumnya, kami melakukan pelbagai inisiatif bagi mempertingkatkan lagi pengisian program ini terutamanya dari segi pemilihan peserta,” katanya.

Harian Metro

Gadis Pisau Cukur

Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
nurul@bharian.com.my


Maya dan Fazura.

Buat pertama kali Maya Karin, Nur Fazura digandingkan dalam filem arahan Bernard Chauly

PISAU CUKUR nampaknya banyak mencatat sejarah tersendiri buat pelakon terbaik, Maya Karin. Filem terbaru arahan Bernard Chauly terbitan Red Communications Sdn Bhd, bukan saja melakar catatan kali pertama dia bekerja bersama Bernard dan syarikat produksi itu, malah filem komedi terbabit juga muncul filem sulung menggandingkan dirinya bersama seorang lagi aktres berbakat, Nur Fazura.

Namun akui Maya, biarpun julung kali beraksi di sisi Pelakon Harapan Festival Filem Malaysia (FFM) ke-17 itu, jelas sekali masing-masing tidak berdepan masalah, dek keserasian yang bagai semula jadi wujud antara mereka.

“Walaupun kali pertama berlakon bersama, kami memang dapat berasakan wujudnya keserasian antara kami berdua. Mungkin kerana itu, banyak babak yang kami lakon berdua dilihat menjadi.

“Saya amat menyukai gandingan ini kerana Fazura sendiri seorang yang cukup dinamik. Saya tidak mengenalinya dengan mendalam sebelum ini. Saya pernah digandingkan dengannya pada sesi fotografi untuk sebuah majalah hiburan. Tetapi, ketika itu, masing-masing malu untuk berbual panjang, cukup sekadar bertegur sapa.

“Kini, apabila kami ditemukan dalam Pisau Cukur, masing-masing berasakan wujudnya keserasian. Apatah lagi tidak banyak filem Melayu yang menampilkan dua watak perempuan utama.


DARI kiri: Aaron, Fazura, Maya dan Bernard membentuk kombinasi mantap dalam Pisau Cukur.

“Tidak juga saya nafikan, ada tanggapan mengatakan apabila dua aktres yang sedang meningkat ditemukan, pasti akan ada insiden ‘pergaduhan’ atau adegan ’siapa lebih hebat’. Namun perkara sebaliknya berlaku di set filem ini apabila masing-masing menunjukkan sikap tolong-menolong. Yang nyata, dengan sikap baik sebeginilah baru kita dapat hasilkan lakonan yang lebih berkesan,” ujar Maya ketika ditemui di lokasi filem itu di Hotel Federal, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bukan setakat Fazura yang mendapat pujian Pelakon Terbaik di dua festival filem antarabangsa ini, bahkan si pengarah, Bernard turut dianggap Maya sebagai sutradara yang jujur dalam melakukan kerjanya.

“Bekerja bersama Bernard amat menyeronokkan kerana dia tidak berselindung apabila melahirkan pandangan. Dia jujur dan berterus-terang. Baik atau buruk sesuatu babak yang kami buat, dia akan meluahkan pendapatnya. Jika baik, baiklah dan begitu juga sebaliknya,”ῠkata Maya.

Mengenai wataknya dalam filem yang turut dibintangi Aaron Aziz, Eizlan Yusof, Redza Minhat, Khatijah Tan, Umie Aida, Sharifah Sofia, Liyana Jasmay dan Nas-T itu, Maya berkata, Bella mewakili karakter yang belum pernah dilakonkan sebelum ini. Sebagai Bella, dia perlu menjadi wanita yang mengada-ngada dan kelakar. Watak itu juga kata Maya, lebih ringan berbanding beberapa filemnya yang terdahulu.

“Ketika pihak Red Communications mula-mula menawarkan saya watak dalam filem ini, saya terus berkata “ya” kerana daripada cerita yang mereka cuba gambarkan, saya sudah boleh bayangkan bagaimana hasilnya,” kata Maya yang lebih mengenali watak dan perwatakan dalam filem itu apabila mereka mengikuti sesi latihan beberapa bulan sebelum penggambaran dijalankan.

‘Usah ingat Intan wanita murahan’

JIKA Maya bekerja buat kali pertama bersama ‘team’ Red Communications, Fazura pula sudah biasa dengan mereka setelah terbabit dalam filem dan siri Gol & Gincu, sebelum ini.

Kata aktres dari Pahang ini, dia senang bekerja dengan pasukan produksi di bawah Bernard kerana mereka bersikap profesional dan cekap.

“Bukan saja pelakon dilayan dengan baik, malah pengarahnya sendiri seorang yang amat memahami. Antara kami bagai tidak ada sempadan, sebaliknya tidak ubah bagai sebuah keluarga. Memang ada masanya Bernard akan serius apabila dia perlu berbuat demikian, tetapi ada masanya dia dan Lina Tan (penerbit) bertepuk-tampar bersama kami semua,” puji wanita berusia 25 tahun ini.

Fazura turut berbangga dengan filem terbarunya itu yang dilihatnya sebagai filem komedi yang berbeza, dengan rentaknya lebih pantas dan bentuk filem itu sendiri yang seakan komedi telenovela.

“Setiap kali selepas melihat sesuatu babak kami lakukan, kami seperti yakin filem ini akan muncul sebuah penghasilan yang begitu baik dan menjadi,” tegas Fazura yang diberikan watak Intan.

Sebagai Intan, dia perlu menjadi wanita matang yang mengetahui apa diingini dalam kehidupan. Wanita itu juga mempunyai karier, tetapi dia inginkan sebuah kehidupan senang-lenang.

“Namun jangan ingat Intan seorang wanita murahan,” pesan Fazura sambil ketawa.

Lebih menyeronokkan dirinya apabila gandingannya kali ini ialah aktres dihormati ramai, Maya Karin.

“Kami berkongsi bentuk pemikiran lebih kurang serupa. Kami tidak bersaing sesama sendiri di lokasi, sebaliknya bekerjasama sebagai kakak dan adik.

“Pendek kata, tidak ada perbezaan antara kami berdua dan pengalaman bekerja dengannya sesuatu yang cukup menyeronokkan. Saya sendiri tidak dapat bayangkan, siapa lagi pelakon wanita yang sesuai untuk watak berkenaan selain Maya,” ujarnya.

Sinopsis:

APA akan terjadi apabila mangsa dan pemburu sama-sama terperangkap di atas sebuah kapal percutian mewah? Dua gadis pisau cukur, Intan dan Bella, bertembung dengan tiga Datuk, tiga isteri Datuk, dua anak Datuk, seorang detektif dan seorang peminat setia Bella. Siapakah yang memburu dan siapa pula diburu? Dalam pelayaran penuh kejutan dan kelucuan, apa-apa pun boleh terjadi. Pisau Cukur menemui penonton di pawagam pada 2009.

INFO: Maya Karin Nama: Maya Karin Roelcke Tarikh Lahir: 29 Oktober 1979 Tempat Lahir: Bayreuth, Bavaria, Jerman Profesion: Pelakon, Penyanyi, Model, Pengacara Status: Berkahwin Suami: Muhammad Ali @ Steven Shorthose Filem: No Problem, Pontianak Harum Sundal Malam, Pontianak Harum Sundal Malam II, Mr Cinderella 2, Tujuh Perhentian, Waris Jari Hantu, Anak Halal, 1957: Hati Malaya, Duyung, Punggok Rindukan Bulan, Pisau Cukur Album: Erti Cinta, Bukan Qalamaya Pencapaian: Artis Baru Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2001 (ABPBH2001); Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Asia Pasifik Ke-49 di Fukuoka, Jepun (2004); Pelakon Terbaik Festival Filem Fantasi dan Seram Estepona, Malaga, Sepanyol (2005); Pelakon Filem Wanita Popular ABPBH2005; Aktres Filem Pilihan Anugerah Oskar Ke-6; Pelakon Wanita Terbaik FFM21.

INFO: Fazura Nama: Nur Fazura Sharifuddin Tarikh Lahir: 27 September 1983 Tempat Lahir: Pekan, Pahang Profesion: Pelakon, Pengacara, Model Status: Bujang Filem: Bicara Hati, Senario XX, Qaisy & Laila, Gol & Gincu, Kayangan, Selamat Pagi Cinta, Kantoi, Pisau Cukur Pencapaian: Pelakon Harapan Terbaik FFM17

Berita Harian

Chauly The Comic


Chauly (right) with the Pisau Cukur cast (from left) Aaron, Fazura and Maya.

Bernard Chauly’s Pisau Cukur is the filmmaker’s maiden attempt at comedy. HIZREEN KAMAL finds out more from the director about the movies promising

razor-sharp humour.

Chauly (right) with his Pisau Cukur production crew.

ON the set of a film shoot at Astaria Apartment’s swimming pool in Ampang, Bernard Chauly sits calmly in the director’s seat with a loud hailer in his hands.

As soon as he calls “cut!”, the young director plonks on the nearby white poolside chair and speaks candidly of his latest effort, romantic comedy Pisau Cukur, the movie he is filming.

The movie, whose script is written by Rafidah Abdullah of 3R fame, is due to be released next year.

Co-produced by Red Films and Grand Brilliance Sdn Bhd, the film marks Chauly’s first attempt at comedy.
Pisau Cukur is about two young women Bella (Maya Karin) and Intan (Nur Fazura Sharifudin) who hook up with men for material gain.

So into the picture come three Datuks, their respective wives, a private detective and a die-hard fan of Bella’s.

They’re all “trapped” on board a luxury cruise liner where the adventure is played out. A bit of mystery is thrown in as well.

The movie also stars Aaron Aziz, Eizlan Yusof, Umie Aida, Datuk Rahim Razali, Liyana Jasmay, Sharifah Sofea, Khatijah Tan and Nas-T, with cameos by Nabil of Raja Lawak, Afdlin Shauki, Nabila Huda, Yasmin Yusuff and Rafidah.

“It’s a romantic comedy with a twist, really. It has a tight script by Rafidah, easily the sharpest script she has ever written. It’s a great challenge and inspiration to me,” he said.

With two leads (Maya and Fazura), there are two intersecting storylines - one a romantic story, while the other has an investigative plot line.

“There are huge challenges in doing a comedy. It’s not easy to make people laugh but I will try my best to deliver,” he said.

“In this film, the audience will find comedy in everything, from the witty lines, the juicy plot lines, the acting, the fun wardrobe and even the music score.

“I am exploring a rather fresh style and tone for comedy here with a new treatment for the story and characters.”

Pisau Cukur features punched-up realism and is made to feel unnatural - the wardrobe, the characterisation and the acting are all slightly larger-than-life.

“And it’s in this that I think the fun and comedy are going to come from,” said Chauly.

“But it’s not over-the-top melodramatic,” he added, citing Sex and the City and Desperate Housewives as references for the film.

Chauly uses the green screen for special effects. However, the computer-generated images would only constitute 20 per cent of the film.

“Skies and seas are going to be spectacular. It’s going to be beautiful,” he declared, adding that, even though the movie is about a holiday on board a ship, most of the scenes are recorded in a studio, with some scenes shot in the Klang Valley and Port Dickson.

While comedy definitely takes centre stage, Chauly said that the movie is also a character-driven film. “The audience will be able to feel with the characters and follow their transformation throughout the movie. There’s a lot of heart in the romance, while the friendship between Intan and Bella is fun and feisty,” he said.

In 2005, the 35-year-old delighted local audiences with Gol & Gincu. Never mind that it only collected RM700,000 at the box office, the movie created a buzz and saw a spin-off television series, aired over 8TV, which went on to become one of the highest rated shows for the station.

Since then, Chauly’s fresh approach to film directing has won over many, with his fans waiting in anticipation for his next movie.

“I have worked with Fazura in both the movie and TV series

(Gol & Gincu), but not Maya.

“I would not have chosen Maya solely on her popularity. I spoke to her earlier about the role, and asked her to come in for a couple of reads and also to see how well she worked with different actors. It wasn’t an audition but an opportunity to become comfortable with each other as we haven’t worked together before.

“I must say I respect Maya for her hard work, determination and instincts.”

Chauly said Pisau Cukur is punchy and hence all lines must be delivered well.

“It’s an entertaining style and both of them have what it takes,” he said, adding that there would be a dance scene where Maya will be doing the cha cha.

Chauly, who is already embarking on another project, the film Nenek Unta, hopes that the “Maya-Fazura combination” would draw moviegoers.

On his expectations for the movie, he said: “Well, we don’t make films to ’syok sendiri’ (please ourselves). We want people to enjoy them and also get the film’s message.”

“We want it to be profitable too,” he said, adding that there’s a possibility for a spin-off TV series, but for now, he just wants to see the film do well.

“The film’s plot lines and characters may be a little urban, but I think it’s going to attract the masses as well. Everyone knows someone who is materialistic and so, yes, I believe it has universal appeal. Besides, it’s not stereotyped comedy.”

Chauly, who is also Red Communications creative consultant, is also busy travelling to and fro between Kuala Lumpur and Manila to oversee the Gol & Gincu TV series due to be aired over Manila’s TV5 channel.

Called Goal & Girls, the Philippine version in Tagalog features a new Filipino cast.

He is also working on a television series called Blogger Boy, slated for release over 8TV next year.

New Straits Times