Archive for the ‘Sharifah Amani’ Category
Yasmine Perlukan Duit
Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my
FILEM terbaru arahan Yasmin Ahmad, Muallaf belum siap, tetapi sudah dilamar untuk menyertai Festival Filem An tarabangsa Locarno (FFAL) di Switzerland yang bakal ber langsung pertengahan Ogos ini.
Sebelum ini, filem Mukhsin arahan Yasmin mencipta sejarah apabila berjaya di tiga festival filem antarabangsa iaitu Crystal Bear (Special Mention Generation Kplus), Best Feature Filem dan Duetsches Kinderhilfswerk Grand Prix di 57th Berlin International Film Festival (BIFF), Best Asean Film Di Cinemanila 9th International Film Festival dan Silver Ha noman Award di Jogja-Netpac Asian Film Festival.
Bagaimanapun tawaran terbaru yang diterima Yasmin ini membuatkan pengarah yang menjadi sebutan selepas ke jayaan Sepet dan Gubra serba salah sama ada menerimanya atau sebaliknya.
Ini kerana Muallaf belum siap sepenuhnya sedangkan ia perlu dihantar kepada penganjur secepat mungkin, tetapi Yasmin menghadapi masalah kewangan bagi menyudahkan kerja pasca produksi Muallaf.
Yasmin mengharapkan bantuan daripada media dan badan tertentu bagi membolehkan Muallaf menyertai FFAL yang dianggap terbesar oleh kebanyakan penggiat filem dunia selepas Berlin, Cannes dan Venice.
Katanya, untuk menyertai FFAL dia perlu menyediakan salinan Muallaf yang sudah lengkap sedangkan pada masa ini filem itu belum siap sepenuhnya dan perlu menjalani proses akhir di Bangkok, Thailand.
“Walaupun FFAL hanya akan berlangsung Ogos ini, proses akhir Muallaf memakan masa dan harus dilakukan dengan kadar segera. Untuk mempercepatkan proses itu tentu per lukan belanja dan saya kekurangan sumber kewangan.
“Saya sangat memerlukan bantuan mana-mana pihak. Jika tidak dapat mengatasi masalah ini, saya terpaksa melupakan tawaran itu,” katanya.
Yasmin berkata, tawaran menyertai FFAL diterima sewaktu dia diundang menjadi juri di BIFF, Mei lalu.
Pegawai di FFAL, Paolo Bertolin meminta salinan asal Muallaf yang belum siap untuk diproses dan disunting. Selepas menontonnya Bertolin menggemari Muallaf dan mahu menghantarnya menyertai festival itu.
“Pada awalnya saya ketawa kerana tidak yakin karya saya boleh menyertai festival berprestij itu. Bagaimanapun apabila dimaklumkan mereka berita baik itu, saya terkejut. Tambahan pula saya memang sudah lama mengagumi FFAL. Tidak sangka mereka memilih Muallaf.
“Bagaimanapun saya tidak pasti sama ada Muallaf akan dipertandingkan, tetapi menurut wakil di sana, mereka berminat untuk menayangkan filem itu pada hari pembukaan FFAL,” katanya.
Yasmin berkata, dia tidak terlalu mengharap Muallaf yang menampilkan Sharifah Amani, Brian Yap, Sharifah Alesya, Ning Baizura dan Datuk Rahim Razali sebagai pelakon utama menang apa-apa anugerah.
Katanya, dijemput untuk tayangkan Muallaf pada hari pembukaan di FFAL itu pun sudah saya anggap satu peng hormatan besar.
“Kalau ia dipertandingkan dan menang anugerah, saya bersyukur. Sewaktu filem Mukhsin memenangi anugerah di 57th BIFF dulu pun satu kejutan kerana saya tidak sangka ia dipertandingkan,” katanya.
Mengenai tayangan Muallaf di sini, Yasmin berkata, penerbit Muallaf, MHz Film masih menunggu kelulusan daripada Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) dan dijangka mendapat jawapannya dalam masa dua minggu lagi.
Sebelum ini Muallaf menimbulkan kontroversi memba bitkan pelakon utamanya Sharifah Amani atau Nanie yang terpaksa membotakkan kepalanya bagi menjayakan watak Rohani sewaktu penggambaran Muallaf di Ipoh, Perak pada Jun tahun lalu.
Dalam filem itu Rohani diseksa bapanya (Rahim Razali) dengan memotong dan membotakkan kepalanya sehingga menyebabkan dia mengambil keputusan keluar dari rumah dan dibantu lelaki Cina.
Yasmin menegaskan apa yang dilakukan Nanie untuk filem kelima arahannya bukanlah semata-mata mencari gimik, sebaliknya ia diperlukan bagi menunjukkan trauma cukup mendalam dihadapi Rohani selepas berhadapan dengan tindakan bapanya yang kejam terhadap anak-anak.
Harian Metro
Dunia Mawi: Titik Mula
ASSALAMUALAIKUM dan salam ceria. Minggu ini saya sibuk di lokasi penggambaran Notti terbitan KRU Studios. Filem arahan Azhari Zain ini diterajui penyampai radio popular, Fara Fauzana dan turut dijayakan ramai pelakon, antaranya Nabil, Bob Lokman, Cat Farish, Adam Korie, Acapan, Adibah Noor dan Sazzy Falak.
Menerusi filem ini saya memikul watak Ajis, pemuda berprinsip, sangat berhati-hati dan pentingkan kesempurnaan. Penggambaran untuk karektor ini mengambil masa lapan hari.
Jika dalam Aduh Saliha saya di alam bunian, Notti yang dijangka ditayangkan di seluruh negara tahun depan pula mengisahkan dunia jin dan manusia.
Filem ini menuntut saya melakonkan banyak aksi lasak dan seni pertahanan diri. Bagi pendatang baru seperti saya, sudah pasti ia sangat mencabar.
Dengan bimbingan jurulatih dan pelakon lagak ngeri, saya mempelajari teknik pertahanan diri. Menariknya, aksi babak bertarung dalam filem ini menggabungkan beberapa jenis seni pertahanan diri, termasuk silat dan tomoi. Mujur saya ada asas persilatan, ia sangat membantu ketika beraksi depan kamera.
Paling mencabar ialah aksi saya berlari dan berpijak di atas meja, kemudian terbang dan harus pastikan lutut kena tepat pada ‘musuh’. Aksi itu membahayakan, tetapi saya tetap mahu melakukannya tanpa bantuan pelakon lagak ngeri.
Ketika latihan babak itu, kaki saya terseliuh dan lutut pula terhentak. Walaupun sakit, ia tidak mematahkan semangat saya. Selepas rasa sakit hilang, baru penggambaran sebenar dilakukan. Alhamdulillah, hasilnya memenuhi kehendak pengarah.
Saya puas dapat lakukan aksi lasak dengan sepenuh hati. Saya berharap Notti menjadi titik permulaan lebih serius dalam dunia lakonan.
Memang hasrat saya muncul dengan sesuatu yang baru tahun ini dan diharap Notti membawa tuah kepada saya.
Ini kerana saya bukan saja mahu dikenali sebagai penyanyi, tetapi juga pelakon dan tulang belakang Mawi Entertainment yang menyumbang kepada industri seni tanah air.
Bercerita pengalaman berlakon di samping Fara, ia sangat menyeronokkan. Tidak sukar untuk kami mencari keserasian kerana sudah lama kenal. Lagipun, sikapnya yang kelakar dan peramah sangat menghiburkan.
Begitu juga Azhari, walaupun ini filem pertamanya, saya tidak meragui kemampuan dan kredibilitinya. Bagi saya, Azhari mudah dibawa berbincang dan sangat idealistik.
Jika siang di lokasi penggambaran, sebelah malam pula saya di studio merakam album Qasidah 2. Biarpun jadual padat, saya tidak kisah.
Ramai peminat bertanya bila album ini akan ada di pasaran dan kerana itu saya mahu pembikinannya diselesaikan secepat mungkin.
Seboleh mungkin saya tidak mahu peminat menanti terlalu lama dan sangat menghargai kesetiaan mereka.
Dalam pada itu, saya sempat berkejar ke Shah Alam untuk melakukan penggambaran komersial terbaru Silky yang mempromosi dua wangian baru iaitu Brave dan Hope, Selasa lalu.
Seperti iklan terdahulu, Silky menggunakan khidmat sutradara ternama, Yasmin Ahmad sebagai pengarah iklan.
Iklan itu lucu kerana saya bercakap dalam bahasa Inggeris dengan dialog yang sangat sinikal ditujukan kepada Sharifah Amani. Penggambaran itu mengambil masa lima jam.
Aktiviti minggu ini dinoktahkan dengan persembahan di majlis anjuran DCL. Sebagai duta produk syarikat ini, saya sangat berbesar hati memeriahkan jemputan. Diharap mereka berpuas hati dan terhibur dengan dendangan lagu saya.
Inilah yang dapat saya kongsi dengan anda, insya-Allah minggu depan saya akan kembali dengan coretan lebih menarik. Akhir sekali, jangan lupa praktikkan apa yang wajib.
Sekian, wassalam.
Harian Metro
Word Has It…: Crowning Moment
A scene from director Mamat Khalid’s Kala Malam Bulan Mengambang, which is in the running for Best Film at FFM21.
Which film will be crowned the king of local moviedom this coming 21st Malaysian Film Festival?
COME August, the spotlight at the 21st Malaysian Film Festival (FFM21) will be on Putrajaya.
Themed “Towards Excellence in Malaysian Cinema”, this year’s festival is said to raise the bar of local film industry with innovative and state-of-the-art technology.
It is jointly organised by the Malaysian Film Development Corporation and the Federation of Malaysian Film Associations with the support of the Ministry of National Unity, Culture, Arts and Heritage.
A host of activities will be held leading up to the awards night at the Putrajaya International Convention Centre (PICC) on Aug 9.
Moviegoers can expect free movie screenings at various cinema halls in Cathay Cineleisure in Damansara, Tanjung Golden Village in Suria KLCC and Golden Screen Cinemas in Alamanda, Putrajaya.
There will also be a series of meet-and-greet sessions by local stars at various shopping malls next month.
It kick-starts on July 6 at Jaya Jusco in Balakong, followed by The Mines, Seri Kembangan (July 13), PKNS Complex, Bangi (July 20) and Alamanda, Putrajaya (July 27).
A pre-festival concert is expected to take place at the Dataran Merdeka in Kuala Lumpur on Aug 2 at 8pm.
The FFM21 launching ceremony, which includes a film premiere, will be held at Alamanda Putrajaya on Aug 8 at 8pm.
This will be followed by a two-night film seminar at PICC, starting Aug 8.
The awards presentation, which is scheduled to take place at PICC on Aug 9, will be the culmination of the film festival. The event will kick off at 8.30pm.
A total of 150 films will be competing at this year’s festival.
This includes 29 feature-length films, 50 short films, 30 each of animations and documentaries, and five digital films.
Which film will bag the festival’s most coveted award this time? We’ll just have to wait and see…
- LAST week, a renowned film producer, who has been tirelessly churning out a series of comedies since he burst onto the scene in early 2000, chatted with some entertainment journalists at a local event in Kuala Lumpur.
Among some of the things he commented on was the “sprucing up” of the entertainment section of a Malay daily by its recently-appointed editor.
He said he liked the new tabloid-sized newspaper. This left the editor perplexed as the section had always been a tabloid!
- “MALAYSIA Boleh!” This could well be the case, if local movie Cinta makes headway in Bollywood this year.
According to sources, a veteran Bollywood producer is said to be interested in doing a remake of Cinta, the award-winning love story directed by Kabir Bhatia who hails from India.
The movie fared fairly well at the box office after it hit the RM2 million mark when it opened at local theatres in 2006.
The film also bagged several accolades at the 20th Malaysian Film Festival, including the much-coveted Best Film.
Cinta boasts an A-list cast including Fatimah Abu Bakar, Rahim, Rita Rudaini, Nanu Baharuddin, Rashidi Ishak, Sharifah Amani, Que Haidar, Pierre Andre and Eizlan Yusuff.
The Bollywood producer is said to be finalising the deal with production house Grand Brilliance Sdn Bhd.
Filming is expected to take place in Malaysia by the end of the year. Apparently, he has also requested Kabir to direct it. Syabas!
Powered by New Straits Times