KaoPehKaoBu » Jaafar Onn
Pak Engku Makin Laku
Oleh Elrafaei Sapi
ahmadelrafaei@hmetro.com.my
Rap
TERKENAL dengan masakan Melayu, nama Raja Rosly Raja Mazlan atau lebih popular dengan panggilan Pak Engku bukan asing dalam persada seni hiburan tanah air. Malah di kalangan artis, Pak Engku dikenali ramai kerana keenakan masakan yang dipersembahkan hingga menerima banyak tempahan untuk acara kenamaan, majlis perkahwinan mahupun berbuka puasa.
Pak Engku yang menguruskan perniagaan Kuzie Catering selama 15 tahun kini mampu berbangga dengan pencapaiannya dalam bidang masakan. Digelar chef selebriti, Pak Engku sebelum ini terbabit dalam pelbagai acara seperti majlis perkahwinan Datuk Siti Nurhaliza bersama Datuk Khalid Mohd Jiwa dan turut menganjurkan Konsert Seroja Bersama Mawi yang diadakan dua tahun lalu.
Dalam majlis perkahwinan penyanyi popular Ning Baizura bersama Omar Sharif Christopher Layton Dalton pada 2 Februari lalu, Pak Engku juga bertanggungjawab  menyediakan masakan kampung kepada tetamu. Bagi mereka yang pernah menikmati masakan Pak Engku pasti mengetahui betapa istimewa sajian Melayu yang diperkatakan ramai.
Namun, ketibaan Ramadan pada tahun ini tidak menutup rezeki sebaliknya Pak Engku masih sibuk memenuhi tempahan majlis berbuka puasa. Malah sebelum Ramadan menjelang, pada 12 Ogos lalu, Pak Engku terbabit dalam penyediaan jamuan Aidilfitri sempena rakaman program TV, Teratak Siti Nurhaliza yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.
Pada kesempatan bulan mulia ini, Pak Engku tidak melupakan tanggungjawab untuk bersedekah apabila mengadakan majlis berbuka puasa bersama artis, pihak media dan anak yatim. Dalam majlis berbuka puasa yang diadakan di  Wisma PKPS, Persiaran Perbandaran, Shah Alam Selangor, baru-baru ini, Pak Engku meraikan lebih 500 tetamu yang hadir di samping pelbagai aneka masakan Melayu yang lazat.
“Sejak awal Ramadan, sambutan yang diterima daripada pengunjung begitu menggalakkan. Sudah tentu aneka masakan Melayu menjadi tarikan kepada pengunjung yang mahu merasai masakan dari hidangan lauk-pauk hingga kuih-muih tradisional.
“Di sini, pengunjung berpeluang merasai keenakan masakan Kuzie Catering seperti kuih lopes, apam balik, mi rebus Kuala Langat, laksa Sabak Bernam, gulai daging kawah dan tiga jenis asam pedas yang tentu membangkitkan selera.
“Sebagai anak jati Selangor dari Kampung Batu Laut, Kuala Langat, saya berbangga untuk menggunakan nama tempat di Selangor sebagai nama masakan saya. Kepelbagaian resipi dalam masakan Melayu ini menjadi keistimewaan kepada pengunjung.
“Walaupun Ramadan, saya tetap menerima banyak tempahan untuk majlis berbuka puasa termasuk jamuan Aidilfitri nanti,” katanya.
Pak Engku, 48, menyatakan populariti masakannya hadir daripada resipi kedua ibu bapanya yang sebelum ini pernah bekerja sebagai tukang masak istana. Lalu, tidak hairan masakan Pak Engku begitu popular di kalangan tetamu kenamaan (VIP) hingga menjadi sebutan artis yang mahu menggunakan perkhidmatan katering.
Dalam majlis berbuka puasa kali ini, beberapa selebriti turut hadir antaranya Jeffrydin, Jaafar Onn, Rohana Jalil, Nash Lefthanded, Raja Azura, Maya, Nabil Raja Lawak dan artis Akademi Fantasia, Haziq bersama Farhan. Pada majlis itu, Pak Engku juga menyampaikan sumbangan duit raya kepada 34 anak yatim dari Yayasan Al-Ijabah, Subang Jaya, Selangor.
Nasib Saya Baik – Nassier Wahab
Oleh NIEZAM ABDULLAH Foto ROY AZIS ABD AZIZ
Nassier ditemani pembantu peribadinya Alif  di hospital  kerana cedera akibat kebakaran yang berlaku.
Penyanyi Nassier Wahab menghadapi satu ujian getir apabila rumahnya di USJ, Subang Jaya terlibat dengan kebakaran pada petang Rabu lalu.
Kejadian yang berlaku itu menyebabkan kedua belah tangan Nassier mengalami kecederaan sementara kedua-dua belah kakinya melecur. Tetapi Nassier bernasib baik kerana dalam kejadian itu beliau tidak mengalami kecederaan parah.
Itulah dinamakan takdir. Malah Nassier tak habis-habis mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana kebakaran yang berlaku itu tidak melibatkan kehilangan jiwa.
Ketika menziarahi beliau di sebuah hospital swasta di Subang Jaya pada malam 14 Mei lalu, kata Nassier kira-kira tiga minggu lalu rumahnya itu sudah mengalami litar pintas.
Ketika itu suis utama di dalam rumah teres dua tingkat tersebut tiba-tiba meletup mengakibatkan wayar dalam rumahnya terbakar.
Bagaimanapun nasib Nassier agak baik kerana kejadian yang berlaku itu tidak serius sebaliknya ia meninggalkan kesan hitam di dinding kerana asap akibat kebakaran berkenaan.
“Kerana peristiwa itu saya sudah melakukan kerja-kerja menggantikan sistem pendawaian elektrik yang baru selain mengecat semula rumah untuk mengelak kejadian yang lebih buruk,” katanya.
Malangnya pada petang Rabu lalu, suis utama itu mengalami kejadian serupa mengakibatkan bekalan elektrik di dalam rumahnya itu tiba-tiba terputus.
Kata Nassier ketika berusaha untuk menghidupkan semula suis itu, beliau menghidu bau busuk seperti asap dan terus mencari punca kebakaran.
Tanpa menyedari, bau busuk itu rupanya datang dari bilik persalinan yang terletak pada tingkat bawah bersebelahan dapur rumahnya.
Ketika turun ke bawah Nassier telah melihat api di dalam bilik berkenaan begitu marak dan dia terus meminta tolong jiran sebelah rumahnya.
“Dalam keadaan kelam kabut itu saya terus berusaha memadamkan api sambil mengangkat beberapa barang penting di dalam bilik.
“Tanpa saya sedari terdapat beberapa barangan plastik yang terbakar menyambar tangan saya.
“Ketika itu juga kedua belah kaki saya terpijak percikan api sehingga menyebabkan ia melecur” katanya.
Bagaimanapun nasibnya baik kerana ada jiran yang membantu memadamkan kebakaran itu dan menghantarkannya ke hospital sebelum memanggil bomba.
Semasa kejadian isterinya Fatimah Abd. Rauf,45, dan anaknya Intan Najihah,11, tiada di rumah. Kejadian itu membuatkan Nassier begitu fobia untuk tinggal di rumah berkenaan.
Malah dia berhasrat untuk berpindah kerumah barunya di Shah Alam bagi memastikan kejadian berkenaan tidak berulang.
Kata Nassier, selain bersyukur kerana terselamat, dia juga bernasib baik kerana tidak pengsan akibat terlalu banyak menghidu asap semasa kebakaran.
Lebih membimbangkan Nassier sendiri menghidap penyakit asma yang secara tidak langsung boleh memberi kesan terhadap pernafasan sekiranya terlalu banyak menghidu asap.
“Saya dapat bayangkan apa akan terjadi jika pada ketika itu saya pengsan di dalam rumah. Tentu saja kebakaran itu mengakibatkan berlaku perkara yang tak diingini terhadap saya,” katanya.
Apa-apa pun kata Nassier dia menganggap kejadian yang berlaku itu mempunyai hikmahnya tersendiri.
Dalam masa yang sama Nassier turut mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan artis yang melawatnya seperti Jaafar Onn, Salwa Abdul Rahman dan Rohana Jalil.