Skip to content

Posts from the ‘Britney Spears’ Category

20
Aug

Gaya Rambut Baru Spears




Spears

LOS ANGELES – Penyanyi terkenal, Britney Spears mendedahkan fesyen rambut kerinting ketika dia menghadiri satu parti di Hollywood sebelum majlis Anugerah Muzik Video MTV berlangsung, lapor sebuah akhbar semalam.

Bintang bermasalah itu juga kelihatan berkulit sawo matang dan berkilat setelah dia dipercayai berjemur di Mexico bersama bekas teman lelakinya, George Maloof.

Spekulasi terus memuncak bahawa dia akan mengadakan persembahan sebagai usaha untuk memulihkan imej setelah menerima banyak kecaman ketika melakukan persembahan pada acara pembukaan anugerah tersebut pada tahun lalu.

Spears juga dicalonkan dalam kategori anugerah Video Terbaik, Video Wanita Terbaik dan Video Pop Terbaik untuk lagu Piece of Me. Pada minggu lalu, Spears dilihat menghabiskan masa bersama Maloof, 44, di Cabo San Lucas.

Dia dipercayai kembali intim bersama Maloof setelah pemilik kasino Palms di Las Vegas itu berjanji akan membantu melonjakkan semula karier nyanyiannya. – Agensi

Kosmo