Dengarnya…: Vanidah Kembali Ke Pentas Teater





Vanidah Imran

NAMPAKNYA 2009 akan menjadi tahun untuk pelakon Vanidah Imran kembali ke pentas teater. Cik Normah dapat tahu, isteri kepada Rashidi Ishak ini memang cukup rindukan dunia teater, apatah lagi berada di atas pentas untuk menghiburkan tetamu yang hadir. Teater pertama yang dilakonkannya ialah Megat Terawis. Tahun ini saja, Cik Normah difahamkan yang Vanidah akan berlakon dua teater dan salah satunya masih dalam peringkat perbincangan.

Teater yang sudah pasti akan menampilkan Vanidah ialah teater Sirah Junjungan yang dijadualkan pementasannya di Istana Budaya pada 9 hingga 22 Mac ini. Teater arahan Erma Fatima ini akan dipentaskan buat kali kedua selepas dipentaskan pada tahun lalu. Setakat ini, Cik Normah belum pasti lagi siapa pelakon lain yang akan terbabit.

Sebut mengenai teater memang Cik Normah ini antara peminat setia medium hiburan ini. Lagi pun dulu sewaktu zaman belajar, Cik Normah memang aktif berteater, malah pernah dinobatkan sebagai Pelakon Teater Wanita Terbaik. Tak sabar Cik Normah nak luangkan masa menonton teater muzikal Puteri Gunung Ledang musim ketiga Februari ini. Lepas itu, Mac pula, Cik Normah nak tengok teater Sirah Junjungan. Boleh Cik Normah ajak suami tersayang menonton sekali, sebab dia pun minat teater. Serasi bersama kan kami!

Rezeki Vanidah juga semakin lebat kerana dia kini menjadi duta produk minuman kolagen jenama Mayfirst yang turut menjadikan AC Mizal dan Datuk Jalaluddin Hassan sebagai duta produknya. Ada tak yang perasan iklan Vanidah menari dengan suaminya, Rashidi. Haa… itulah iklan yang Cik Normah maksudkan. Kontraknya bersama suami dengan Dumex Dugro hingga 2010 ini. Alhamdulillah, Cik Normah tumpang senang.

Berita Harian

This entry was posted in AC Mizal, Erma Fatima, Jalaluddin Hassan, Vanidah Imran. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>