Waheeda Akui Tengok Wayang, Tapi Lain Filem…



KL, 14 JAN 2009:  Berkali-kali Murai Batu baca semula rencana gosip yang Murai Batu tulis sendiri tentang Waheeda dan Ustaz Akhil Hayy yang disiarkan dalam portal ini pada 7 Januari lalu.

Bukan apa, Murai Batu nak pastikan apa yang Murai Batu tulis. Kalau anda hendakkan kepastian, bacalah kembali gosip itu. Kalau rasa malas hendak buka arkib itu, di sini Murai Batu turunkan sendiri petikan tulisan itu.

Antara yang Murai Batu cakap adalah “Nak tengok wayang bukannya satu crime (kesalahan/ jenayah dsb) sebab Murai Batu pun kaki wayang. Tentang gosip dia orang berkahwin atau tidak, Murai Batu sendiri tak pernah ambil pot (peduli) tapi janganlah menafikan sangat ada hubungan (bermaksud kawan, persahabatan dsb).”

Baiklah. Pagi tadi Murai Batu sudah membaca penjelasan daripada Waheeda kepada Hip, Berita Harian. Murai Batu tersentak dan kemudian tersenyum sendirian.

Murai Batu ingatkan Waheeda hendak menafikan bahawa dia TIDAK PERNAH keluar menonton wayang bersama Ustaz Akhil pada malam itu. Rupanya Waheeda akui dia MEMANG pergi menonton wayang di panggung itu cuma filem yang ditonton berbeza dan yang mengejutkan, mereka akhirnya duduk bersebelahan di dalam panggung yang sama, atas sebab-sebab tertentu seperti yang diceritakan panjang lebar di bawah!

Jadi Murai Batu ingin tegaskan di sini, Murai Batu bukanlah silap orang, jauh sekali mahu mereka cerita dan membuat fitnah. Dan kalau Waheeda berkata dia ada menyimpan tiket filem KM31, Murai Batu pun ada tiket pada malam itu dan kami duduk di Barisan E, satu baris di depan mereka.

Kita sama-samalah menilai apa yang ditulis dalam Berita Harian hari ini. Dan Murai Batu ingin jelaskan di sini, segala komen tentang gosip perkahwinan mereka itu (sama ada benar atau tidak) yang disiarkan dalam murai.com.my adalah komen peminat semata-mata. Perkara ini sudah lama tersebar dalam Internet sejak dulu lagi kerana gosip mereka sudah lama tercetus, bukan pada saat kes menonton wayang ini semata-mata.

Jadi asasnya di sini, Murai Batu sudah mendapat jawapan daripada Waheeda sendiri bahawa kejadian tengok wayang TETAP berlaku pada malam itu, ada drama tersendiri, sebab-musabab dan mereka berdua mungkin sekadar bersahabat selama ini, wallahualam…

Kronologi Wayang di 1 Utama (petikan Hip, Berita Harian)

# Waheeda dan Akhil Hayy menonton wayang pada sebelah malam dan rancangan itu dilakukan pada saat akhir. Waheeda sepatutnya ditemani kawan baiknya, Naurah. Namun Naurah tidak dapat datang pada saat akhir.

# Menurut Waheeda, mereka menonton filem berbeza dalam berlainan panggung. Akil menonton filem IP Man pada jam 11.55 malam manakala Waheeda menonton filem KM31 pada 12.10 tengah malam.

# Mereka datang menaiki kereta milik Waheeda kerana kereta milik Ustaz Akhil mengalami kemalangan teruk di Putrajaya.

# Sebelum menonton wayang pilihan masing-masing, Waheeda mengakui yang dia agak keletihan dan hampir hilang mood untuk menonton wayang hingga membuatkan dirinya membuat keputusan untuk menunggu saja Akhil dalam keretanya sementara menunggu filem IP Man habis ditayangkan.

# Hasrat Waheeda itu membuatkan Akhil berpendapat daripada membahayakan dirinya menunggu seorang diri di dalam kereta, dia sanggup untuk pulang ke rumah dengan menaiki teksi dan menyuruh Waheeda balik dulu ke rumah dengan keretanya.

# Bagaimanapun, Waheeda mengubah fikiran dan menonton filem pilihannya juga sehingga habis kerana tidak mahu membiarkan Akhil pulang dengan teksi.

# Selesai menonton filem IP Man, Akhil masuk ke panggung KM31 beberapa minit sebelum filem tontonan Waheeda berakhir. Dia hanya duduk di tepi tangga di dalam panggung, sebelum Waheeda memanggil Akhil duduk di sebelahnya yang kebetulan kosong.

# Selesai tayangan filem itu, lampu pawagam dinyalakan dan secara jelas kelibat mereka di dalam pawagam kelihatan termasuklah penulis gosip portal murai.com.my yang kebetulan turut berada di tempat yang sama.

MURAI BATU: Tak sangka pula Waheeda mengaku mereka rupanya datang satu kereta. Itu Murai Batu tak pernah tahu, cuma baru baca di Berita Harian.

Murai

Leave a Reply