Signatur Cetakan Perancis



Oleh IZYAN LIYANA MOHD DARIF
izyanliyana.mdarif@kosmo.com.my

Label Sofira semakin rancak menampilkan pelbagai koleksi busana yang sesuai digayakan ke majlis koktel, santai, kasual dan malam.

USIA jenama Sofira masih hijau dalam industri fesyen tempatan. Sungguhpun begitu, jenama ini sudah berjaya melebarkan koleksi pakaian di peringkat antarabangsa. Ternyata, keberanian menempatkan diri di kota United Kingdom, Perancis dan Amerika Syarikat membuatkan label Sofira yang baru mencecah usia tiga tahun mula dikenali oleh peminat fesyen luar negara.


DIANA FAISAL

Sejak diasaskan sekitar tahun 2006 oleh Datin Diana Faisal, koleksi Resort Wear muncul sebagai himpunan pertama Sofira yang dilancarkan khas buat mereka yang gemar bercuti dan melancong.

Melihat sambutan yang cukup memberangsangkan daripada pencinta fesyen, label Sofira semakin berani menampilkan pelbagai koleksi busana yang sesuai digayakan ke majlis koktel, santai, kasual dan malam.


KOLEKSI Sofira sesuai dengan gaya hidup wanita moden kini.

Tanpa memerlukan rekaan fesyen yang sarat dan menggunakan material yang selesa dengan cuaca di Malaysia, koleksi Sofira masih mampu tampil menarik dan anggun.

Butik Sofira menawarkan rekaan versatil dan dicipta khusus buat semua golongan wanita tanpa mengira usia dan kedudukan.

Ini terbukti apabila Sofira melancarkan koleksi Illuminer (lukisan Perancis) pada Minggu Fesyen Antarabangsa Malaysia (M-IFW) yang memasuki tahun keenam anjuran Malaysian International Fashion Alliance (MIFA).


KANAN: CORAK campuran warna-warna terang di bahagian depan menceriakan busana.
KIRI: PADANAN seluar pendek dan tali pinggang hitam menyerlahkan gaya santai.

Ketua Pereka Sofira, Judith Yeoh menjelaskan, rekaan terbaru itu menggambarkan transformasi institusi fesyen mereka. Selepas memeriahkan dunia fesyen tempatan pada 2006, koleksi Illuminer membuktikan bahawa rekaan fesyen Sofira semakin matang dan sesuai dengan gaya hidup wanita moden kini.

Kebanyakan rekaan fesyen yang ditampilkan kepada penonton memiliki cetakan signatur, pemilihan warna, dan potongan yang tersendiri.

Biarpun terdapat pelbagai seleksi blaus dan dres pendek yang tidak bercorak, ia masih menawan apabila dipadankan bersama legging, seluar pendek dan aksesori (beg tangan dan tali pinggang).

Selain itu, jika gemarkan gaun beralun lembut, capai sahaja dres ungu, putih, jingga atau coklat cair yang memiliki aksesori tambahan seperti zip dan corak di bahagian depan.


KANAN: GAUN cetakan bersama reben ungu di pinggang sesuai digayakan ketika menghadiri majlis koktel. TENGAH: TAMPAK ringkas dan menawan bersama blaus putih yang dipadankan bersama seluar hitam ketat.
KIRI: PERINCIAN di bahagian dada menambahkan gaya anggun pada dres hijau lembut yang dililit tali warna sedondon di pinggang.

Pakaian formal Sofira juga menarik perhatian penonton terutama busana rona merah jambu yang digayakan oleh pelakon Nur Fazura Sharifudin dan dres hijau terang yang membaluti tubuh langsing Ratu Cantik Malaysia/Dunia 2007, Deborah Priya Henry.

Kosmo

This entry was posted in Nur Fazura. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>