Hubungan Terlarang



GARA-GARA menerima hadiah ulang tahun daripada bapa yang sudah punya dua orang anak, bintang Indonesia, Acha Septriasa, kini kian menjadi buruan pihak media.

Acha yang awal sebelum ini pernah dikaitkan dengan pasangannya dalam lagu Heart, Irwansyah, dikhabarkan menjalin hubungan dengan suami orang iaitu penyanyi Pasha daripada kumpulan Ungu.

Malah, baru-baru ini, Acha dan Pasha diberitakan sama-sama menempah bilik di sebuah hotel di Jakarta memandangkan mereka mengadakan konsert di lokasi dan acara yang sama.

‘Kalau jalan sama-sama kita nggak pernah dan menurut saya, yang dilihat itu di mana adanya Pasha, di situ ada saya, ia hanyalah di tempat yang sama.

‘Jadi nggak perlu diperjelaskan, kalau yang ini (soal bilik hotel) hanya dibuat-buat saja,’ tegas Acha membantah dakwaan itu dalam laman web KapanLagi.

Dunia hiburan Indonesia kini hangat dengan berita kononnya Acha menjadi ‘pengganggu’ dalam rumah tangga Pasha dan isterinya, Okie Calerista Agustina. Apatah lagi Pasha kini dalam proses menceraikan isterinya dan di tengah-tengah itu semua sempat pula menyiapkan hadiah ulang tahun buat Acha.

Turut jelas kurang senang dengan keakraban Acha dengan Pasha adalah ibu Acha sendiri iaitu Rita Emza. Rita dilaporkan sempat berhubungan dengan pasangan suami isteri itu.

Niatnya adalah untuk menjelaskan duduk perkara.

‘Jadi masalah ini, saya sudah bercakap dengan Pasha secara langsung dan kini Okie juga sudah tahu, jadi saya rasa sudah clear,’ kata Rita.

Dalam masa yang sama, Rita turut menafikan tindakannya itu adalah semacam kata putus keluarga buat Pasha agar usah lagi mendekati anak gadisnya seperti yang dilakukan selama ini. Menurutnya, ia adalah untuk meluruskan persoalan agar tidak terjadi fitnah tambahan.

Acha yang duduk di samping ibunya ketika kenyataan itu dibuat sempat menenangkan ibunya sambil berkata apa yang ibunya katakan itu agak berlebihan.

Menurut Acha, ia tidak seperti yang difikirkan ramai.

‘Kalau tidak ada berita ini saya tidak terfikir apa-apa kerana ia cuma hadiah sahaja,’ ujar Acha yang hampir memberikan ucapan balasan kepada Pasha yang turut menyambut hari lahir lewat November.

Dengan sinis, ibunya pula menyahut kata-kata Acha dengan berkata: ‘Mama bilang juga apa, ternyata kita terima hadiah saja bisa hancur kayak gini. Tapi ini adalah pelajaran pahit yang harus ditelan.’

Kini, Acha dikatakan kembali mendekati bekas kekasihnya, Irwansyah, dalam apa yang disebut-sebut sebagai usaha menyanggah kuat isu hubungannya dengan Pasha.

Malah, Acha kembali mengenakan cincin pemberian Irwansyah di jarinya. Sebelum ini hubungan cinta pasangan Acha dan Irwansyah kerap mendapat liputan media apabila mereka berduet mendendangkan lagu Heart.

Bagaimanapun, perhubungan cinta mereka itu berakhir apabila Acha meneruskan pelajarannya di Malaysia. Mereka sempat menjalin hubungan cinta jarak jauh tapi ia putus Julai lalu.

Cyberita

This entry was posted in Acha Septriasa. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>