Borak Lokasi: Gandingan Pertama Kali



Rap
MELIHAT ramai nama besar yang membintangi filem ini, pasti ramai yang teruja untuk menontonnya.

Bukan saja jalan ceritanya menarik dan lain daripada yang lain, tetapi juga gandingan pertama kali dua pelakon jelita Maya Karin dan Fazura mempunyai peminat tersendiri.

Maya yang memegang watak Bella, berkata dia menerima tawaran filem ini kerana konsep dan jalan ceritanya amat menarik.

Maya juga mahukan kelainan dan tidak mahu terikat dengan filem serius di bawah arahan Shuhaimi Baba serta Aziz M Osman saja dan dalam filem ini dia berpeluang melakonkan watak gedik dan manja.

“Filem ini satu cabaran baru buat saya kerana wataknya berbeza dengan lakonan sebelum ini. Saya bukan saja perlu berlakon sebagai wanita pisau cukur, malah terpaksa menari cha-cha dan rumba.

“Jadi saya ada buat sedikit kajian dengan menonton filem ala Marilyn Monroe dan berlatih di rumah.

“Saya juga dapat pengalaman baru menjadi penolong pengarah mengendalikan babak terakhir filem ini,” katanya.

Bagi Nur Fazura Sharifuddin yang membawakan watak Intan pula, tidak timbul soal siapa lebih popular dan mendapat perhatian kerana dia dan Maya dapat berkerjasama dengan baik. Malah mereka seronok berlakon bersama dan mesra di dalam serta di luar set.

“Selama saya berkerja dengan Red Comm, tidak susah untuk berkerjasama dan mereka melayan kita sebagai pelakon dengan baik. Setakat ini, saya paling berpuas hati dengan filem Pisau Cukur kerana dapat memberikan impak yang terbaik dalam sejarah lakonan saya.

“Mengenai karakter saya dalam filem ini, ia menarik kerana komedinya tidak slapstik dan lain daripada orang lain. Malah, saya juga menjaga lakonan saya supaya kuat dan tidak slapstik,” katanya.

Sementara itu, Aaron Aziz berkata, watak Ari yang dilakonkannya tidaklah mencabar sangat kerana dia dapat membawakannya dengan baik. Ari seorang penyiasat persendirian yang berperwatakan macho, pemikir dan tidak suka kepada wanita pisau cukur. Tetapi lama-kelamaan, dia juga terperangkap dengan cinta wanita pisau cukur.

“Tidak susah untuk berkerja dengan Maya dan Fazura walaupun mereka nama besar dalam industri seni lakon Malaysia. Malah, kami dapat mencipta keserasian secara semula jadi dan profesional dalam masa singkat.

“Pada mulanya, susah juga untuk berlakon filem ini kerana terpaksa membayangkan berada di atas kapal dan dikelilingi laut, walhal setnya dibuat di darat. Tetapi, lama-kelamaan dapat berlakon dengan baik hasil kerjasama dan bimbingan semua pihak,” katanya.

Harian Metro

This entry was posted in Aaron Aziz, Maya Karin, Nur Fazura. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>