Joe Flizzow Lamar Rihanna, Chris Brown!



KUALA LUMPUR,  28 OGOS 2008:   Penghujung tahun ini penyanyi rap popular Joe Flizzow,29, bakal melahirkan album solonya yang menempatkan 14 lagu, di mana 5 daripadanya berbahasa Melayu dan selebihnya dalam Bahasa Inggeris.

Bukan sekadar album biasa, album bekas anggota Too Phat itu juga akan menempatkan 2 nama yang cukup besar dalam dunia muzik antarabangsa iaitu Rihanna dan Chris Brown!

Bukan angan-angan kosong, ketika ditemui portal, murai.com.my semalam, Joe berkata, banyak usaha yang dilakukan oleh pihaknya termasuk mencari dana yang besar untuk merealisasikan impiannya itu.

“Saya mempunyai ejen di Amerika Syarikat yang mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam bidang ini. Dia sudahpun berbincang dengan pihak pengurusan kedua-dua artis berkenaan mengenai idea menjalankan kolaborasi bersama

mereka.

“Pihak Rihanna dan Chris sudahpun meletakkan harga mereka dan nampaknya harga itu boleh membeli membeli sebuah rumah mewah. Bagaimanapun kami masih berhubung antara satu sama lain untuk meneruskan usaha ini,” katanya.

Joe bagaimanapun tetap positif. Jelasnya dia akan tetap berusaha dengan pelbagai cara  untuk mendapatkan kepercayaan daripada syarikat korporat tempatan yang berminat menjalankan projek itu.

Tambahnya lagi, kerjasama itu bukannya untuk mendapatkan bantuan kewangan, sebaliknya bertujuan untuk memberi keuntungan kepada syarikat korporat berkenaan dari aspek penjenamaan atau branding.

Selain Rihanna dan Chris Brown, album bertajuk President yang akan diterbitkan di bawah syarikat miliknya sendiri, Karma Music itu, turut menampilkan kolaborasi Joe bersama Amy Search dan juara Asian Idol, Hardy Mirza.

Sebagai pendahuluan katanya, sebuah single yang diadun dengan 2 bahasa (Melayu & Inggeris) berjudul Duit Duit itu akan diperkenalkan terlebih dahulu pada November ini.

“Saya akan menggunakan pendekatan berbeza. Untuk itu satu laman web www.kartellohello.com telah pun direka dalam bagi mempromosikan album itu nanti.

•῀ῘBukannya apa, memandangkan sekarang begitu selebriti yang menggunakan  laman web sebagai mempromosikan produk mereka. Jadi apa salahnya saya menggunakan peluang ini.

“Konsep dan apa yang ditawarkan laman web itu nanti cukup ringkas. Malah tidak ada flash  langsung seperti kebanyakan laman web canggih yang lain. Dalam kapasiti 28 kb pun pengguna masih bioleh melayarinya. Memang ringkas dan biasa saja,” katanya.

Tiada masalah besar dengan Malique

Bercerita mengenai hubungannya bersama seorang lagi bekas anggota Too Phat, Malique, 31, Joe sedar ada pihak yang mengatakan berlakunya ketegangan antara mereka berdua.

“Memang saya tak nafikan, kami berdua ada masalah. Tapi bukannya masalah besar. Masalah yang kami alami adalah biasa seperti masalah antara abang dan adik. Lagipun kami sudah lama bersama, lebih 10 tahun  selama Too Phat ditubuhkan, jadi kami lebih saling faham memahami. Tiada drama yang berlaku antara kami,” katanya.

Joe berkata, isu yang mengatakan mereka berdua ‘ada masalah’ timbul selepas masing-masing mengambil keputusan melahirkan album sendiri dan bergerak secara solo.

Bagi menyokong alasan itu, Joe berkata keputusan bergerak secara solo adalah normal pada setiap penyanyi berkumpulan atau rappers seperti mereka. Ia perkara global.

“Bagi saya Malique memiliki foundation yang kuat dalam bidang muzik. Mungkin kami akan merakamkan album ke-5 secara bersama  pada 2010. Tapi tidak untuk album solo saya nanti. Itu masih dalam perancangan,” katanya yang turut memuji kulaiti album solo Malique yang sudah pun berada di pasaran.

Menyentuh mengenai keputusan Malique mendirikan rumah tangga dengan pelakon Melissa Maureen Rizal pada tanggal 08.08.08 lalu, Joe akui gembira.

Berkongsi sedikit pengalaman ketika menghadiri majlis yang diadakan di Pulau Bali, Indonesia, Joe berkata majlis resepsi berkenaan dihadiri 50 tetamu jemputan termasuk keluarga terdekat dan rakan Malique di Indonesia.

Kata Joe, majlius seba ringkas itu dijalankan serba indah dengan disaksikan deruan ombak Pantai Nusa Dua.

“Sudah tentu saya gembira dengan perkahwinan Malique. Sudah lebih 3 tahun mereka berkawan jadi sudah tiba masanya mereka bersatu,” katanya yang belum terfikir untuk berkahwin. 

Murai

Leave a Reply