Skip to content

August 24, 2008

Melissa – Malique Nikah





DIVA harap Malique dan Melissa Maureen tidak marah apabila Diva menyiarkan gambar romantis di majlis pernikahan mereka yang berlangsung di pantai Bali, Indonesia baru-baru ini.

Gambar-gambar ini Diva dapat daripada e-mel yang dihantar oleh seorang teman. Ia menunjukkan gambar Malique dan Maureen bersama ahli keluarga juga teman rapat yang menghadiri majlis pernikahan serta resepsi mereka.

Pasangan ini memilih warna biru dan putih sebagai tema majlis sederhana itu tetapi Diva agak ia pasti meriah apa lagi bila majlis resepsinya dijalankan di tepi pantai.


MAJLIS resepsi di tepi pantai Bali ini kelihatan sangat romantis.

Mesti romantik dan enak berlatarbelakangkan suasana pantai yang dingin. Bau laut dan pasir sahaja dah membuatkan diri terasa rileks. Mungkin itulah sebab Bali dipilih oleh pasangan ini.

Sebenarnya, kalau semua masih ingat, wartawan VAZZ, Sofiatul Shima pernah mendapatkan pengesahan daripada hos cantik, Melissa tentang khabar gembira yang menyatakan mereka akan berkahwin pada bulan merdeka ini tidak lama dahulu.

Dalam pengakuan tersebut, Melissa yang terkenal menerusi program Teman turut memberitahu bahawa dia dan anggota grup hip hop terkenal negara Too Phat, Malique sudah bertunang dan memang akan bernikah pada tarikh 8.8.2008.

Sedar tak sedar, rupa-rupanya, model berdarah kacukan Cina dan Pakistan itu sudah menjadi milik Malique kini. Tahniah buat Malique dan Melissa. Semoga kekal ke akhir hayat.

Diva: Teringat lirik lagu berhantu – Mentera Beradu, ‘Tradisi kekalkan adaptasi harus betul’.

Kosmo

Read more from Too Phat

Leave a comment

required
required

Note: HTML is allowed. Your email address will never be published.

Subscribe to comments