Smith, Diaz Terima Gaji Paling Lumayan



PERSONALITI
Smith, Diaz terima gaji paling lumayan

DALAM filem terbarunya, Will Smith adalah seorang superhero yang papa dan hidup melarat di taman awam.

Namun realiti hidupnya jauh berbeza.

Bintang filem Hancock itu membawa pulang wang ‘gaji’ sekitar AS$80 juta ($109 juta) tahun lalu.

Ini menjadikan beliau artis dengan gaji paling lumayan di Hollywood tahun lalu, mengikut senarai gaji terbaru Forbes.

Senarai itu turut memuatkan bintang Pirates of the Caribbean Johnny Depp ($98 juta) di tangga kedua, diikuti Eddie Murphy dan Mike Myers dengan gaji sebanyak $75 juta setiap seorang.

Nilai pelakon lelaki jelas lebih dihargai di Hollywood berbanding pelakon wanita. Kesemua 10 pelakon lelaki paling untung tahun lalu menerima gaji sekitar dua kali ganda berbanding pelakon wanita.

Sebagai contoh, pelakon wanita paling untung di Hollywood tahun lalu, Cameron Diaz, hanya meraih gaji $68 juta untuk peranannya dalam filem Shrek dan What Happens In Vegas.

Keira Knightly ($43 juta) dan Jennifer Anniston ($37 juta) melengkapkan senarai tiga pelakon wanita paling untung tahun lalu.

Namun trend ini diterbalikkan oleh Oprah Winfrey, yang sekali lagi muncul sebagai personaliti media dengan gaji paling lumayan dalam 2007 – menerima keuntungan sebanyak $374 juta.

Beliau juga menjamin kedudukannya di tangga teratas selepas menandatangani kontrak radio selama tiga tahun bernilai $75 juta.

Di kalangan pelakon drama televisyen pula, Charlie Sheen dan Katherine Heigl (Grey’s Anatomy) menerima gaji paling lumayan tahun lalu.

Charlie menerima gaji $27 juta dan Katherine pula menambahkan akaun banknya sebanyak $18 juta.

Bintang remaja, Daniel Radcliffe (Harry Porter) dan Miley Cyrus (Hannah Montana), juga pasti tidak perlu meminta wang belanja daripada ibu bapa mereka setelah menerima $34 juta setiap seorang tahun lalu.

Cyberita

This entry was posted in Cameron Diaz, Eddie Murphy, Johnny Depp, Will Smith. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>