Empat Drama Menarik TV3



Rap

KELUARGA satu anugerah yang cukup bermakna dalam kehidupan seorang insan. Namun dalam meniti kemodenan, masih ada segelintir yang masih tidak sedar akan kepentingannya.

Justeru sebagai stesen televisyen popular dan bertanggungjawab, TV3 menyediakan pelbagai drama yang mampu memberi kesedaran kepada masyarakat melalui slot Widuri, Cerekapilihan dan Pesona 3

Sepanjang April ini, empat drama menarik disajikan untuk penonton iaitu Perang Menantu pada 7 dan 8 April, Rahmat Rahimah (14 dan 15 April), Rosie (21 dan 22 April) dan Kau Merubah Hidupku (28 dan 29 April).

Manakala slot Cerekapilihan menyiarkan rancangan yang mencuit hati seperti Ayam Kampung (4 April), Badrul Oh Rahul (11 April), Kiah Catering (18 April) dan Oh Khadijah (25 April).

Slot Pesona 3 pula, mempersembahkan dua filem yang pernah mencatat kutipan pecah panggung iaitu Kuliah Cinta yang dibintangi Erra Fazira dan Yusry KRU. Filem ini ditayangkan pada 6 April 2008.

Sementara itu filem Hati Bukan Kristal yang membariskan Redzuan Hashim, Erma Fatima dan Julia Rais sebagai pelakon utama, disiarkan pada 13 April ini. Ia mengisahkan pelacur yang mencintai wartawan.

Powered by Harian Metro

This entry was posted in Erma Fatima, Erra Fazira, Julia Rais, Yusry Kru. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>